kebebasan diberi untuk anak-anak untuk study or buat homework kat maner tempat pun asalkan homework beres. kalu idak ader yang kena tarik telinga di teacher nelly.
Showing posts with label homework. Show all posts
Showing posts with label homework. Show all posts
Tuesday, November 03, 2009
PERUBAHAN YANG BAIK
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah S.W.T, setelah diberi minum air yassin dan banyak-banyak solat hajat untuk abang yang agak malas nak buat homework dan juga membaca, lately ni aku mula noticed abang dah mula rajin buat homework dan study. Tak payah aku nak kerah bagai lagi soh dia buat homework, sendiri mau ingat, after ngaji terus duduk kat meja or maner-manerlah tempat yang abang rasa best untuk siapkan aper yang patut.
bfore ni aku tak nampak perubahan sebab duk kat opis, duk kat umah ni pelbagai karenah anak-anak yang boleh aku duk adap setiap ari. Alhamdulillah juga abang danish dah mula boleh membaca dengan lancar buku ladybird. satu perubahan yang baik dan sihat dan patut dibelikan adiah.
kebebasan diberi untuk anak-anak untuk study or buat homework kat maner tempat pun asalkan homework beres. kalu idak ader yang kena tarik telinga di teacher nelly.
sekarang ni aku laki bini duk berkira nak antor dop abang ke kelas musim cuti sekolah ni, ikut kata laki aku tak yah bebankan otak abang ngan sekolah lagi, takut nanti abang boring. tapi penting gak antor sebab takut depa lupa aper yang dah belajar masa sekolah ari tu. tapi tulah rizal cakap belajar jangan dipaksa, kalu diaorang nak baru antor, contohnya abang dah rajin buat homework ngan study tanpa paksaan orang sendiri yang mahu so perkembangan itu adalah perkembangan yang sihat sebab semuanya ikut kehendak hati abang bukan paksaan dari kami soh siapkan homework or study.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 6:01 PM 4 comments
Sunday, November 01, 2009
ALPA SEKETIKA
aku asyik melayan baby cinta, sampaikan alpa seketika perhatian buat kasih yang teramatlah manja ngan aku. Abang danish tak aderlah menagih perhatian sangat dari aku sebab dia memang rapat giler ngan mami. so aper-aper hal abang tak leh kalu mami tak der. Kasih lak pantang kalu aku tak der or tak bagi perhatian.
Time ni kasih mengadu kat aku yang aku dah lama tak dodoikan dia tido, aku dah lama tak tido ngan kasih, aku dah lama tak mandikan kasih, aku dah lama tak suapkan kasih makan, aku dah lama tak makan sepinggan ngan kasih, aku dah lama tak siapkan kasih dan paling penting aku dah lama sangat tak korek telinga kasih. Rasanya baru 19 hari aku tak buat semua tu sebab mami tak bagi langsung aku buat kerja, mami soh aku berehat aje. Duk depan internet pun cuma sejam sehari aje sebab tulah entry tak banyak, aku tak dibenarkan duduk lama-lama kat kerusi nanti sakit pinggang.
Time ni kasih mengadu kat aku yang aku dah lama tak dodoikan dia tido, aku dah lama tak tido ngan kasih, aku dah lama tak mandikan kasih, aku dah lama tak suapkan kasih makan, aku dah lama tak makan sepinggan ngan kasih, aku dah lama tak siapkan kasih dan paling penting aku dah lama sangat tak korek telinga kasih. Rasanya baru 19 hari aku tak buat semua tu sebab mami tak bagi langsung aku buat kerja, mami soh aku berehat aje. Duk depan internet pun cuma sejam sehari aje sebab tulah entry tak banyak, aku tak dibenarkan duduk lama-lama kat kerusi nanti sakit pinggang.
