Saturday, October 31, 2009

TAKZIAH

ai just got news from my besfren that our Chairman, Dato' Ir. Pian bin Sukro just passed away. Al-Fatihah. Takziah buat keluarga arwah di atas pemergian arwah. Semoga keluarga arwah tabah dan sabar menghadapi ujian ini. Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan termasuk dalam golongan orang-orang yang soleh. Ameen


Saya cuma rasa terkilan kerana tidak berkesempatan menziarahi kerana apa yang saya dengari arwah menghembuskan nafas terakhir di luar negara.

Al-Fatihah buat arwah Dato' Pian,

Sabda Nabi S.A.W : " Ingatlah mati! Demi Zat yang jiwaku dalam kekuasaan-Nya, kalau kamu tahu apa yang aku ketahui, tentulah kamu akan sedikit tertawa dan banyak menangis"

Nabi S.A.W bersabda : " Siapa yang cinta untuk menemui Allah , nescaya Allah cinta pula untuk menemuinya".



Al-Fatihah


TALI PUSAT


hari kesembilan iaitu pada hari Khamis 22 Oktober 2009, tali pusat baby cinta dah pun terpisah dari pusat baby cinta. Waktu tu jam 4.00 pagi, masa aku tengah nak salin pampers tetiba tali pusat tertanggal. Terus aku masukkan ke dalam bekas yang sedia ada tali pusat abang ngan kasih. ketiga-tiga tali pusat anak-anak aku, aku satukan dalam satu bekas.



As usual sejak dari anak pertama lagi, kami memang gilir-gilir jaga anak. Dalam tempoh berpantang ni aku gilir-gilir ngan rizal jaga baby cinta, kalu aku tido, rizal akan amik alih kerja jaga baby cinta, rizal cuma akan kejutkan aku bila time baby cinta nak menyusu aje.



tapi yang paling kena jaga adalah abang ngan kasih yang suka sangat picit pipi ngan idung baby cinta, pantang lepa sikit mesti ader tangan yang merayap masuk lam buaian baby nak picit saner ngan picit sini. kalu rizal ader kat umah, selamatlah keadaan sebab semua takut kat rizal tapi kalu aku ngan mami aje, puas menjerit jangan picit baby cinta kuat-kuat.




dah 18 hari usia baby cinta, Alhamdulillah tak banyak meragam, tak banyak nangis, payah nak dengar sore baby cinta nangis, kecuali time nak mandi aje, walaupun ngan air panas, bila kena air sikit, baby cinta cepat nangis. Time tido lak pun sama, Alhamdulillah Allah S.W.T permudahkan segalanya. tido aje memanjang, perut pun tak pernah kembung lagi, malam hari pun jaga sekejap aje lam kul 3.00 or 4.00 pagi sebab lapar susu. itu aje, yang lain Alhamdulillah semuanya berjalan ngan baik.


Friday, October 30, 2009

HARI KEDUA DI RUMAH


gambar ni di ambik masa hari kedua aku berada di rumah, maknanyer hari ke 8 aku dalam tempoh berpantang. as usual, bila kena bedah makanan rutin harian aku adalah ikan haruan ngan nasi. naik loya tekak aku duk makan ikan haruan setiap ari tapi nak buat camner, nak cepat baik kalu kenalah telan gak.





rutin harian aku gak duk ngadap astro, selagi mata aku tak ngantuk selagi tulah kerja aku duk ngadap tv, boring ngadap tv, aku gi fb.

