Wednesday, December 31, 2008
WELCOME 2009, GOODBYE 2008
HAPPY NEW YEAR..................To all my friends, friends to be and everyone that visits this blog
this will be my last post for 2008. Bye-bye 2008, hello 2009...may you all have a great and wonderful 2009 that is thousands of times more fun prosperous and memorable than the year bfore.
time flies....another year is going to end. no matter it was a good year, a bad year, it has come to an end. we will usher in a new year in a couple of hours' time. No matter it will be a good year, a bad year, a new year will come...............
if you think it is going to be a bad year, then try your best to turn it into a good year. If you think it is going to be a good year, then make it even better. In either case, make it a a fun year and a fulfilling year.
HAPPY NEW YEAR 2009
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 10:32 PM 4 comments
SEPETANG DI KAMPUNG
semua kerja ngemas rumah, basuh-membasuh dan masak memasak dah beres, sekarang giliran aku duk rehat kat luar, petang ari baru boleh lengang kangkung
oh yer, anak-anak ku dimaner yer????? ari ni ujan tak lebat dan cuaca sungguh memberangsangkan buat abang n kasih main kat luar. ari ni jugak x der orang nak nolong aku masak kat dapur, kasih sibuk ngan siti dan ain kat umah sebelah manakala abang sibuk ngan aiman dan fikri, itu ajelah nama yang disebut-sebut oleh anak-anak bertuah.
tapi cuaca yang panas pun ader keburukan nyer, kalu ari ujan, nyaman dan syiokkknyer duk kat dapur coz badan aku tak berpeluh, rajin aje nak turun ke dapur coz suasana yang sejuk bagi aku baikkkkkkkkkkkkk nyer mood nak masak, tapi kalu ari panas cam ari ni, betul-betul rasa cam nak masak sambil mandi. pelikkan, kat kampung laki aku ni kalu ari ujan, sejuk nak mampuih tapi kalu ari panas, bahang nyer panas rasa cam nak terjun lam telaga aje.
adik-adik ipar aku payah benor nak amik gambar depa semua ni, balik kerja terus tukar baju kuar ngan member-member, yelah kan orang bujang. sani aje yang lekat kat umah, dialah peneman setia abang dia, sampai sanggup amik cuti 3 ari nemankan abang tercinta.
4 hari kat kampung, rizal asyik ke bandar aje carik jeans. so finally dapat gak aper yang dihajati. balik tu terus carik adik no. 4, Hanif...pakar levis bundle....nak check betul tak jeans yang dibeli tu dari kepala kain. aku tak faham ngaper lah rizal boleh bayar satu seluar jeans bundle ngan harga RM350.00 cuba kalu dia gi kedai Levis, boleh dapat jeans baru ngan harga RM299.00. tapi bila aku tanya dia cakap, orang pompuan tahu aper......dari criter yang aku duk dengar dua beradik duk sok sek tu, salah satu nak tahu original kepala kain or not ialah nengok kat kain poket sebelah dalam ader cop tak, selain dari jahitan sebelah tepi, kalu ader confirm lah tu.
TOYS
aku pun dah belajar cara-cara nak pujuk daripada "King of the Pujuk". abang nak beli lori yang besar gedabak harganya dalam RM60.00 kalu tawar dapat RM50.00 kot. tapi aku cakap baik-baik ngan abang. aper kata jangan buy yang big ni, nanti tak muat papa's car, kalu tak muat nanti, lori ni kena tinggal kat atuk's house. kalau abang buy yang small ni aje, harga pun tak mahal, lam 25.00 aje, nanti tomorrow boleh beli toys yang lain pulak. yang ni small aje, boleh muat kat papa's car. abang tanpa banyak pikir, okeylah, tapi tomorrow abang nak buy lagi tau mama.....
selesai sudah part melabur duit kat kedai toys, kasih tercinta sib baik tak pilih yang mahal gak, takat RM5.00 aje harganya, camni tiap ari pun mama sanggup cayang....