bukan menangis sebab kena buat homework, kasih tak der masalah buat homework sebab dia memang rajin buat homework. time ni dia tengah mengadu tentang kealpaan aku sebagai ibu kepada anaknya yang bernama kasih. Aku memang tak sedar aku lebihkan baby cinta. supposed biarlah adil dan saksama.
janji seorang ibu pada anaknya untuk tidak lagi alpa kepada anak-anak yang lain. aku slow talk ngan mami cakap, kasih takkan faham kenapa aku tak tumpukan perhatian pada kasih, kasih tak akan faham aper makna pantang, kasih tak akan faham kenapa aku lebihkan baby cinta. so lepas ni aku tak leh ikut cakap mami sebab ader anak lain yang memerlukan tangan aku untuk buat semua tu walaupun keadaan aku tak mengizinkan untuk buat kerja yang berat namun untuk abang ngan kasih segalanya mama akan turutkan. mami tak izinkan aku carry kasih ngan abang sebab aku kan operate, pinggan sebiji pun mami tak bagi aku pegang. apatah lagi nak mandikan anak sebab takut aku sejuk, aku kena berada lam keadaan panas sentiasa, biasalahkan orang tua pantang betul-betul cuma aku yang dah moden sikitlah kononnya tak hiraukan sangat soal berpantang bagai ni.
Monday, October 05, 2009
HOMEWORK TIME KALU.................
kalu time buat homework mesti ader yang kuar air mata, kalu tak kuar memang tak sah. Kasih budak perempuan lain sikit ragamnyer, agak rajin. Abang danish pun rajin gak tapi biasalah ader malas sikit. Kalu main ps laju aje, cuba kalu buat homework, kalu tak berdondang sayang memang tak sah. bukan abang danish namanyer.
padahal homework kasih lagi lagi dan lagi banyak pada abang, tapi disebabkan kasih memang suka buat homework, suka menulis dan mewarna, maka menda tu semua cam makan kacang aje. Kekadang tu terlebih rajin, teacher tak cop perkataan "homework" pun kasih dah buat gak. sampaikan teacher kelas kasih kena call aku bagitahu yang jangan buat homework kalu tak bercop, sebab belum belajor lagi bab tu.
budak rajin yang senyum sokmo......
anak sulung aku biasalah, memang tak minat buat homework, gi tadika pun asyik membilang ari bila nak cuti, padahal baru masuk hari isnin, tapi dah siap tanya bila nak cuti lagi? Beraper hari lagi nak kena gi sekolah?
kalu tak menangis, kalu tak koyak buku akibat dipadam berulang kali, memang tak sah. asal pegang homework aje mesti cakap penatlah, tiredlah, tak mo buatlah, kenapa kena buat homeworklah, abang tak suka homeworklah, abang tak suka gi school lah, abang nak sit at home aje.
tapi aku tak pernah guna pendekatan paksa or marah or tengking anak. aku akan guna cara selembut mungkin, pujuk abang selembut mungkin sampailah abang akan buat homework sampai abis. Lain orang lain caranyer, so tak boleh nak bandingkan cara kita didik anak kita ngan anak orang. lagipun anak-anak kita masih kecik, kita tak tahu camner perjalanan hidup diaorang nanti. comments tentang aku yang tak pandai didik anak sebab tak pernah marah anak, comments tentang aku yang spoil kan anak-anak, selalu gaklah aku dapat comments dari anoymous yang sering menasihati aku cara mendidik anak-anak. tapi kan aku rasa didik anak mengunakan cara pendekatan yang lembut amat berkesan contohnyer arwah Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani), beliau tidak pernah meninggikan suara atau menggunakan pedekatan kasar atau marah pada anak-anak beliau, asuhan dan didikan yang beliau amalkan ader lah dengan mengunakan bahasa sehalus mungkin dan dengan penuh kelembutan, malahan isteri beliau tidak pernah mendengar beliau meninggikan suara pada anak-anak. aku baca artikel ni dalam luahan isteri arwah yang mana arwah adalah seorang suami dan ayah yang terlalu baik.
