Showing posts with label ita. Show all posts
Showing posts with label ita. Show all posts

Wednesday, March 10, 2010

TOYS


ni tempat wajib papa akan bawak anak-anak shopping toys, maner lagi kalu bukan kat Mines.  Abang ngan kasih sampai boleh hafal lah jalan ke tempat ni. 




as usual, kaum lelaki ngan kaum lelaki kalu bab pilih barang mainan cam gini, mama memang tak pandai nak buat pilihan atau ngan kata lain, mama sayang duit nak kuar untuk toys yang harganya mahal cam gini.



selalunya rizal yang lebih pada abang danish, abang danish minat yang kecik-kecik aje tapi papa minat yang besar bagak.  Time ni aku dah mula rasa boring coz lama benor duk bertapa kat kedai ni, rasanya lebih dari sejam, aperlah yang depa duk tilik dua beranak. boleh lak tu sekepala ngan papa duk berjam-jam kat kedai toys duk pilih maner yang sesuai for abang, boleh lak tu rizal duk melayan abang danish yang nak tilik semua mainan kat sini. aku tak minat tempat ni, makanyer aku banyak gi tempat lain ngan kasih n my cinta.



aku sayang giler nak kuar duit untuk harga toys yang agak mahal dan mahal dan mahal, selalunya aku akan belikan untuk abang n kasih yang harganya kurang dari RM50.00.  anak-anak pun dah semat kat kepala masing-masing, kalu ngan mama tak boleh beli yang mahal.

so lebih pada harga tu hanya papa yang akan belikan, tu pun hanya setiap bulan. seminggu sekali kalu botak lah kepala papa. 




tu criter pasal anak lelaki, pasal anak pompuan, tak yah fikir pasal nak beli toys, budak bertuah ni cam biasa cuma minat ngan h/bag, pencil color or buku aje, lain pada tu kasih cuma minat nengok aje.  Alhamdulillah.....tunjuk lah patung barbie or princess or rumah barbie ke yang memang menarik ati semua para budak pompuan tapi kasih tetap ngan pilihan pencil color n buku aje.


cousin aku ita, dari JB pernahlah bawak kasih ke KLCC, cadangnya nak belanja kasih beli mainan, so sedia lah kawan tu bajet lam RM150.00 kot-kot kasih terminat nak beli patung barbie or menda lain yang seangkatan dengan nya.  Memula tu cam excited lah kasih, seronok, rambang mata nengok toys kat ISETAN n PARKSON.  semua dia tunjuk kat kak ita, semuanya cantik, kasih suka sangat.

sekali satu pun kasih tak nak bila terjumpa ngan alatulis princess, aperlagi, itu aje yang kasih nak, pencil color, pencil case ngan colouring book.  cuak gak lah ita masa kasih duk rambang mata nengok mainan tapi tulah sekadar nengok aje, yang lebihnya adalah pada alat tulis.


Friday, February 19, 2010

COUSIN




cuti raya cina ari tu cousin aku datang rumah bersama ngan 5 member.  diaorang gi bercuti kat genting pastu singgah jap kat umah aku satu malam. actually cousin aku ni dah janji nak datang time aku beranak ari tu tapi disebabkan susah nak dapat cuti, nama pun kerja ngan company yang boss nyer cina makanyer time chinese new year aje dapat cuti panjang giler. 22hb  baru naik kerja.



of cozlah yang paling happy adalah anak-anak aku sebab suka benor kalu tetamu datang umah n then kalu orang tu nak balik aje mesti memasing moncung panjang sebab sekejap  benor duk kat umah diaroang. 


bukan terus balik jb budak-budak ni, pas ni pakat nak gi melaka lak, bercuti kat saner, bercuti sakan. selagi tak abis duit lam poket selagi tu perjalanan percutian diteruskan. 


Friday, January 30, 2009

PLUSLINER

ita balik JB naik bas plusliner, anak-anak aku tumpang sekaki antor sampai ke atas bas. Abang ngan kasih cam jakun aje bila dapat naik bas. memula tu excited sangat...



buat sportcheck kat saner sinir



jalan dari depan ke belakang, belakang ke depan, tersangatlah jakun nyer bebudak dua orang ni naik bas

sehinggalah kasih menangis bila tersedar yang mami tertinggal kat bawah. takut bas ni berjalan, terus menangis nak turun dari bas



aku pun dah lama tak naik bas, dulu masa belajor kat KL setiap bulan naik bas balik kampung. sekarang ni semua tinggal kenangan aje. yang aku tahu masa muda belia memang best naik bas ramai-ramai ngan member balik kampung. syiokkkk oooo, lebih-lebih lagi time bas benti rehat, semua pakat turun gi makan burger