BALIK UMAH


lepas enam ari masuk spital barulah aku dapat kuar, payah benor nak kuar spital, bukan sebab baby, baby cinta sihat Alhamdulillah tak der sakit aper. Alhamdulillah kuning pun tak der. yang problemnya aku sebab bp aku tak stabil so dr. marlek betul-betul pastikan bp aku dah okey baru boleh kuar. Dan Alhamdulillah hari keenam baru dapat kuar. tu pun dalam kul 6.00 petang. lepas rizal pergi settlekan semua kat bahagian account, kena lak gi nurseri amik baby, baru boleh balik. gedebak-gedebuk kul 6.00 baru selesai semua.




baby dalam hari, semuanya asyik tido, samalah ngan baby cinta, asyik tido aje, cuma malam pertama berada dirumah, baby cinta buat perangai sikit, tak tido malam dari jam 11.00 malam sampailah pagi soknyer. mungkin tukar angin kot, tu yang nangis sekejap, benti sekejap. tapi aku tak cuak sebab mami ader, mami cakap tukar tempat tido kot, dah selesa kat spital 6 hari tetiba lain lak angin balik umah, sekali rasanya betul kot, sebab malam seterusnya Alhamdulillah semuanya berjalan ngan lancar, sekarang ni baby cinta kerjanya asyik tido aje 24 jam, jaga bila lapar aje, kenyang tido balik.



ohya terima kasih tak terhingga kepada semua kekawan yang bagi hamper n adiah masa aku kat spital, tak dapatlah aku nak amik gambor semua hamper n adiah plus bunga sebab bila wat balik umah aje, semua anak-anak dah kerjakan, nak arap laki aku amik gambor, bercintalah jawabnyer. apapun terima kasih sekali lagi. tapi sampai kat umah aje, lam kul 7.00 malam ader kotak adiah yang dihantar. rupernya dari company laki aku. terima kasih banyak-banyak yer.



sampai kat umah pun kebetulan cousin aku dari JB datang. masak??? maner sempat, mami kan satu ari kat spital jaga aku. so amik kerja senang order md.



pantang, pantang gak tapi ader gak secubit rasa yang aku amik telan, tak tahan nengok. air coke, perhhhhhhhhhhh lagi tak tahan, mami masuk dapur, aku telan seteguk, seteguk pun jadilah buat ubat. rizal tak cakap aper, aku tunjuk isyarat soh diam, seteguk aje, tak tahannnnnnnnnnnnnn




WAD 316


bilik ni selesa tapi takut sikit kalu duk sorang-sorang sebab letaknya di hujung sekali, jauh pada kaunter nurse, so agak lah sunyi sepi.




abang ngan kasih memang dah tak sabar-sabar nak main ngan baby cinta, setiap ari duk tanya bila baby nak besar. sekarang ni abang cam bengang aje sebab buat camner pun adik tak pandai gelak lagi. tapi aku kena jaga betul-betul sebab abang ngan kasih suka sangat pegang kepala baby, kalu lembut tak per ni kasar giler, takut aku nengok cara abang ngan kasih pegang cinta.




Alhamdulillah, syukur kepada Allah S.W.T kerana aku tak der masalah dari segi air susu,. Dari anak pertama lagi, Alhamdulillah air susu tak pernah susut. aku memang dah niat, kali ni aku tak nak campur susu formula, aku akan susukan anak aku sepenuh masa tanpa campur ngan susu lain. Time abang ngan kasih dulu aku campurkan susu formula tapi yang ni memang aku dah niat awal-awal, lagipun boss aku yang bagi aku inspirasi, masa dia lahirkan anak keempat aku nengok dia langsung tak campur susu formula. lagipun sepanjang aku ngandung dia banyak beri galakan soh aku susukan sendiri anak tanpa campur susu formula.




ni lagi satu hal, tak pasal-pasal aku kena bayor untuk bilik yang aku booking, ingatkan tak ikut hotel, rupernya Ampang Puteri sebijik cam hotel gak. cekik darah tul, tapi tulah silap aku gak. pandai-pandai buat kiraan sendiri. Masa kat ICU ari tu, aku pesan kat nurse di maternity ward soh book kan aku bilik single room. so malam tu terus ader. dia pun terus book kan untuk aku, tut-tut time nak settle kan bil, rupernya aku kena gak bayar bilik yang aku dah book, walaupun aku tak nginap kat saner ari tu. puas aku duk tanya ngan account kat bawah, jawabnyer kalu dah book, tak kira tido ke tak, automatik masuk bill. so lain kali jangan memandai nak book, ader kosong kalu duduklah, tak der kalu terima ajelah daripada kena bayor duit bilik.


