Tuesday, September 29, 2009

SOGO OH SOGO

selesai beli kuih kat kampung baru, kami terus gerak gi Sogo, laki aku nak carik baju raya barang selai dua. tapi tahu ajelah bila sampai sini, semua menda laki aku nak beli.


agak lama dan bercinta jugaklah aku nemankan laki aku beli baju. tapi memang payah nak carik citarasa laki aku, 3 jam duk sini, selai aje yang dia berkenan, lainnyer kami shopping kat al-ekhsan ampang.





abis kat sogo kami merayap lak kat jalan TAR gi beli kain pelikat, baju melayu ngan kopiah untuk family belah laki aku.


KAMPUNG BARU

sehari lepas kuar spital, dalam keadaan yang tak bermaya lagi aku kena gagahi gak kaki ikut laki aku carik kuih raya kat kampung baru. ginilah rutinnya setiap ari raya, aku ngan laki aku tak yah sibuk nak tempah ngan maner-maner orang, just datang kampung baru terus beli. rasa kuih lak memang ader rasa dan sedap dimakanlah, buktinyer bila orang datang bertandang kat umah mesti cakap kuih raya ni sedap. bukan aje sedap tapi murah giler.



satu bekas harga lam lingkungan RM12.00 hingga RM14.00. aku pergi beli pun semua dah banyak abis, ini aje yang tinggal, lain tak dapat tak aper, yang penting tart gulung nenas wajib ader. beli awal-awal kat umah aku bahayos, nanti anak-anak aku main bukak aje semua. tapi kalu beli last minutes semuanya selamat, time raya aje baru bukak.

INTRAMUSCULAR INJECTION


boleh kuar spital tapi bersyarat, syarat utama adalah setiap 5 hari sekali kena gi spital amik injection intramuscular khas untuk kekuatan dan paru-paru baby takut aku terberanak awal. orang ader bp tinggi cam aku tarikh beranak tak tentu, kalu dr rasa dah sesuai baby dikeluarkan makanyer dengan kehendak dan izin Allah S.W.T maka kuarlah anak aku. tak pernah ikut tarikh yang ditetapkan.


supposed abang danish lahir pada 4 Disember tapi disebabkan bp tinggi maka aku terpaksa dibedah pada 7 November, gitu gak ngan kasih supposed dilahirkan pada 10 Jun tapi disebabkan bp pun mencanak naik makanyer pada 9 Mei kasih terpaksa dikuarkan gak awal sebulan. so dua-dua awal sebulan, yang no. 3 ni tak tahulah lagu maner, ikut rasa aku memang aku dah tak larat sangat, nak jalan pun fikir 2 kali sekarang ni.


Monday, September 28, 2009

PUN SENDIRI GAK.....

hari selasa baru boleh kuar wad, standard cam semua spital lah, bfore discharge kena gi kaunter pembayaran settlekan bill dulu kan. tapi aku idok ler settle kan bill, cuma buat pengesahan aje, aku pakai ing insurans. gi buat pengesahan pun sorang-sorang sebab laki aku still lagi kat JB. sebenarnya aku pun tak sihat lagi tapi mak aku kirimkan bergelen-gelen air belimbing nak soh bp aku turun. Alhamdulillah, berkat doa, bacaan yassin dan usaha mak aku blendkan air belimbing kat aku, bp aku memang turun lah. Alhamdulillah.

dah settle semua, dapat mc untuk seminggu. maknanyer 2 minggu lah aku cuti duk umah, satu minggu cuti bfore raya, dah satu minggu lagi cuti raya. Hoorayyyyyy



TUKAR WAD


bila darah aku dah turun sikit, bukan normal lah, kira kategori tak membahayakan diri dan baby, barulah aku ditukarkan ke wad biasa, bukan lagi observation room yang menakutkan dan sunyi giler tu. barulah lega jiwa raga aku dapat duduk wad biasa, takderlah sunyi. aku takut ngan keadaan sunyi kat spital, cam-cam lam kepala hotak aku.

aku ditempatkan di bilik 311. tapi Alhamdulillah tak lama aku kat wad ni pun, lam 2 ari aje, so semua sekali gedabak gedebuk 2 hari kat observation room and 2 ari lagi kat wad.