PUDU RAYA

cantik kan shawl yang ita pakai tu? betul-betul terserlah bila pakai. aku pun cam terberkenan gak. rasanya nak kena gi cilok gak satu ni. last nite around 9.30 pm kami gerak gi Pudu Raya, tapi laki aku x leh ikut aku ke stesen pudu raya coz x der tempat nak parking, so dia duk lam kreter nunggu kat tepi jalan sementara aku anak beranak gi antor ita ke Platform 3.



abang ngan kasih paling payah nak berpisah coz kak ita pandai layan depa berdua. Abang danish lagilah sampai tak bagi kak ita balik. puas duk pujuk tak bagi kak ita balik. mesti abang ngan kasih rindu ngan kak ita nanti, pastu akan disebut-sebutlah nama kak ita setiap masa, "bila lagi kak ita nak datang".


see, abang tengah tunjuk isyarat kat bas Plusliner, tanda boleh masuk, jalan clear.

MY COUSIN

my cousin dah nak gerak balik JB, kami sekeluarga gi antor ita kecuali eji tak ikut, dia tak beraper nak sihat







moga percutian ke KL ni memberi kenangan yang paling manis, terutama sekali ngan budak Toyota tu. dan juga moga cepat bertemu jodoh.








Thursday, January 29, 2009

POLIKLINIK KOTARAYA


semalam aku kena migrain lagi, so satu ari suntuk aku ketidoran, sebab tulah tak banyak entry semalam coz aku asyik baring kat katil aje. dekat petang-petang nak senja baru aku gi panel klinik amik MC. Tapi bukan senang lah nak dapat MC, aku dah ader rekod dari tahun 2002 sehinggalah sekarang, sakit migrain aku memang tahap kronik so kalu aku cakap migrain, siangnyer tak dapat datang sebab tak leh angkat kepala, dr. rahman akan sedia maklum. aku pun dah masuk kuar wad akibat migrain ni.


abang kalu datang sini, mesti ajak gi stesen minyak kat depan, belikan coklat or aper-aper ajelah yang berkenan di hati.

aku gi bertiga aje, abang n ita, kasih tak ikut coz anak pompuan aku yang sorang tu sedang nyenyak beradu



tima kasih yer ita tolong neman kak na ke klinik. abang danish ngan kasih suka sangat ita datang umah kitaorang. sampai tak kasi kak ita balik. Ita ni pandai layan budak-budak, that whylah anak-anak aku suka sangat ngan kak ita. pastu banyak jugaklah melabur kat budak-budak bertuah tu



MCDONALDS

kaki ita dah penat, dia tak biasa jalan kaki sejauh gini, jalan sikit dah sempuk, kat Petaling Street ni ader mcdonalds so kami singgah makan jap sambil ita nak rehatkan kaki


tapi urusan makan ari ni dibelanja oleh ita, terima kasih yer ita jelita...

emm, menyesal lak aku tak beli topi yang cam aku pakai ni. same design tapi brown color, cantek sangat tapi tulah aku cam teragak nak beli bila balik umah aku cam menyesal lak.



tak perlah, nanti boleh pergi lagi, alah petaling street bukannya jauh sangat, semeset aje. anytime pun boleh gi. sediakan duit aje....maka laju lah kaki aku bawak aku gi saner.


tq yer ida jelita kerana belanja kak na makan-makan dan makan sampai kembung perut







CHEONGSAM

pastu neman ita nak gi beli baju tidolah, cheongsam lah, segala mendalah yang ader kat kedai ni

semuanya dia duk rembat nak beli


aku tak beli, aku kan dah janji, masa shopping kat Shamelin Perkasa ari tu, setahun dah tak nak shopping. aku cuma beli untuk kasih ngan abang aje. untuk mama nyer dah tak mo shopping-shopping lagi.



see, cuma ader satu plastik aje kat tangan aku, tu pun cheongsam untuk kasih. aku minat ngan pink kaler tapi ita cakap cheongsam cantik kalu warna merah, betul gak, so aku amik satu kaler merah.



sales girl ni dari thailand, aku ingatkan kedai dier, rupernya dia kerja kat sini, patutlah cam takut nak bagi harga murah lepas boss dia datang baru ita dapat harga murah. maka beratus gaklah ita abis memborong kat sini, semuanya dia duk berkenan. masak cam gini, ader gak rupernya penyakit berjangkit suka menyopping ni kat cousin aku.