Thursday, October 29, 2009

TWO DAYS AT ICU



ni adalah antara photo ketika aku berada di ICU. time ni mami, eji dan anak-anak datang sementara rizal amik giliran balik umah salin baju. Alhamdulillah Allah S.W.T permudahkan lagi jalannyer bila rindu aku pada abang ngan kasih akhirnya terubat sebab abang ngan kasih dapat gak masuk sini. supposed tak leh tapi entah macam maner kanak-kanak boleh terlepas lak masuk. dapatlah aku peluk dan cium abang ngan kasih sepuasnya.




agak seksa gaklah duduk kat ICU ni sebab hari pertama tu aku asyik tido aje sebab doc bagi aku ubat soh berehat betul-betul so baring aje atas katil. aku pun tak daya nak bangun makan, sib baik ader laki yang boleh tolong suapkan aku makan. tak turun aku dari katil asyik berbaring aje. dan Alhamdulillah hari kedua barulah aku dapat bangun tapi makan tak leh sendiri lagi sebab tangan aku kiri kanan kena inject. semuanya tak serasa.



hari kedua lam kul 2.00 petang barulah aku dipindahkan ke wad biasa. Alhamdulillah dan syukur sangat ke hadrat ilahi kerana doa aku untuk ditempatkan di wad biasa dimakbulkan oleh Allah S.W.T. Dan rindu sangat untuk aku nengok cinta, sejak hari cinta dilahirkan ke dunia, selama tulah aku tak dapat lagi menatap wajah anak aku, tak dapat lagi aku menyusu anak aku. perkara pertama yang aku niat, masuk aje wad biasa, aku terus nak soh nurse kat nurseri antor anak aku ke wad.


CHRONOLOGY OF IRIS CINTA LAURA'S BIRTH

Justify Full

Pengalaman melahirkan Cinta memang berlainan dengan pengalaman melahirkan abang dan kasih. Mengandungkan Cinta adalah pengalaman pregnant paling senang dan seronok sebab tak banyak kena masuk spital. Syukur ke hadrat Allah S.W.T kerana memudahkan segalanya.




9.00 pagi
  • On 14 Oktober 2009, as usual setiap minggu aku memang ader check-up ngan Dr. Marlek. Kali ni pun aku gi sorang aje, laki aku akan diberikan cuti seminggu masa aku bersalin nanti pada 26 Oktober 2009. seperti biasa kena tunggu giliran, lam kul 10.30 baru tiba giliran aku, rutin biasa amik urine, pastu timbang berat badan, Alhamdulillah sihat benor aku sampai 70 kilogram berat badan. Baby still 2.8 kilo dan semuanya sihat Alhamdulillah. pastu bila sampai part tekanan darah tinggi, bp aku nampaknya naik sehingga 172/130. Dr. Marlek tak banyak cakap, terus soh aku rehat kat Observation room lam 3 jam untuk pastikan BP aku turun lepas dia bagi aku makan ubat yang sedia ada dan tambahan lagi satu biji ubat untuk turunkan tekanan darah tinggi aku.

11.00 pagi

  • aku dimasukkan ke observation room, memula tu single room dah ader orang, maka aku ditempatkan sebilik dua orang. yang sebelah aku tu sekejap-kejap tukar orang. so memacam criter aku boleh dengar dalam masa 3 jam. ader yang baru 32 minggu tapi terus kena operate sebab jantung baby lemah, ader yang dah masuk hari tapi takmo beranak lagi sebab esok last exam. ader yang menangis teresak-esak peluk laki sebab takut nak beranak. ader pelbagai criter dan kisah idup realiti yang berlaku sepanjang aku share bilik ngan orang selama 3-4 jam.