nama pun budak-budak, tak sabau nak main, soh balik main kat umah pun tak sanggup nak nunggu dah, time papa duk sibuk pilih jeans, abang sibuk duk main kat lantai. tak kira doh kedai orang ke, umah orang ke yang abang ngan kasih tahu main toys aje
MAMA BUAT GEDIK, MANJA, HAPPY
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 5:34 PM 0 comments
TOYS
abang danish ni pantang nampak toys yang jual kat tepi jalan, mesti soh benti kereta, mampuih lah macam ni, kalu ader 10 kedai tepi jalan yang jual, semua kena benti mahu bankruptcy. takat harga cam kedai RM2.00 nak beli 10 kali pun x per, tapi bila dah harga satu mainan tu RM60.00 mahu telah air liur aku laki bini nak membayor. seminggu satu kali beli toys okey lagi kan, duit kalu tak abis kat anak-anak kat saper lai, tapi kalu dah setiap ari kena beli, tokey balak pun bankrupt.
kedai yang ader kat tepi jalan lak, bukan takat jual mainan kecil-kecil, gedabak nyer lori yang harganya cecah RM60.00. abang terus moncung, paling muka ke arah lain bila papa x hentikan kereta, pastu mulalah guna ayat maut dier "semua tak sayang abang, abang nak beli toys aje pun tak boleh, abang dun want beli flower kat mama ngan big house kat papa"
aku usik sikit aje, abang dah mengamuk sakan, nama pun anak mama, mengamuk pun boleh senyum agi, macam tulah anak mama. tak mo ngamuk lebih-lebih ,sambil senyum okey, itu ngamuk bahagia namanyer......
sorang ibu maner boleh tahan nengok anaknyer merenggek nakkan somethings lebih-lebih lagi kalu anak yang dikandung itu benar-benar membawa rezeki. Aku masa ngandung kan abang, cam-cam penyakit ader, jantung cam nak terhenti bila doktor cakap, tali pusat abang dah terbelit kat kepala abang. bfore tu, uri aku lak jatuh ke bawah. so kiranyer mengandung kan abang cam-cam dugaan ader. Siang malam berdoa agar abang selamat dilahirkan dah sepanjang 9 bulan tulah aku berjanji x kan bagi abang tido dalam tangisan or hampakan segala impian anak-anak aku.
makanyer aku soh rizal bentikan kereta gak, biar aku yang belikan. at least abang boleh tido ngan lena, selagi x dapat aper yang abang hajatkan mesti bfore tido asyik duk ngadu "kenapa mama tak belikan abang toys tu" tak sampai hati lah dengar coz aper yang abang alami sekarang samalah jugak ngan perangai aku masa kecik. masa kecik dulupun aku pernah nak kan satu anak patung tu, tapi mami tak nak belikan sebab dah banyak kat umah, malam tu aku tak leh lelapkan mata ingatkan anak patung tu aje, esoknya aku kayuh basikal gi umah tokki, mintak duit nak beli anak patung. bila dapat duit aje, aku terus gi bandar, kayuh basikal sorang-sorang ikut jalan kampung semata-mata nak beli anak patung idaman aku. time tu aku darjah 3. tapi abang nak mintak duit ngan saper? time aku dulu senanglah umah tokki dekat aje ngan rumah aku.
HUJAN YANG TURUN
ujan yang tak henti-henti menyebabkan semua pergerakan terbatas, aku nak gi pasar ngan rizal carik kain tudung yang member aku kirim. tapi tulah, asyik cancel aje. esok lusa dah nak balik. kena beli gak kain tudung, kan nanti hampa lah harapan member aku.
kasih mengadu kat papa yang masa papa gi kedai ngan pak teh, abang main air hujan lama sangat. x leh simpan rahsia tulah anak bertuah ni. aku baiknyerrrrrrr pakat anak beranak x nak bagitahu kat papa dier, x sampai 5 minit papa balik, kaunter aduan terus dibukak.
