Showing posts with label Mcdonalds. Show all posts
Showing posts with label Mcdonalds. Show all posts

Thursday, January 29, 2009

MCDONALDS

kaki ita dah penat, dia tak biasa jalan kaki sejauh gini, jalan sikit dah sempuk, kat Petaling Street ni ader mcdonalds so kami singgah makan jap sambil ita nak rehatkan kaki


tapi urusan makan ari ni dibelanja oleh ita, terima kasih yer ita jelita...

emm, menyesal lak aku tak beli topi yang cam aku pakai ni. same design tapi brown color, cantek sangat tapi tulah aku cam teragak nak beli bila balik umah aku cam menyesal lak.



tak perlah, nanti boleh pergi lagi, alah petaling street bukannya jauh sangat, semeset aje. anytime pun boleh gi. sediakan duit aje....maka laju lah kaki aku bawak aku gi saner.


tq yer ida jelita kerana belanja kak na makan-makan dan makan sampai kembung perut







Friday, January 23, 2009

MCDONALDS

berkawan kenalah adil dan saksama, aku rasa dah lama benor aku tak belanja seri makan so semalam seri mengidam nak makan kat Mcdonalds, memandangkan israel pun dah tak serang lagi bumi gaza maka seri kata boleh lah nak makan mcdonalds, dah lama sangat dia mengidam, kesian dia, seri kan antu mcdonalds.



menu nyer cam biasa, tak pernah tukar




semalam kami kuar coz ari jumaat tak yah kemana-mana lagi. aku penat lah

Monday, December 15, 2008

KLCC

aku rasa cam lebih selamat dan selamat kalu abang ngan kasih main kat sini, x derlah aku nak berlari kesana-kemari kejor abang.

aku gi tukar duit syiling banyak-banyak, biar abang ngan kasih leka main kat sini










puas duk main, perut mesti lapor, anak-anak aku favoritenya mcdonalds, so walaupun aku dah muak, nak x nak kena gak makan



kalu dah perut besar, mulut aje cakap muak, tapi bila order mesti x hingat punya, eji sorang aje yang x leh makan, kesian kat mak ucu, dia gi ronda-ronda kat PC Fair cari laptop untuk kakak nyer, lagipun eji minat menda-menda camni, aku cuma tahu nak pakai aje, lain criter aku x minat nak ambik tahu.


makan kenyang-kenyang yer anak-anak, lama lagi kita nak nunggu eji pilih ni

Thursday, December 11, 2008

MCDONALDS

on the way nak gi kemaman, kami singgah lu lunch kat Mcdonalds. perjalanan kali ni x beraper menarik coz x boleh benti sangat, hujan yang lebat mencurah-curah turun, malas lah kitaorang nak singgah maner-maner lagi...

sekarang masuk kereta aje x yah pasang radio or CD abang boleh nyanyi, so anak-beranak dengar ajelah abang duk nyanyi

aku soh anak-anak ngan rizal makan kenyang-kenyang coz nanti x yah nak singah maner-maner lagi, ala lagipun kemaman ngan Kl bukannya jauh sangat. 3 jam aje





Friday, November 21, 2008

NANDOS

lunch nanti nak makan aper ekkkkkkkkkk????? Mcd or KFc or Pizza or kat food court aje, tapi ader sorang minah aksyen tu nak gak makan Nandos, aku bukan x nak tapi makanan ala-ala mat salleh ni aku kureeeeeeeeeeeeeng sikit, takat KFC or Mcd okeylah (eemmm bukan sebab murah ke) ada jugaklah sebab tu. Kat Nandos ni ayak coke pun di tibainya RM5.30 maner tak cekik darah, kalu aku gi beli kat kedai runcit ah tong tu baru RM1.50 aje.