  • As usual, tekanan darah aku diperiksa setiap 15 minutes, bp aku pun cam mabuk pun ader, sekejap naik sekejap turun. aku solat jap, naik katil balik, bp aku naik mencanak-canak sampai 200, pastu tidur balik lam setengah jam turun balik sampai 165. begitulah keadaannya turun dan naik sepanjang aku kat observation room. Lam kul 2.00 pm aku minta ditukarkan ke bilik single kalu dah kosong, Alhamdulillah Allah permudahkan segalanya, bilik tu dah kosong sejak kul 1.00, aku terus dipindahkan. Akan tetapi Dr. Marlek mintak aku hubungi husband aku sebab katanyer bp aku tak beraper bagus.

  • sepanjang 3-4 jam tu lah jugak aku kena buat CTG monitoring dan Alhamdulillah baby sihat dan jantung pun okey. aku memang berharap dan berdoa sangat pada Allah S.W.T agar biar aku aje yang mengalami sakit or derita yang penting baby yang aku kandung ni sihat Alhamdulillah.

  • Kebetulan hari rabu tu lak rizal terlalu busy, kul 6.00 petang baru laki aku datang. laki aku dah cuba mintak time off, tapi tulah opis laki aku tak jangka lak aku kena bersalin, laki aku pun jenis tak banyak cakap, dia cuma cakap aku admit kat spital pasal bp naik aje. so diaorang pun tak jangka aku beranak ari tu gak, isi borang cuti cakap 26, depa duk pegang tarikh 26 oktober tu lah. after discussion bagai ngan Dr. Marlek, doc amik keputusan untuk bedah aku kul 9.30 malam nanti. emergency case coz BP aku naik sehingga 210/135. aku memang dah kecut perut giler, lagipun dah lama tak beranak, dah 4 tahun lamanyer. kali ni rasa takut lain macam sebab kata Dr. Marlek aku akan dibius seluruh badan, makanyer aku tak dapat nengok bayi ketika kuar dari perut aku sebab dalam kes emergency dengan bp yang terlampu tinggi, Doc tak berani amik risiko bius separuh badan. aku laki bini akur dengan cakap doctor dan yang paling mendukacitakan bila laki aku pun tak dapat masuk sekali ke bilik operation sebab emergency operation, laki tak dibenarkan masuk.

  • aku memang takut sekali kali ni, aku banyakkan zikir dan selawat, mulut aku tak henti-henti berdoa agar segalanya tenang, sebab hati aku tak tenang, jiwa kacau, darah makinlah tinggi naiknyer sebab aku lam keadaan takut plus gelisah. Sib baik ader rizal kat sebelah yang juga berdoa, zikir dan selawat sambil usap rambut aku dan cuba tenteramkan aku sebaik mungkin. juraian air mata mula berlinangan sebab aku memang takut nak masuk bilik operation, waktu tu laki aku pun cuak sebab katanyer dia jarang lihat aku nangis, jarang lihat aku takut, jarang lihat aku tak kuat semangat. katanyer dia takut ngan keadaan aku yang tak kuat semangat.

8.00 pm

  • Alhamdulillah kami berdua sempat solat maghrib bersama di bilik tu, beralaskan tower aje, laki aku nak gi surau tapi aku mintak nemankan aku sebab aku takut sangat kali ni. lam kul 8.00 malam, nurse 2-3 orang mula datang, nak pasang macam-macam kat badan aku, nak injectlah, nak pasang tiublah. korang yang pernah ceaserean tahulah semua tu. masa tu aku lagi takut, doc marlek terpaksa bagi ubat tambahan sebab nak soh bp turun, selagi tak turun, operation takkan dijalankan.