namun, aku duk kat sini keseorangan, laki aku outstation ke JB. anak-anak cuma melepaskan rindu waktu malam pas berbuka, datang ngan eji. kasih nak tido ngan aku kat sini, tapi memandangkan esok dioarang nak gi sekolah, makanyer aku tak berani nak bagi, kalu ponteng kelas, banyaklah homework yang kasih kena siapkan, tu yang aku tak beraper nak bagi kasih ponteng walaupun kasih baru 4 tahun, sebab tak gi sekolah aje satu ari, homework melambak giler.




bp, bukanlah satu penyakit yang menyebabkan aku tak leh bangun, cuma kekadang tu rasa pening sikit kalu bp naik. tapi dalam tempoh dekat nak meletup ni, aku acap kali terasa pening. tapi aku memang tak berani skip ubat dah, aku memang jaga betul-betul.



bilik ni pun sama, tetap channel favorite aku tarak, 104 & 105.



siang ari tu, laki aku nak bawak anak-anak ngan mami datang, tapi aku tak bagi sebab takut gejala HINI, tapi sebelah malamnya, anak-anak aku maner boleh tak nengok mak dier, laki aku terpaksa gak bawak, anak-anak aku dah nangis kat umah sebab takut aku kena bedah. Alkisah, pernah satu hari aku bawak abang ngan kasih neman aku buat montly check-up, sementara nak nunggu giliran aku, aku bukaklah buku pasal bersalin bagai, kat situ aderlah gambor camner kena ceaser bagai. so aku tunjuk lah kat abang ngan kasih, camtulah dia kuar dulu, terus 2 beradik tu gerun, siap tanya, kalu ceaser lagi, mama mati tak? tu yang dua beradik dengar aku masuk wad aje terus nangis kat umah, takut perut mak dier kena bedah.

baru masuk wad sehari, tangan anak dara aku dah gelembung bagai sebab kena iron. ni mesti gara-gara orang tengah iron, dia pun sibuk nak iron gak.


tapi walau camner pun, tempat rujukan khas of cozlah kat laki aku. aku jatuh tempat kedua. Pujukan mama ngan papa dier maner nak sama, of cozlah papa dier yang menang. sebab rizal kan king of the pujuk.





pastu after 15 minutes, keboringan anak-anak aku dah mula membuak, abis semua peralatan kat lam bilik observation room ni diaorang nak main.



tu dia, dah jumpa satu menda, terus ader yang jadi dr. kasih.

pastu gilir-gilir, abang danish lak yang jadi dr.


tapi aku tak marah pun, main ajelah, yang penting anak-anak happy.


check abang jangan tak check.

kesian kat abang danish, dia dah tahu yang baby dalam kandungan aku adalah baby girl, (InsyaAllah) pastu sekarang soalan cepumas abang, bila lagi nak bagi baby boy kat abang, baby girl tu for kasih, abang punya maner........................???

WAD LAGIK....




ni lah menda yang paling aku phobia, setiap kali pregnant, kena masuk wad, kali ni darah tinggi aku mencanak-canak naik sehingga 205. maka nya gynae aku tak der pilihan lain kena masukkan gak aku ke spital, aku dimasukkan ke spital pada 12 September 2009 iaitu pada hari sabtu. memula tu dia tak cakap pun kena masuk spital, gynae aku cakap taruk aku kat observation room lu nengok dalam masa dua jam, darah aku turun ke idak.


so nilah bilik observation room yang aku duduk selama 2 jam memula tu, ingatkan pas ni bolehlah balik berlenggang kangkung kat umah bagai. bilik ni lak menakutkan, yelah bilik orang tengah nunggu nak beranak. tapi gynae aku memang the best gynae in the worldlah, sebab dia memang betul-betul jaga aku. katanyer kalu taruk kat wad biasa, penjagaan nyer tak serapi kat observation room, kat sini setiap 5 minit nurse akan datang check bp aku yang dah di set every 5 minutes. dan yang paling penting, bilik kena sunyi sepi sebab tak nak bagi darah tinggi aku naik.