kalu dah perut melayu, perut melayu gak aku ni. aku memang x leh lalu ngan sos kat nandos, sos cili dia ala-ala sos mexico agaknya, rasa tah aper-aper aje (bagi tekak aku yang susah sikit nak terima makanan mat salleh ni lah) so aku tanya ader tak sos chili biasa dia cakap x der, liar mata aku duk pandang kiri dan kanan, Mcd kat sebelah aje, aku tinggalkan seri sekejap gi mintak sos chili kat Mcd, depa bukan tahu aku makan kat maner, orang lak kebetulan ramai giler, so apalagi kan. kalu idak mahu x abis ayam tu aku makan, kena gak ader cili sos.

yang kaler akan-akan nak kuning tulah sos dia, tekak aku memang x leh terima, FAILLLLLLL


tapi dia ni kan perut ala-ala mat salleh, suka sangatlah dia kalu aku neman makan kat sini, berselera aku nengok dia duk melantak, aku gak yang terkebil-kebil nak abiskan ayam nandos yang x berapa nak nandos.

tapi kalu dibagi pilihan aku lagi suka kenny rogers coz dia ada cili sos





Wednesday, November 12, 2008

MCDONALDS

bfore gi lunch, kami singgah jap kat tingkat atas, seri nak survey DVD baru jap


soh amik large, nak gak amik medium, pastu kecek air orang



balik tu ader promotion perisa baru of starbuck, seri kan regular customer kat situ, so dua-dua dia amik nak try, aku x minum coffee yang harganya RM12.00 satu gelas, sekali sekala bolehlah, kalu setiap ari tu, rasanya idok lerrrrrrrrrrr

x perlah ko orang kaya, minum tiap ari pun x bengkok lagi, mak bapak duit berkepuk giler. aku kalu minum coffee harga RM12.00 tiap ari x masuk lagi ngan harga nasik mahu 2 ari kena skip lunch nih





Friday, November 07, 2008

MCDONALDS

ari ni kan birthday abang, so abang aje yang pilih tempat maner yang abang paling suka nak makan, maner lagi kalu bukan Mcdonalds, kat sini tengah ada toys Madagascar. so abang mesti nak kumpul punya

semua tengah asyik duk makan, lapor tu dari tengahari belum makan, abang n kasih dah makan muffin yang aku buat, rizal ngan aku ajelah yang belum makan agi.

aku x pernah makan Big Mac, asal datang Mcdonalds aje mesti aku order Mcchicken, ari ni aku cuba makan, sedapnya giler beb, pas ni aku mesti order Big Mac, McChicken bye-bye lah yer. rasanya macam selera aku dah beralih ke daging lak sekarang, ayam-ayam ni cam aku dah kurang sikit, ari tu pun sama aku order chicken chop n rizal order beef steak, tapi bila aku rasa beef steak rizal, bersuap-suap rizal kena suap coz x abis-abis aku mintak sikit-sikit, lama-lama rizal terus tukar pinggan ngan aku.





ingatkan sneak preview for madagascar ada awal, tapi rupernya lewat, malam baru ader, so cancel lah plan, kira nengok ari lain lah. before maghrib kitaorang dah plan nak balik. so sok-sok ajelah yer abang danish kita gi nengok story ni yer...

THE MINES PART II


lepas tu, kami turun gi nengok ikan yang banyak giler kat sini, rizal siap beli roti nak soh abang n kasih bagi kat ikan






bukan abang n kasih aje yang bagi, mama dia pun sibuk sekali nak bagi



termasuklah papa dia pun sama


1/2 jam dah kami kat sini, perut pun dah mula berkeroncong, abang pun dah mula mengadu lapor, so apalagi kalu dah sampai sini, tempat favorite anak-anak aku maner lagi kalu bukan kat Mcdonalds.

Wednesday, December 26, 2007

McDonalds Pandan Indah











Abang & kasih went to MD with eji. Eji belanja ke???
My dearest rizal, tulah i dah cakap lunch kat MD aje tapi u x nak, lastly eji yang tunaikan permintaan our kids.

 
template by suckmylolly.com