9.00 pm

  • lam kul 9.00 malam, aku dah ditolak ke bilik operation, debaran mula bertiup kencang, laki aku dapat neman separuh jalan aje, sampai kat pintu operation aje sebelum berpisah, sebelum gengaman tangan terlerai antara aku ngan rizal, aku mintak ampun banyak-banyak dari hujung kaki ke hujung andaikata aku terkasar cakap or aper-aper ajelah. halalkan makan minum aku, dan yang paling syahdu, kata-kata terakhir yang laki aku bisikkan kat telinga sebelum tangan kami terlerai, 'tak der aper yang perlu ayang maafkan, tak der sebarang salah dan dosa yang pernah ayang buat, semuanya baik belaka, banyak-banyak mengucap, yang tunggu ayang kat luar yer"

  • tapi aku tetap panggil laki aku walaupun dah masuk bilik operation, nurse kat situ cakap, husband akak tak boleh dengar dia kat luar, dia tunggu akak kat luar. Pakar bius aku kali ni pompuan, tapi aku tak ingat namanyer sebab aku dalam keadaan tak tentu hala. Pakar bius tu beritahu aku segala macam prosedur, bp aku naik, macam-macamlah. Lepas kena bius, aku mulalah cam ngantuk, pastu lama-lama aku mula tak sedar. aku tak tahu aper yang berlaku tapi menurut laki aku, operation ni paling lama sebab bp aku tak stabil lam 1 jam 40 minit lamanyer. Alhamdulillah jam 9.30 malam, Iris Cinta Laura selamat dilahirkan. Syukur sangat-sangat kepada Allah S.W.T. Pembedahan nak kuarkan cinta memang sekejap aje lam setengah jam rasanya tapi lepas tu ader sikit kepayahan tu yang jadi 1 jam 40 minit lamanya. Alkisahlah, tapi Alhamdulillah semua berjalan dengan baik dan lancar.

  • sedar tak sedar aku dah ditempatkan di ICU sebab tekanan darah aku tak stabil, sekejap tinggi sekejap rendah. Dr. Marlek perlukan rawatan yang rapi untuk aku bagi memastikan tekanan darah aku stabil. Masa kat ICU tu, aku dalam keadaan lemah sesangat. aku bukak mata aje nampak laki aku tengah duk usap kepala aku, soalan pertama aku adalah 'baby sihat Alhamdulillah ke, sempurna ke yang, jari dia cukup ke yang, semuanya okey ke yang' laki aku terus kuarkan h/phone, tunjuk gambar yang dia amik, tapi tulah keadaan aku cam lalok pun ader, dengan kesakitan yang amat sangat sebab ubat tahan sakit tak masuk lam badan, tersekat. masa tu aku nangis bagai nak rak, merintih, merayu pada laki aku cakap sakit, after 20 minutes dapat pengesahan dari doc, aku mula disuntik ngan ubat tahan sakit dan terus tidur sampai pagi.

  • sedar tak sedar dah kul 5.00 pagi, aku tercarik-carik maner laki aku, rupernya kat ICU tak boleh nunggu orang sakit, laki aku tido kat luar, seawal 8.00 pagi rizal dah masuk ke ICU, dengan baju kerja yang tak bertukar lagi, rupanya laki aku tak balik umah langsung, dia still nunggu aku kat luar, katanyer dia nak balik salin baju dan mandi tapi memandangkan aku sakit sangat malam tadi menyebabkan dia tak sampai ati nak balik, lepas suapkan aku makan, ikatkan rambut aku dan letakkan aku lam keadaan selesa, rizal mintak izin balik umah untuk mandi dan tukar baju, lam sejam lagi dia akan sampai nemankan aku. aku duk kat ICU selama dua hari, keadaan aku tak teruk sangat cuma keadaan bp aku yang stabil. biasalah Dr. Marlek memang amik berat pasal pesakit dier, dia jaga aku pun sebaik mungkin, dan Alhamdulillah masuk hari kedua aku dah mula sihat dan boleh bangun. Luka after ceaserian kali ketiga tak sakit sangat compared ngan kali kedua, kali ketiga ni dah boleh bangun dan berjalan ngan selesa compared ngan yang kedua.

apapun, ucapan terima kasih yang tak terhingga pada rizal kerana bersabar dengan aper yang berlaku sepanjang aku pregnant 9 bulan ni. walaupun aku tak mengidam yang pelik-pelik tapi semuanya ditunaikan oleh rizal tanpa rungutan. I love u more than everything.



