Showing posts with label supper. Show all posts
Showing posts with label supper. Show all posts

Friday, August 14, 2009

SUPPER

aku dah nyenyak ketidoran. zzzzzzzzz. enak diulit mimpi, tetiba anak dara bertuah tu kejutkan aku cakap perut lapar. Kasih terjaga tengah malam sebab lapar adalah perkara biasa. Disebabkan dia ader tabiat payah nak makan so walau kul braper pun aku tetap akan layan gak. aku sendiri kalu lapor pun tak nyenyak nak tido. see jam dah pun menunjukkan kul 12.30 malam.

aku terus melompat dari katil, tanya aper yang kasih nak makan n as usual ni lah favorite kasih. Ubi kentang goreng.


daging ayam burger yang dipotong halus.


dan 2 keping nugget



siap, dah boleh makan



sambil makan sambil bukak channel 615


so nilah makanan favorite anak dara aku, tapi tak makan kosong cam gini




wajib taruk kicap



Wednesday, August 12, 2009

SUPPER

2 malam sudah, laki aku tak leh lelap mata, lam kul 2.00 pagi dia kejutkan aku neman supper kat kedai mamak sebelah umah, memula tu cadang nak makan roticanai, tapi bila fikir balik tak jadi, terus singgah kat gerai burger 7Eleven beli burger.



tapi kami tak makan kat umah, aku ngan laki aku singgah kat kedai mamak sebelah umah, makan kat situ, lagipun laki aku ader menda nak disccuss ngan aku. mata aku memanglah ngantuk sebab aku seawal jam 10.00 malam dah lentok sorang-sorang. pastu kul 2.00 bangun lak, haruslah mata aku pun payah nak bukak.




tapi tulah kan, demi laki tercinta, kul 2.00 - 3.00 pagi pun sanggup bangun neman gi makan. Tapi rasanya kalu akulah yang kejutkan kul 2.00 pagi, agak-agak bangun tak?????????




lama gak aku menapak kat sini, kul 4.00 pagi baru balik umah. balik tu lagilah payah aku nak lelap, nak tak nak, aku terus iron baju, kul 7.00 terus gerak gi kerja. kat opis aku balas dendam tido bawah meja, kebetulan boss aku ader management meeting, selamat zzzzzzzzzzzzzzzzzzzz tanpa sebarang gangguan.



Tuesday, January 20, 2009

SUPPER

last nite abang ngan kasih tido lambat, bila dah tido pun lambat maka perut mulalah berkeroncong. nasi dah makan bfore maghrib nanti. abang mengadu kat aku yang dia lapar n mintak aku gorengkan mee mee. nak goreng lak, itu itu jam gak, abang danish nak makan, nak nunggu ayam tu kurang bekunya mahu kena tunggu lam 20 minit kot, abang lak jenis tak sabor so aku goreng mee kosong aje, telur tak leh taruk coz semuanya menternak bisul.


aku siapkan masukkan mee, kicap ngan rencah yang lain, abang danish lak berperanan jadi tukang goreng



see, berselera betul anak bertuah aku ni duk makan. aku yang dah mula diet terus jadi cam terliur lak nengok, tulah perut aku, nampak mee kosong pun boleh jadi terliur.


kasih makan sikit ajelah, tu pun tak abis, sajer nak ambil syarat nemankan abang danish


abang danish ni memang dah kuat makan sekarang ni, kalu ayam goreng, sekarang ni seketul tak cukup dah, mesti nak dua ketul.

Tuesday, January 13, 2009

SUPPER

dah 2 malam rasanya abang ngan kasih tak dapat jumpa papa, pagi-pagi lagi papa dah kuar gi kerja, anak-anak pun lum bukak mata lagik, balik lak time anak dah katup mata, zzzzzzzzzz baiknyer duk tido. papa cuma dapat kiss ngan hug aje, nak kejutkan tak sampai ati, sok nak sekolah, kan bangun karang jenuh nak nunggu tido balik.

aku dah pesan awal-awal kat laki aku, balik makan nasi kat umah, mami masakkan nasi beriayni. dengar aje nasi beriayni rizal cuma alas perut ngan roti canai aje. kesian lak, nasi beriayni punya pasai. pastu kami sembang laki bini pasal abah (pak mertua) aku nak datang KL, nak datang beli barang. dah agak lama pak mertua aku tak naik KL, last dulu masa aku beranakkan kasih, pas tu tak naik-naik KL.



kasihan kat laki aku ni, dah 2 ari blum subuh dah kuar umah, balik lak semua orang dah nak masuk tido, penat giler laki aku. tapi nak buat camner kan, kerja tetap kerja..

Wednesday, January 07, 2009

MEE HOON PUTIH


disebabkan persekolah pun dah mula, maka anak-anak bertuah tu tidak dibenarkan sama sekali tido lewat lagi, pukul 9.00 aje semua dah kena masuk tido, mata tak ngantuk lain kira, yang aku tahu semua kena masuk tido.....kena peram gak mata soh tido. Tapi lam kul 9.30 abang bagitahu kat aku yang abang hungry sangat, perut sakit x leh tido.



takkan nak soh tido gak, sedangkan perut lapor, aku terus lompat dari katil, tanya abang nak makan aper, kena lah tanya lu, kan aku pandai-pandai buat, langsung tak disentuhnya, tak kena selera lah, nak makan tulah, nak nilah, kalu nak selamat baik aku tanya lu, dah sebulat sore dua beradik tu nak makan mee hoon putih.




mee hoon putih sonang baitu aje, taruk ayam sikit udah, dah buat anak-anak aku berselera, sampai sendawa pun satu negeri melaka leh dengor



amboi abang danish duk atas kerusi sebijik cam atuk kat kampung (pak mertua aku), balik kampung seminggu aje macam-macam menda abang dah belajar



x perlah bang, duduk lah camner pun, yang penting perut abang kenyang, esok haruslah bersemangat gi sekolah yer sayang