lepas aku baca artikel tu aku jadi semakin yakin yang pendekatan yang aku gunakan amat berkesan pada abang dan kasih. Sebab aku nengok kalu mami marahkan cucu-cucunyer, mereka akan memberontak, akan tetapi kalu aku tak marah, aku cakap elok-elok, pujuk baik-baik, aku nengok anak-anak aku memang dengar cakap. sekejap aje aku pujuk dah jalan. tapi kalu guna kekerasan, jawabnyer depa semua makin melawan dan memberontak.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 2:11 PM 8 comments
Wednesday, July 22, 2009
HOMEWORK
kalu kasih buat homework, salah sorang mesti kena tunggu, mesti kena duk sebelah kasih sampai abis buat homework.
budak perempuan biasalah, kalu tulisan mesti bersih ngan kemas aje tapi kalu nengok buku abang danish mesti comot. apapun aku suka ngan tulisan kasih walaupun kidal. walaupun kekok nengok anak aku tulis tapi dia cam biasa aje. cam x der masalah pun kidal.
bukan takat nunggu aje, tapi kena eja for kasih, aku eja, kasih tulis, begitulah seterusnya sampai abis homework. cuma sekarang ni agak pelik, kasih nyer homework lagi banyak pada abang nyer homework.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 5:24 PM 8 comments
Wednesday, May 27, 2009
HOMEWORK MUSIM CUTI SEKOLAH
nilah surat yang aku terima dari anak kak gayah, cleaner kat tempat aku. surat terima kasih kerana aku telah tolong diaorang buat scrapbook.
aku ngan ikhlas hati nolong kakak gayah. Siapkan scrap book yang berkaitan ngan animals. aku bagi kat kakak tu scrap book yang siap binding sekali ngan print berwarna. baru nampak ceria, budak pun suka. tut-tut besoknyer dapat surat daripada anak kak gayah, menitis gaklah air mata aku duk baca surat tu. Terharu budak darjah 6 dah pandai ucap terima kasih.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 5:37 PM 4 comments
Wednesday, April 08, 2009
SATU MALAS SATU RAJIN
entry ni aku buat khas untuk anak-anak aku danish dan kasih, nanti bila depa berdua dah pandai baca, biar depa tahu camner perangai diaorang masa duk belajar kat kindergarten. anak dara sorang ni memang lah sangat rajinnyer. boleh puji tahap kerajinan dier. almaklumlah kan laki aku cakap ikut perangai dier rajin sesangat, kalu ikut aku malas, kata laki aku lah......
so criternya, asal balik dari tadika aje, perkara pertama kasih akan buat bfore salin uniform bagai or makan ke, adalah siapkan homework, kalu tak der homework kasih akan carik homework dalam beg abang, TOLONG SIAPKAN homework abang tanpa pengetahuan abang coz abang balik sekolah ajer terus carik bantal ngan tilam. so bila pergi sekolah, teacher of cozlah akan tahu beza budak 4 tahun buat ngan 6 tahun buat, makanyer bila teacher tanya siapa buat homework, anak teruan aku sepantas kilat jawab, adik saya yang buat. so setiap malam sekarang ni aku akan dengar abang danish marahkan adiknyer yang terlampau rajin siapkan homework sebab satu kerja lak abang dah kena padam semuanya.