tapi aku punya darah tinggi memang giler lah, asal aku baring n rehat aje, bp aku turun sampai 125, pastu bila aku bangun gi toilet, baring balik bp aku terus mencanak naik sampai 190. memang bacaan yang betul-betul giler dan bagi aku lagi tension duk sini. gerak sikit aje, bp aku naik, bila baring layan tv baiknyer elok aje bp aku turun. aku dah lah nak cepat balik, banyak lagi barang persiapan raya aku belum beli lagi.




after 2 jam, bp aku main-main, sekejap naik sekejap turun, makanyer aku pun confirmlah kena tahan duk kat sini. bp aku lagi naik sebab aku asyik nangis rindukan anak-anak kat umah. paling sedih sebab tetiba aje terus masuk, tak der signal langsung, tak sempat bawak aper pun, aku mintak balik umah kejap sebab nak amik aper yang perlu pun doc tak kasi, kena terus duk baring atas katil, sampai bp aku stabil. ubat lagilah bertambah lagi sebijik, ubat yang power sikit dari yang warna oren aku duk telan 12 bijik sehari.



so kerja aku kat sini, setiap 5 minit duk pandang mesin bp pastu layan TV yang tak beraper nak sedap sebab channel 104 ngan 105 tak dapat, sedangkan tulah fovorite channel aku.



pastu 3 kali sehari dia akan pasang alat ni kat perut aku untuk check kelajuan degupan jantung baby dalam kandungan. ye ke? rasanya lah. dah nak masuk 3 anak pun aku tak beraper nak amik port sangat. rasanya yelah kot.





KETAM MASAK PEDAS

2 ari bfore raya, laki aku mengidam nak makan ketam masak pedas, sib baik sekarang musim ketam. lalu aje kat luar pasar chow kit tepi jalan tu dah nampak kelibat ketam yang segar bugar. time aku beli ari tu RM25.00 sekilo, aku beli sekilo setengah, dapatlah lam 5 ekor ketam yang agak sederhana besar. so ni sebahagian ketam yang sedang di sian dan ketuk-ketuk agar senang nak ratah nanti.



memula tu tumis lu bahan yang patut.



pastu masukkan ketam



ketam siap untuk dimakan




disebabkan mengidam yang amat, laki aku hampir makan kesemuanya, bila teringat orang lain belum sentuh lagi, terus dia benti, tapi disebabkan dia berselera benor meratah bagai ketam tu, aku cakap makan sampai abis, besok beli lagi, sekarang musim ketam senang nak carik, bukan susah.


berselera sungguh nengok orang mengidam makan.






Monday, September 07, 2009

SHOPPING N SHOPPING N SHOPPING


entry tak ber update sebab sibuk gi shopping memanjang, 2 hari berturut-turut aku gi shopping, sanggup amik cuti hari jumaat semata nak gi preview sale kat Sogo, pastu tak cukup ari jumaat sambung lak pada ari sabtu. balik umah tak leh lelap mata sebab duk teringat baju kasih yang nak ambik ke tak nak amik ni?????? balik umah nyesal tak amik. wuhhhhhhhhha, jawab nyer hari sabtu gi lagi. Tahu kenapa aku sanggup bersesak disebalik ratusan orang yang menggila gi sogo kalu preview sale sebabnyer murah tahap gaban. somerset bay pun boleh jadi 60% turun harga, maner orang tak menggila beli baju raya anak.



ni semua tengah nunggu giliran nak membayor, disebabkan kena q panjang sangat, sampai ader yang duduk sebab kepenatan. ni yang bayor cash, kiranya tak lah seramai orang yang beratur kat kaunter Kredit Kad, kalu kat kaunter Kredit Kad panjang giler, nengok pun tak sanggup. orang punya ramai beli baju raya anok, berbakul lah orang duk beli.


