Showing posts with label park. Show all posts
Showing posts with label park. Show all posts

Tuesday, November 18, 2008

NAK KURUS PUNYA PASAL

so semalam kami anak beranak gi jogging kat park. wah rupernya ramai gak orang jogging waktu malam ni. aku jogging ngan abang, sementara mami n kasih duk lepak kat playground aje. abang danish ni memang kuatlah, dia boleh ikut aku pusing padang bola sampai 4 kali. perrrrrrrrrrrrrrrr memang kuatlah tenaga abang danish ni. tapi tulah aku ingatkan nak buat sampai 7 kali tapi kesian lak nengok abang, x kan aku nak dera soh abang jogging lagi, aku soh benti x nak, nak gak neman mama dia jogging, abang takut benor aku ilang.
kesian, berpeluh cam mandi aje, kain kat tangan tu pun boleh perah kot. sihat ni kalu berpeluh cam ni tapi kenapa aku lak yang tua gayut ni x kuar peluh. ke aku dah kurus kot, so x der peluh yang sanggup kuar. perasan lah ko, baru jogging 4 rounds dah rasa kurus. ehh tapi yelah, tetiba aje aku rasa cam slim lepas jogging.

orang yang gemuk cam aku ni mesti x larat nak buat banyak rounds, eji bolehlah dia kurus kedemping, 10 rounds pun no hal. aku ngan mami nengok ajelah eji yang berusaha gigih jogging, badan sekeping cam tu pun boleh dia cakap dah gemuk, kalu badan cam aku ni eji taruk kat kategori maner pun. x taulah aku





berdua kan lebih baik, kasih akan nemankan abang yang duk bercerita betapa penatnya abang duk jogging neman mama dia yang kemaruk nak jadi kurus lah kononnya




Monday, November 17, 2008

PICNIC


ingatkan semalam nak ber picnic kat Taman Tasik Titiwangsa. Dah janji ngan anak-anak bertuah ni, nak gi makan nasi kat tepi tasik sambil-sambil tu bolehalh abang n kasih main basikal kat saner tapi tulah kita hanya merancang tapi Allah S.W.T yang menentukan segalanya. Plan yang dah dirancang terpaksalah kami batalkan coz hari dah mula nak mendung dan ujan mulalah turun sikit demi sikit.
Tapi kalu dah berjanji nak picnic kena tunaikan jugak, walau camner pun kena cari alternatif lain sebab dah berjanji. Harus ditunaikan, itu memang aku dah didik anak-anak dari awal lagi. kalu abang n kasih berjanji ngan aku pun diaorang kena tunaikan gak, coz dah BERJANJI.



maka aku ajaklah abang berpicnic kat depan umah, apor tikar kat situ sambil makan nasi n then sambil abang n kasih main basikal. aku ngan mami pun sekalilah makan nasi kat luar, lagipun kat tingkat kondo aku ni semua penghuni duk diam-diam lam umah x campur orang, n setiap tingkat cuma ader 8 unit umah aje. so senanglah kami anak beranak nak berkalikong kat luar ni. x perlu nak segan-segan ngan jiran sebelah.






semuanya berselera makan kat sini, picnic kat depan umah pun jadilah, asalkan apor tikar, semua bekal makanan bawak kuar udah cukup untuk anak-anak aku menikmati nasi yang panas-panas. berselara tu, sampai bertambah-tambah nasi








SUNDAY MORNING

ai love sunday morning.
pagi ahad tu aku bawak abang n kasih gi taman, idok ler aku jogging, tapi sajer nak berehat kat sini sambil-sambil baca newspaper. tiga beranak semua belum mandi agi, just gosok gigi pastu terus gi taman, orang lain masih lagi beradu dengan asyiknya di atas tilam masing-masing. saja kononnya menhirup udara segar kat park ni

aku bagi abang n kasih main lu puas-puas kat sini sampai kuar segala anak peluh



makin lama semakin tinggi matahari, abang pun cam dah rimas ngan peluh yang menitik-nitik, terus abang ajak lepak tempat teduh







Monday, April 28, 2008

PARK - SATURDAY 26 APRIL 2008

abang tunjuk kat aku ada untie tengah main seruling

berlari nak gi nengok untie tu


on the way nak gi mid point, kitaorang lalu ikut park ni, pastu ada auntie ni tengah syok duk tiup seruling, tetiba aje abang ngan kasih tepuk tangan, untie tu terkejut and cakap "so nicelah ur kids" . aku x ajar abang ngan kasih tepuk tangan tau, diaroang sendiri yang tepuk, actually aku pun terkejut abang ngan kasih tau hargai orang ngan cara cam tu.

finally sampai gak kat Mid Point



 
template by suckmylolly.com