Wednesday, October 28, 2009

IRIS CINTA LAURA



Alhamdulillah..............Syukur ke hadrat ilahi, syukur yang teramat sangat kerana aku selamat melahirkan seorang bayi perempuan yang diberi nama IRIS CINTA LAURA. Iris Cinta Laura selamat dilahirkan pada 14 Oktober 2009 jam 9.30 malam di Hospital Ampang Puteri.



my daughter's were born 2 weeks early than their due date.




terima kasih yang tak terhingga juga kepada rizal yang telah menemani aku sepanjang aku berada di ICU. terima kasih kerana tidak meninggalkan aku walaupun sesaat. terima kasih kerana melayan karenah aku sepanjang di ICU dan terima kasih yang tak terhingga atas segala-galanya sepanjang aku berada di hospital.




aku hanya dapat upload photo daripada camera eji aje, photo dari h/phone rizal lak tak dapat aku amik sebab card reader aku tak tahu maner aku campak plus ngan rizal punya usb port tak tahu maner dia taruk lak, tunggu aku carik serata umah maner card reader yang aku taruk. kat dalam h/phone rizal penuh ngan gambar Cinta masa baru kuar dari perut aku.

tapi tulah nak taruk pun takut jadi isu lak, sekarang ni banyak benor anymous yang bagi komen. rasanya simpan untuk tontonan peribadi lah.


FINALLY



Finally, aku dapat gak update blog aku yang dah lama tak berusik. Bukan malas or tadok masa tapi mak aku tak bagi aku bangun soh berehat aje. tengah dalam tempoh berpantang ni aku kenalah ikut segala cakap mak aku sebab mak aku lah yang duk jaga aku siang dan malam. Bersekang mata mak aku duk jaga aku. aku dilarang sama sekali dan dilarang keras untuk duduk atas kerusi, mak aku soh aku berehat 24 jam.



Tapi after 15 days barulah aku diberikan kebebasan untuk mengadap komputer. Perintah orang tua tak berani aku langgar kan karang tak dengor cakap aku gak yang susah.




lepas ni aku akan update cam biasalah, cam dulu balik, setiap ari aku akan update. tahap kerajinan pun dah mula berkobar sejak bersalin ni. segala komen pun akan ku jawab, masa pregnant ari tu, jangan kata nak update nak pandang laptop pun aku malas sesangat.


Tuesday, October 13, 2009

DAH DEKAT DAH

sekarang ni aku menghitung hari untuk melahirkan anak aje. setiap minggu, setiap ari rabu aku ader appointment ngan gynae aku. InsyaAllah, aku dijangka bersalin pada 26 Oktober 2009 secara ceaserian. so sekarang ni setiap minggu aku akan dapat 2 hari mc. Keadaan aku pun tak mengizinkan sangat untuk aku aktif kesaner-kemari sebab kali ni aku tak beraper kuat. agak lemah sikit. last week pun aku gi jumpa gynae pun sornag-sorang, rizal x leh amik cuti setiap minggu nak nemankan aku, aku pun faham sebab dia pun makan gaji cam aku gak, periuk nasi kenalah jaga. Sedang asyik nunggu giliran nombor aku sampai, aku sempatlah snap pasal calories kat atas. berguna untuk orang diet.