aku beratur sama ngan eji, aku mintak t0long adik aku neman aku sebab bulan depan aku dah nak beranok, makanyer tak larat sangat nak bersesak ngan orang ramai. eji kena gak tolong aku pilih kan baju yang maner cantik taruk lam bakul nanti dah abis pilih semua, aku akan duduk kat satu sudut, pilih yang maner satu berkenan di ati. bakul kat atas ni baju kepunyaan kasih semua, abang satu bakul, kasih satu bakul, aku kasi lipat elok-elok, tak nak nampak berserabut kuar saner, kuar sinir. ni baru siap bahagian kasih, bahagian danish belum lagi buat pilihan, penat duk bersimpuh buat kiraan siap bawak calculator lagi, yelah kan aku bukan bayor guna kad kredit boleh pakat teyeh cam gitu aje, aku bayor guna duit cash. kenalah kira betul-betul, kan karang tak cukup duit depan cashier, diri sendiri yang malu. berkali-kali gaklah aku duk mengira, asal terlebih bajet, buang satu, bajet ader lagi, tarik lagi. tarik-buang, tarik-buang, tu jelah kerja aku, kerja eji duk pilih maner yang patut, lagipun citarasa aku ngan adik aku sama. sonang baitu buat kerja
so entry aku tak berupdate sebab ginilah kerjanyer, balik umah penat, blogggggg ah lain kali lah update, yang penting baju raya anak dah settle.
Alhamdulillah

Thursday, September 03, 2009

THE STORE

malam tadi, laki aku ponteng gi terawih sebab nak antor adik dier ke Pelabuhan Utara, Klang. Adik ipar aku baru datang dari kampung, dapat lak kerja kat saner, ari khamis kul 9.00 pagi kena lapor diri. Dah empat ari adik ipar aku ader kat umah, lupa lak aku nak snap gambor dier, penat lah, lagipun sejak aku berbadan dua ni, aku asyik lupa aje nak snap gambor saner-sinir. Bila teringat aje baru snap, kalu idak, aku biarkan ia berlalu cam angin aje. lagi satu sebab rizal pun dah banyak ari janji ngan abang danish nak belikan cd games ultraman ngan ben 10. dah 3 hari anak teruna aku merenggek soh belikan cd games ben 10.

tapi si budak kecik ni tarak heran lo ngan semua cd bagai, dia tetap menuju ke kedai buku, carik majalah princess.


pastu masuk jap kedai toys nengok aper yang patut bfren dia belikan


pilih jangan tak pilih kasih, maner boleh tak beli, abang dah beli CD games, takkan kasih tak beli apa pun




tu dia, ke saner-ke mari, tak tahu nak gi kedai maner satu, banyak sangat kedai majalah ngan toys kat sini



Wednesday, September 02, 2009

MONTHLY CHECK-UP


start september ni appointment aku ngan doctor 2 minggu sekali, bulan 10 ni aku dah nak bersalin. Alhamdulillah kesihatan aku baik-baik, tak derlah macam tahun abang ngan kasih, asal 7 bulan aje aku dah mula kuar masuk spital sebab darah tinggi. so maknernya stiap kali aku pregnant time abang ngan kasih aku akan cuti 4 bulan bukan cuti tanpa gaji tapi MC sebab kuar masuk spital, 2 bulan bfore bersalin dan 2 bulan after bersalin.

berat badan aku pada usia kandungan 31 minggu adalah 66.3 kg. Pun satu berita yang buat aku suka sebab time abang dulu, 9 bulan aku dah cecah 81 kg, time kasih 9 bulan aku cecah 75kg. harap-harap yang no. 3 tak derlah jejah 70kg. tak daya aku nak diet cam dulu-dulu, dulu bolehlah muda agi, tenaga pun kuat, sekarang ni tak tahulah camner.

yang ni agak konpius gambornyer sebab yang ni adalah gambar jantina baby yang aku kandungkan. payah betul nak nengok baby ni, kedudukan still melintang tak berubah-ubah tapi insyaAllah dari gambor scan ni, gynae aku cakap konfem perempuan tapi ngan izin Allah lah. apapun aku suka sebab aku memang nak anak pompuan. nama pun dah aku siapkan 2 tahun dulu lagi.




yang ni lak, scan gambor kepala baby, tapi agak mendukacitakan sebab gynae aku tetap tak leh nak buat detail scanning pasal baby sebab kedudukan nya yang membelakangkan camera, yang nampak cuma kepala aje, yang lain memang tak leh nampak, guna 3D pun still tak leh nampak.


time ni aku tengah baring, duk nunggu gynae aku datang check perut.



 
template by suckmylolly.com