Monday, December 29, 2008

SUPPER





memula tu masa balik dari danau kota, hajat di ati nak supper kat sini aje, malas nak tapau wat balik umah, tapi mengenangkan kasih tercinta dah pun melabuhkan tirainyer, mata pun dah katup baik punyerrrrrrrr, maka aku x naklah ganggu, so semua ahli keluarga ku, kita tapau ajelah yer


namun roti canai kat Kampung Baru tetap menjadi pujaan ati ku




dinner tadik dah telan 2 biji roti canai telur so mesti dah boring kan, x kan tengah malam nak makan roti agi, so aku belikan mee hoon goreng kosong taruk ayam semata-mata untuk abang dan teh ais. orang lain makan roti canailah yer.....


Saturday, December 20, 2008

SUPPER

last nite, aku penat giler coz berjalan x henti-henti kat Times, balik umah aku balas dendam tido, tapi lam kul 11.00 malam abang danish kesayangan aku telah kejutkan aku bangun. "abang hungrylah mama"

wokey, terus melompat aku dari katil, perut aku pun lapor gak ni. tapi abang danish x nak makan burger, soh aku goreng pisang. makan goreng pisang tengah malam-malam buta, cam bercinta gak nak bancuh tepung bagai, tapi anak punya pasai, goreng pisang pun goreng pisanglah, yang penting perut anak aku kenyang.


abang danish suka sangat nolong orang kat dapur, x kira saperlah, semua nak tolong, so semalam mata aku cam kememel masa nak goreng pisang, so abang dengan rela ati menawarkan diri untuk nolong aku. opppps kena intai lu, maner papa dier ni, tengah borak ngan abang mat kat balkoni or layan games.....kalu papa dia nengok danish tengah menggoreng, harus aku kena tembak berdas-das kat telinga. rasa nak bernanah kadang-kadang kalu kena tembak.



siaplah pisang goreng untuk dimakan sekeluarga

tapi tukang rasmi of cozlah aku yang kuat makan kan? saper lagik kat umah tu

Tuesday, December 16, 2008

USIK

see, abang ni memang nak gemuk lah, lepas makan lempeng still x kenyang lagi, nak makan spaggetti lagi


kasih terpaksa berdiri kat belakang abang coz eji suka sangat nyakat. kononnya nak mintak tolong ngan abang. eji ni always bully kasih x kira masa. kalu kasih x nangis x per, ni kasih mesti menangis coz eji punya usik memang menakutkan kasih. abang danish lak kalu dah melantak tak ingat dah adik kat belakang mintak tolong, selagi perut tak kenyang selagi tu abang danish makan.

abang ninggalkan kasih keseorangan kat sini, abang lari makan kat bilik, tak tenteram makan kat luar dengar sore kasih asyik nangis


bila kasih melalak bagai panggil abang soh tolong, baru abang kuar balik, tapi bukan nak tolong, sambung makan balik. biar betul abang nih, lapor sangat ke?????


bila keadaan dah jadi x terkawal, kasih mula memekik panggil papa barulah eji benti usik, bila kasih menjerit aje panggil nama papa, mesti eji mati kutu dah, terus benti usik, seganlah dia ngan abang ipar kan......

LEMPENG

ari tu kan aku gi chow kit beli ubi kayu so tujuan dia adalah nak buat lempeng kalu lapor perut tengah-tengah malam. musim-musim ujan cam ni perut selalu mintak diisi. semalam bukan anak-anak aku aje yang lapor tapi anak-anak mami pun lapor plus ngan menantu sekali.


so last nite mami buat lempeng ubi kayu campur ngan kelapa, perrhhh sedap beb cicah lak ngan gula, x hinggat punya menjilat jari bila makan. tapi makan time panas-panas lah kalu dah sejuk, yang sedap pun jadi x sedap.


ni 1st time mami wat lempeng untuk cucu-cuci dier, nampaknya macam abang suka cuma kata abang "kenapa rasa dier x macam roti canai telur, mami put aper ni?"

kasih memang kaki makan, semua orang makan semua dia nak rasa, ubi mentah masa aku tengah kupas pun nak di rasa, tapi x derlah sebijik kasih boleh habiskan takat 1/2 biji aje, itupun dah Alhamdulillah








Thursday, December 04, 2008

SUPPER

tadi kan abang mengadu lapar, alang-alang nak nemankan eji gi clinic boleh singgap jap kat restoran ariff belikan roti canai telur for abang. tapi kalu dah beli untuk abang of cozlah aku kan beli tuk satu family. biar sama-sama naik badan.

see, berpeluh-peluh anak sulung aku neman gi beli roti canai. balik beli roti canai terus masuk bilik nengok madagascar, sanggup tu... abang danish pause kan story tu, balik nanti nak sambung nengok, sikit pun x leh tertingggal

tapi disebabkan x sabar nak nengok story madagascar, jalan pun laju giler sampai terjatuh, kesian kat abang, luka kat lutut, mama pun x faham kenapalah abang x sabar nak balik nengok, rasanya kat 20 kali dah ulang nengok, still x puas-puas



balik aje mami terus tolong hidangkan siap buat air Teh Ais lagi. macam ni barulah canteeeekkk




kata nak diet..................(tau saper yang sound??? tu kat sebelah, Mr. Rizal) dah kul 11.45 mlm pun boleh telan agi roti canai sebijik, lain tahun lah diet yer, my dearest rizal. maner boleh tahan nengok kuah dallllll lah...

 
template by suckmylolly.com