Abang danish ni ader satu perangai yang mama tak berkenan sikit, malas sikit nak buat homework, agak bercintalah aku nak soh anak teruna aku ni siapkan homework. nak siapkan 5 elai muka surat macam-macam irama lagu (nangis) yang aku kena dengar. macam-macam janji manis aku kena taburkan kat anak sulung aku semata nak soh buat homework. Kemalasan abang buat homework menyebabkan teacher mala dah ngadu kat aku sebab ader aje yang tertinggal. bukan tak semak, tapi ujung-ujung tu mesti ader tak buat. sekarang ni dah tak leh main-main, aku kena sit together ngan abang, kalu satu jam, satu jam lah aku duk sama-sama, tak leh gerak gi maner-maner, sebab kalu aku gerak gi amik air aje sekejap, anak aku dah ilang seketika, adalah dia nak tekan tv lah, nak main games 5 minutes ajelah, nak makan burger lah sekejap, macam-macam alasan nak boleh siapkan satu homework.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 4:01 PM 2 comments
Wednesday, April 01, 2009
HOMEWORK
aduh mak, cuti sakit seminggu ari tu menyebabkan banyak giler homework abang ngan kasih yang tertunggak. tapi paling kesian kat abang lah, banyak giler homework nak kena siapkan. Dah lah abang danish ni malas sikit nak abiskan homework, agak bercinta gaklah nak soh dia siapkan homework, tapi kalu ajak main game laju aje perginyer.
kasih baru 4 tahun ma, homework tak banyak sangat, tapi tulah payah gak bila homework tak banyak sebab kasih boleh dengan rela hati dan ikhlasnyer nolong siapkan homework tanpa pengetahuan abang. Abang dier banyak nyer tengah zzzzzzzzzzzzzzz, kasih senyap-senyap siapkan homework abang, yang tukang pantau mami. tapi tulah mami pun tak sedor sebab ingatkan kasih buat homework kasih rupernya abang danish, buku lak lebih kurang sama aje, warna kulit aje lain-lain tapi isi dalamnyer bih kurang sama aje.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 1:34 PM 2 comments
Friday, March 06, 2009
HOMEWORK
kasih setiap ari ader je homework yang teacher dia bagi. tapi anak dara aku ni belum pandai nulis huruf sendiri kena buat dot dot dot, dia ikut dot tu baru menjadi, kalu nak nunggu kasih buat sendiri, konfem budak ni tak pandai lagi.
selalunya abang danish akan pantau dan nengok homework adiknyer. Abang danish jarang ader homework coz aku dah sepakat ngan teacher nelly, soh abang abiskan masa sejam buat homework ngan teacher dier sebabnya anak teruna aku ni malas sangat nak nulis. bukan malas sikit tapi malas banyak. so setiap ari, abang balik ngan lenggang kangkung aje, coz semua homework dah buat ngan teacher dier, but for this one, ai need to pay extralah kan.
kalu bab mengajar adik, memang boleh puji, laju aje, tak yah disuruh-suruh, abang sendiri akan tahu betulkan yang maner salah or tak. cuba kalu dia nyer homework, bercinta nak boleh ke abis.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 1:30 PM 8 comments
Friday, February 13, 2009
HOMEWORK
balik kerja aje, kasih dah chup bfren dier dulu. kena ngadap kasih buat homework dulu. baru boleh mandi bagai. kalu idak tak abis-abis budak tu merenggek mintak di beri perhatian
sekarang ni, setiap ari ader saja homework tuk kasih. dan yang bagusnya bila balik dari sekolah aje, tak sempat nak buang uniform lu, makan ke, mesti ngadap homework lu, pastu abang bila dah nengok kasih buat homework, mulalah ikut sama, tengah-tengah buat mesti abang zzzzzzzzzz. pastu kasih lah yang akan nolong abang buat coloring.
Thursday, February 05, 2009
HOMEWORK
dah sebulan masuk tadika baru lah semalam, teacher nelly bagi sebijik buku ngan homework kat kasih. kasih memang excited sangat-sangat dan tak sabar-sabar nak tunjuk kat papa.
so bila papa balik aje, kasih terus terjah nunjuk homework yang kasih kena buat. asyik sangat duk bercerita. dan part yang paling seronok di dengar bila ustazah selalu minta kasih bacaan surah Al-Fatihah dan surah lain yang berkaitan ngan muqadam. kasih dah dekat nak khatam quran kecik (muqadam) tak lama lagi aku kena beli quran besar untuk kasih ngaji.
Subscribe to:
Posts (Atom)