PETALING STREET

pastu kami gi jalan-jalan cuci mata kat petaling street. sebenarnya time aku datang sini silap timing lah, supposed kalu nak datang sini adalah tengah bulan, baru harga mahal tapi kalu datang time cam gini, dioarang memang ketuk tinggi-tinggi coz orang baru dapat gaji. time aku pergi memang gilerlah dia duk ketuk. terkejut beruk aku ngan harga yang diaorang bagi kat aku, aku dah bertahun jejak kaki kat sini dah tahu nak umpan diaorang camner dan dah tahu pun akan harga sebenar. Kasut Louis Vutton kat atas tu cantik sangat, tu kasut untuk budak-budak umur 3-5 tahun tapi harganya perrrrrrrrrrrrh RM150.00, puas tawar dapat RM70.00 mati kat situ tak leh tawar-tawar lagi. tapi memang cantiklah. emm tunggu harga dia tengah bulan nantilah kot-kot boleh turun RM50.00, laju aje aku gi beli.

cantik giler shawl yang ita belikan, tukang pilihnyer aku, aku memang suka ngan adunan red n black. shawl ni memang menarik giler, lebih-lebih lagi kalu orang berkulit putih cam ita ni lagi terserlah. actually kalu beli time tengah bulan, boleh dapat lam RM20.00 bagi shawl yang ader 2 ton warna, sebelah color itam, sebelah agi color merah tapi kalu gi time orang tengah dapat gaji cam gini alamak kena ketuk lah jadi RM25.00. nak tak nak ita kena beli gak.



aku kan kalu orang ajak shopping kat petaling street musim dapat gaji cam gini, tobat tak nak shopping just pandang-pandang aje bolehlah. mahai gilerlah dia ketuk.




PLAZA RAKYAT


aku gi plaza rakyat naik LRT nak nemankan cousin aku ita beli tiket nak balik JB. Dah lama benor rasanyer tak jejak kaki gi Pudu Raya. tapi sekarang ni cam senang giler aje, turun aje dari LRT Plaza rakyat, jalan sikit terus jumpa kaunter tiket.



so malam ni berangkatlah pulang cousin aku ke negeri kelahirannyer. bas kul 10.30 malam


pas ni aku nak bawak ita jalan-jalan gi Petaling Street


Wednesday, January 28, 2009

DANAU KOTA



kami ke danau kota lagi, tapi bertiga ajelah, laki aku x nak ikut, penat baru balik dari kampung.



baju tido yang seksi meksi kat sini memang murah giler just RM35.00 dah boleh dapat cam kat photo tu. materialnyer pun jenis soft sangat. amatlah sesuai untuk pompuan yang pentingkan kecantikan diri. tak semestinya orang dah kawin aje boleh pakai, bujang pun. Yang penting cantik kat mata kita. ader orang cakap beli kat danau kota x der standardlah, bagi aku, tu cakap orang yang nak jaga standard. bagi aku kat maner-maner pun cantik, asalkan cantik dipandang dan menarik di mata aku. aku kat maner-maner boleh shopping, asalkan menarik di mata, jenama pilihan kedua yang penting cantik di mata aku.





tapi aku x der memborong pun aku cuma belikan mami pokok cili padi, mak aku tu suka betul nanam pokok especially cili padi, so kat danau kota ader sorang uncle tu jual pokok dan banyak tul pokok cili padi, so aku rembatlah satu beli untuk mami n for sure mami mesti suka giler. kat umah aku tu pun ader 5 jenis dah pokok cili padi yang mami duk bela.





sekarang ni semua orang duk menggila tudung cam gini, sama gaklah ngan cousin aku yang duk mengila nak beli tudung cam gini, aper namanyer idak ler aku tau, yang kenal cuma tudung ekin.




pastu dia duk menggila nengok maxi kat sini, tapi kedai akak ni aje kat danau kota yang jual maxi corak dier lain dari yang lain, kedai dia aje yang jual dress or maxi yang cantik cam kat bukit bintang. Harganya pun mahal compared ngan kedai lain kat sini, tapi kalu nak compared ngan bukit bintang, kira standard lah tu coz same price , around RM70.00 ngan maxi yang dijual kat bukit bintang. aku kan selalu jejak kaki ke BB so dari pengamatan aku maxi yang ader dijual kat butik kat BB bih kurang sama aje ngan gerai akak ni.






pastu ita nak cari shawl, tapi aku sarankan x yah beli kat sini, corak dia tak banyak pilihan, esok aku bawak dia gi Petaling Street, kat saner ader beratus corak yang boleh dipilih, harga pun bih kurang sama lam RM20-25.




korang kalu nak shopping bolehlah ajak kak rose, maner tempat pun kak rose boleh bawak. sebab kak rose pun suka menjamu mata sambil perabis duit


MUKA TOYE



lama giler kami semua duk nunggu abang abis mandi, semua pun dah keboringan, kasih dah mula layan diri sendiri



mami pun dah boring giler nunggu abang selesai mandi, kami semua dah tak tahu nak buat aper lagi


orang ader bfren bolehlah sms bagai, orang yang laki tak der kat sisi, still duk nunggu bila lah si suami nak call ni????


 
template by suckmylolly.com