Ampang Putri tengah buat renovation, tempat ambik ubat pun dah bertukar wajah, taklah sesak cam sebelum ni, no pun cepat sampai, kalu sebelum ni berjanggut nak boleh sampai ke giliran aku.



baru lah ari ni aku bukak blog dan baca semua comments, terima kasih kepada yang antor comments, aku belum sempat membalas pun, keadaan aku yang tak beraper mengizinkan menyebabkan aku tak larat update blog bagai. kekadang tu aku soh adik aku tolong update kan. sekarang ni pun kemaner aku pergi aku dah tak excited nak amik gambor cam dulu, dulu asal kuar aje, semua gambor aku amik, asal orang datang umah pun aku siap klip saner klip sinir, tapi sekarang ni memang aku tak minat dan tak beraper teruja nak amik gambor bagai. harap-harap keadaan ni tak kekal lama. tapi yang nyatanyer memang aku tak larat sebab kepala aku asyik sakit aje. pantang lupa makan ubat mesti kepala aku sakit, pastu bp aku mencanak naik sampai 205.


Monday, October 05, 2009

HOMEWORK TIME KALU.................

kalu time buat homework mesti ader yang kuar air mata, kalu tak kuar memang tak sah. Kasih budak perempuan lain sikit ragamnyer, agak rajin. Abang danish pun rajin gak tapi biasalah ader malas sikit. Kalu main ps laju aje, cuba kalu buat homework, kalu tak berdondang sayang memang tak sah. bukan abang danish namanyer.

padahal homework kasih lagi lagi dan lagi banyak pada abang, tapi disebabkan kasih memang suka buat homework, suka menulis dan mewarna, maka menda tu semua cam makan kacang aje. Kekadang tu terlebih rajin, teacher tak cop perkataan "homework" pun kasih dah buat gak. sampaikan teacher kelas kasih kena call aku bagitahu yang jangan buat homework kalu tak bercop, sebab belum belajor lagi bab tu.

budak rajin yang senyum sokmo......







anak sulung aku biasalah, memang tak minat buat homework, gi tadika pun asyik membilang ari bila nak cuti, padahal baru masuk hari isnin, tapi dah siap tanya bila nak cuti lagi? Beraper hari lagi nak kena gi sekolah?




kalu tak menangis, kalu tak koyak buku akibat dipadam berulang kali, memang tak sah. asal pegang homework aje mesti cakap penatlah, tiredlah, tak mo buatlah, kenapa kena buat homeworklah, abang tak suka homeworklah, abang tak suka gi school lah, abang nak sit at home aje.





tapi aku tak pernah guna pendekatan paksa or marah or tengking anak. aku akan guna cara selembut mungkin, pujuk abang selembut mungkin sampailah abang akan buat homework sampai abis. Lain orang lain caranyer, so tak boleh nak bandingkan cara kita didik anak kita ngan anak orang. lagipun anak-anak kita masih kecik, kita tak tahu camner perjalanan hidup diaorang nanti. comments tentang aku yang tak pandai didik anak sebab tak pernah marah anak, comments tentang aku yang spoil kan anak-anak, selalu gaklah aku dapat comments dari anoymous yang sering menasihati aku cara mendidik anak-anak. tapi kan aku rasa didik anak mengunakan cara pendekatan yang lembut amat berkesan contohnyer arwah Ustaz Asri Ibrahim (Rabbani), beliau tidak pernah meninggikan suara atau menggunakan pedekatan kasar atau marah pada anak-anak beliau, asuhan dan didikan yang beliau amalkan ader lah dengan mengunakan bahasa sehalus mungkin dan dengan penuh kelembutan, malahan isteri beliau tidak pernah mendengar beliau meninggikan suara pada anak-anak. aku baca artikel ni dalam luahan isteri arwah yang mana arwah adalah seorang suami dan ayah yang terlalu baik.


lepas aku baca artikel tu aku jadi semakin yakin yang pendekatan yang aku gunakan amat berkesan pada abang dan kasih. Sebab aku nengok kalu mami marahkan cucu-cucunyer, mereka akan memberontak, akan tetapi kalu aku tak marah, aku cakap elok-elok, pujuk baik-baik, aku nengok anak-anak aku memang dengar cakap. sekejap aje aku pujuk dah jalan. tapi kalu guna kekerasan, jawabnyer depa semua makin melawan dan memberontak.









sambil nangis pun, Alhamdulillah abang dapat siapkan gak homework abang. abis 3 bijik buku abang dapat siapkan, tapi aku tak henti-henti duk pujuk dan urut tangan abang sebab lenguh buat homework, story pasal ben 10, sampailah abang siapkan semua kerja sekolah.