MASAK MEMASAK
as usual, kalu dah balik sini, aku x derlah pandai-pandai nak masak ikut selera anak tekak aku, kalu selera aku ikan bilis aje pun dah cukup, nak nanya ngan laki aku pun tak guna, balik-balik soh refer kat abah gak. so setiap ari aku mesti nanya kat abah, abah nak makan aper ari ni.
abah soh aku masak ayam goreng pedas cam yang aku goreng semalam. tapi abah cakap, abah nak lagi pedas. so biasanya aku taruk 3 sudu cili boh, ari ni aku taruk 4 1/2 sudu cili boh. tengahari semalam aku x yah masak untuk ramai orang, takat 3-4 orang aje, coz semua dah pergi kerja, balik lak senja karang, tu dah kira time dinner. malam dah sah-sah kena masak lauk lain, takkan nak bagi pak mertua aku makan lauk siang tadi, kan tak pasail-pasail kena cop mahar PEMALAS.
abang kan sibuk main kat umah member sebelah, papa kenalah pantau time aku nak masak, kalu tak dipantau harus laju aje naik basikal round kampung.
aku kena gak masak tomyam tanpa letak daun limau purut, ujan yang mencurah-curah menyebabkan sorang pun tak nak kuar gi beli daun limau semata, laki aku cakap, x yah daun limau purut pun x per, semua nyer tengah lapor, belasah aje aper yang ader depan mata. bila aku ngadu kat abah takut tak sedap coz daun limau tak der, abah pun cakap, tak yah taruk pun xper asalkan ader rasa masam, jadilah tomyam.
aku nak masak, kasih pun sama nak nolong, merenggek-renggek nak nolong aku buat kerja, last sekali aku bagi kasih tumbuk bawang yang dah separuh aku tumbuk kira sambung ajelah, tapi dia punya tumbuk abis berterabur saner sini
kasihlah peneman aku kat dapur, tolong mama dier masak, kalu ari tak ujan jangan arap dia duk dapur ngan aku, ari ujan macam ni mestilah nak duk umah aje, anak dara ni pengeli sikit, selipar basah sikit aje dah moncung 14 depa. semalam time nak kuar gi beli minyak, selipar basah kena ujan pun mengamuk sakan marahkan selipar tu, pastu langsung x nak jalan, papa kena dukung aje maner nak gi.
ABANG
kali ni balik kampung cuaca tak beraper enak sangat, hujan x henti-henti turun, payah benor nak nengok matahari. biasalah kan musim tengkujuh, tapi abang danish tak kira doh, ujan ke tak ujan ke, ribut ke, kawan tetap kena carik. aku memang respect lah kat ibu-ibu kat kampung, anak-anak diaorang memang tahu jaga diri dan x yah sibuk-sibuk nak kawal cam aku ni. Lepas aje anak-anak main kat tanah, berkawan saner sini, berkumpul kat lebih 10 orang member pastu gi jalan maner-maner naik basikal. tapi time nak makan nasi mesti balik. Tapi aku belum bersedia nak lepaskan abang main ngan kawan-kawan, aku takutlah aper-aper jadi, depa semua dah biasa ngan kampung diaorang, anak aku tu 2 or 3 bulan sekali baru balik. jalan pun tak kenal lagi.
see, abang danish ulang alik sekejap pergi sekejap balik, macam tu lah abang, dia nak ikut member pusing kampung naik basikal aku tak izin, cuma boleh main-main ngan budak umah sebelah aje. payah tau nak pantau abang danish ni, sekejap aje dah ilang dari pandangan mata aku, aku rasa orang kampung pun duk hairan, mak saperlah yang terjerit-jerit duk panggil nama anak. 4 ari duk sini, dah naik serak sore aku asyik duk terjerit panggil nama abang. takut gaklah abang naik basikal gi jalan-jalan ngan member, kang terus sampai ke bandar, kusut aku laki bini.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 8:54 AM 1 comments
ANAK PAPA
anak-anak bertuah tu sendiri yang buat bahagian memasing, danish anak mama n kasih anak papa. camner kita usik pun cakap dua-dua anak papa ngan mama, pandai lak si kecik bertuah tu menjawab, katernya, "mama kan ibu tasih tapi tasih anak papa, papa kan ayang abang,tapi abang tu anak mama, tak faham lagi ke, tasih ader papa, abang ader mama, kan boy kena ngan girl n girl kena ngan boy" amboi pandainyer anak dara ni bercakap. mami tak ikut kami balik kampung, kalu mami ader harus abang melekat ngan nenek dia. abang memang tak heran sangat coz kalu mami x der, mama ader.