SHOPPING AFTER RAYA

hari jumaat ari tu, time lunch aje aku terus melangkah ke Sogo, kat level 7 ader sale, nengok pada katalog yang dia antor ader barangan baby. aku apalagi terus bergegas gi saner, tapi tak banyak pun barang baby. yang ader banyak cuma stroller aje, berebut gaklah orang duk membeli, tilam for baby pun cepat giler abis, sib baik ader rezeki aku, dapat lah aku sepasang satu set pink kaler. Tapi aku tak sempatlah amik gambor kat sogo, cuma sempat amik kat JJ maluri ngan JJ Setiawangsa. Kat sogo aku aderlah beli gak barang keperluan baby, pakaian baby, lampin tapi adik kesayangan aku pun dah banyak beli baju baby kat FOS.

gambor tak clear sebab aku tak setting elok-elok. aku carik buaian yang color coklat tu merata tempat tapi kebanyakkan yang ader cuma yang display aaje. tak nak lah sebab dah kotor dan ader yang koyak. of cozlah semua orang nak yang baru, walaupun dibagi diskaun aku tetap nak yang baru gak. aku merayaplah hari sabtu hari tu, gi JJ Maluri, abis stok, merayap gi JJ Melawati pun abis stok, sogo memang tak der yang cam gini, kat Midvalley pun yilek, kena tunggu stok baru sampai, tapi sib baik kepala otak adik aku tu bijak, dia cakap kat JJ Setiawangsa mesti ader stok sebab kat saner tak ramai orang. Memang tepat sekali hari sabtu aku gi aritu, tak ramai orang pun, stok pun ader banyak lagi, aperlagi terus amik.


shopping barang baby hari sabtu pun aku angkut semua anak-anak, time ni benti makan kat TESCO sebab anak-anak aku dah kelaparan. singgah kat sini sebab ikut selera abang nak makan roti hotdog kat dalam TESCO. disebabkan anak sulung aku sejak balik dari kampung ni agak culah nak makan, maka aper aje selera abang aku ikut aje sekarang ni, yang penting anak aku kenyang.







alang-alang sampai sini terus beli barang basah untuk seminggu nyer stok.



OKTOBER YANG BUSY

bulan ni bulan yang agak busy sikit sebab abang ngan kasih akan menghadapi peperiksaan akhir tahun. plus ngan abang jugak perlu di bawa ke sekolah rendah pandan indah bagi menghadiri ujian menentukan kelas maner yang akan abang duduki darjah satu nanti.
Bulan ni jugak aku insyaAllah dijangka bersalin pada 26 Oktober 2009. puas mintak ngan doc agar baby lam kandungan ni lahir pada bulan 11, namun idok dilayan yer. InsyaAllah pada 26 Oktober or awal lagi, terpulang pada bacaan BP aku. kalu asyik melompat aje maka nyer awal lagi, tapi kalu maintain, insyaAllah pada 26hb. semuanya terserah pada Allah S.W.T.


ni jadual peperiksaan abang ngan kasih. ingatkan bila aku dah bersalin, InsyaAllah pada 26hb ni abang ngan kasih tak yah gi tadika lagi, boleh neman aku kat spital, tapi bila nengok balik jadual, 29/10/2009 ader exam english lak. aduh mak frustnyer........

Friday, October 02, 2009

RAYA 2009























SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI

 
template by suckmylolly.com