tapi kasih ni memang tak boleh kalu bfren dia tak ader, mahu x leh katup mata, mesti nak berulik bagai, mesti nak kena n wajib papa dier story lu baru kasih leh lelap.
part-part touching 2 beranak ni, saper pun x leh usik, mahu kasih mengamuk sakan kalu ader orang duk terselit or tido sebelah papa, nak tido kalu boleh, tapi wajib sebelah kasih, sebelah papa saper pun x leh dekat. Bangun pagi celik mata pun nak berkepit lagi ngan papa.
tapi rizal ni memang x adil lah, kalu aku yang kejutkan soh bangun, harus geding geliat lu lah, bukak mata pastu tido balik, tapi kalu tuan puteri dia yang kejutkan tak sampai seminit terus bangun kiss anak dara tu. laju aje bangkit.
Tuesday, December 30, 2008
DINNER
untuk makan malam aku kena masak lain, lauk tengahari tadi dah pun habis licin. malamnyer aku goreng ikan ngan buat masak lemak cili padi pucuk paku. Lebih santan buat dalca ader lagi so boleh guna untuk masak lemak.
tapi budu x leh tinggal, aku buat ulam terung, timun ngan kacang botol
dan orang paling berselera saper lagi kalu bukan my dearest rizal, bukan disebabkan lauk yang aku masak sedap daaaaaaaa, tapi sebab ader budu ngan ulam, laju ah dia duk makan.
n dialog kurang asam rizal adalah :-
rizal : sedaplah makan nasi malam ni, 2 kali bertambah
aku : aper yang sedap, masak lemak ke?
rizal : taklah budu ngan ulam tu, betul-betul buat naik selera
kurang asam, budu ngan ulam yang sedap...................
aku : aper yang sedap, masak lemak ke?
rizal : taklah budu ngan ulam tu, betul-betul buat naik selera
kurang asam, budu ngan ulam yang sedap...................
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 3:19 PM 10 comments
GORENG PISANG
aper lagi yang bestnyer bila balik kampung?? banyak sangat yang best daripada tak best, salah satunyer petang-petang cam gini boleh makan goreng pisang panas. susah nak carik goreng pisang kampung yang sedap sangat kat KL. payah nak jumpa, goreng pisang kampung pandan yang jual kat tepi jalan pun tak leh tanding goreng pisang kat sini.
aku kalu balik kampung, badan mesti mencanak-canak naik, diet tolak tepi yang penting makan lu sementara ader kat kampung
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 3:05 PM 3 comments
Labels: names kampung
JOM MANDI UJAN
dulu masa kecik-kecik selalu main air ujan, pantang ujan aje mesti nak mandi, banjir sikit pun sibuk nak main air banjir, gitu gak ngan abang ngan kasih yang excited nak mandi air ujan. aku pun pernah kecik so aku tahu camner rasa nak main air ujan.
so semalam abang ngan kasih mintak izin nak main air ujan, mami kan x der so aku laju aje bagi izin. laki aku pun sama bagi permission soh anak rasa mandi air ujan
maka nyer berdondang sayang lah abang ngan kasih menikmati air ujan
pelik bin ajaib, kalu kat umah sendiri bercinta bagai nak mandi, puas suruh pun susah nak mandi, ader air panas lagi, pun susah nak mandi, kat kampung sejuk nak mampus pun sanggup menggigil kesejukan asalkan dapat main air ujan, nama pun budak-budak. n kalu nenek dia tahu masak aku kena nih.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 11:00 AM 5 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)