Showing posts with label TESCO. Show all posts
Showing posts with label TESCO. Show all posts
Wednesday, February 24, 2010
TESCO
as usual, setiap bulan wajib datang sini beli barang bulanan. Abang tak ikut, tido, tak sampai ati nak kejutkan, asyik benor abang danish beradu, baby cinta lak aku tinggalkan kat jie jie, lagipun adik aku sayang benor ngan baby cinta, kalu boleh nak kepit aje ngan baby cinta. Baby cinta ni best kalu bab senyum ngan gelak, sentiasalah tergelak n senyum.
kasih tak beraper sihat tu yang tak mo jalan, aku tak kasi ikut nak ikut jugak sebab nak beli buku kat KFC. dari umah kan main panas lagi badan anak dara aku tapi bila sampai TESCO, sihat lah pulak. ni deman ngelat namanyer. duk rumah deman, kuar rumah aje sihat walafiat.
setiap bulan belanja bulanan kami sekeluarga semakin bertambah, rasa cam beli barang yang sama aje setiap bulan tak tak tahu naper stiap bulan perbelanjaan makin bertambah
satu troli tak cukup kalu memborong untuk stok bulanan, kena dua troli. satu rizal tolak, satu lagi aku yang tolak. tapi pergi time cam gini orang tak ramai sangat, cuma gi time 25hb, mahu sesak kat TESCO. tu pun barang basah cam ikan banyak yang takder. semua dah abis.
selesai urusan pembayaran, kami nak gi makan lak.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 12:10 PM 1 comments
Labels: names TESCO
Wednesday, December 30, 2009
SCHOOL UNIFORM
yang tengah dukung anak tu, papa kepada Adam, abang mat merangkap cousin belah mak aku. time ni laki aku ajak abang mat shopping sekali gi sekali school uniform untuk adik ipar aku. Adik ipar aku ni kira adik bongsu rizal yang masih lagi sekolah so kira tanggungjawab laki aku kena tolong adik bongsu. sekarang ni giliran laki aku support adik dier, dulu masa eji tengah belajar giliran aku yang support eji. so sekarang giliran rizal.
time ni laki aku sibuk duk telefon adik lin, tanya size. ni kat Mid Point, laki aku cuma dapat tudung aje, yang lain dah abis size. makanyer pas ni kami nak menapak gi TESCO.
sampai TESCO, aku biarkan laki aku tentukan kain maner yang nak beli, sebagai seorang abang of cozlah rizal nak yang terbaik untuk adik dier. nama pun adik bongsu. aku biarkan rizal wat pilihan kemudian baru laki aku tanya maner yang okey.
idup rumah tangga ni kenalah adil dan saksama, kalu dulu laki aku sekali pun tak pernah merunggut aku tolong eji dalam amount yang agak besar setiap bulan dan sekarang ni bila laki aku nak melabur untuk adik lin, aku pun kenalah ikut resmi laki aku. lagipun tulah satu-satunya adik rizal yang masih lagi bersekolah.
idup rumah tangga ni kenalah adil dan saksama, kalu dulu laki aku sekali pun tak pernah merunggut aku tolong eji dalam amount yang agak besar setiap bulan dan sekarang ni bila laki aku nak melabur untuk adik lin, aku pun kenalah ikut resmi laki aku. lagipun tulah satu-satunya adik rizal yang masih lagi bersekolah.
aku bawak anak sulung aku sekali, kasih tak ikut coz dia ngan mak ucu ngan ateh gi nengok wayang story princess frog, aku tak leh nak neman sebab banyak menda nak buat lam minggu ni, bf0re bukak sekolah. abang semua barang dah selesai, bulan november ari tu aku dah beli semua, so kepala tak perlu pusing-pusing lagi.
Wednesday, July 01, 2009
TESCO
setiap bulan, beli barang yang sama, kalu bertambah pun satu, dua, tiga, barang sahaja tetapi jumlah perbelanjaan barang kering setiap bulan makin bertambah. setiap kali tukang nak kuar duit tanya aper yang banyak sangat, jawapan simple aje, anak-anak dah besar, macam-macam depa nak makan.
masa kat TESCO, abang laju aje pilih robot transformers, semua nama anak aku ingat optimus prime lah, bumblebee, starscream ngan ironhide, yang kat KFC abis dah aku balun, yang tinggal sekarang kat Petronas aje belum beli. ari minggu ari tu rizal dah belikan robot kat kedai mainan kat umah aku, 4 set abis rizal beli sebab nak pujuk abang gi sekolah, Alhamdulillah perjanjian antara papa ngan abang berjaya, takat 3 ari ni, abang tak der masalah lagi gi sekolah, gi dan balik pun dah happy, balik pun tak sabar-sabar nak main ngan robot transformers. masa kat kedai toys ari tu, rizal bagi kebebasan kat abang pilih yang mana berkenan di ati, yang penting perjanjian dibuat, kalu papa beli robot yang big-big, abang kena gi skool. dan arap-arap perjanjian ni akan kekal sampai ujung tahun. InsyaAllah.
dan anak dara sorang ni sibuk lah sangat duk pilih barang mainan, bih kurang kat 1/2 jam lah kitaorang duk nunggu kasih pilih, tapi pilih punya pilih satu barang mainan pun kasih tak pilih n as usual kasih beralih ke pencil color ngan colouring book.
ingatkan beriya duk pilih, nak lah beli anak patung barbie ke, alat mainan masak-masak ke, tapi dalam hati aku biarlah kasih pilih patung barbie, aku suka sangat kalu anak pompuan main mainan barbie ni, masa kecik dulu telan air liur aje nengok barbie ni, mahal sesangat, sekarang ni kira harga bolehlah, tak derlah mahal zaman aku dulu, zaman memula barbie nak famos. dah ader anak pompuan ni, nak lah nengok anak pompuan main mainan barbie ni, barbie ni kan ader macam-macam, tapi tulah kasih memang tak suka ngan anak patung. langsung tak pandang, pegang pun tak nak. puas duk asuh soh main ngan mainan anak patung, eji ader gak beli tapi bila dapat dia happylah, tak sampai seminit, langsung tak usik dah. di biarnyer merata atas lantai, pastu kalu aku usik nak bagi kakak kat depan umah, laju aje dia jawab "bagilah, kasih memang tak nak pun"
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 11:38 AM 4 comments
Monday, May 25, 2009
WAJIB DATANG SINI.....
rasanya kebanyakkan budak-budak kali gi TESCO Ampang, mesti nak singgah sini barang 10-20 minit. Abiskan duit mak bapak, main sebanyak maner games yang ader kat sini.
anak sulung aku suka benor main menda yang ader stering, ader sekali tu masa rizal singgah kedai nak beli susu, aku cam biasalah nunggu lam kreter ngan anak-anak. Abang danish bila papa park aje car mesti terus beralih tempat gi tempat driver coz nak main stering, duk pulas ke kiri ke kanan sampaikan tayar duk bergerak ke kanan dan ke kiri. Tetiba ader orang datang ketuk tingkap, bila aku turunkan tingkap, dia sound jangan bagi anak main stering cam gitu, bahaya. tapi bila aku tanya rizal, bahaya ke? dia cakap bahaya kalu jugak. tapi tak kose dia nak terang panjang lebar kat aku sebab dia pun tahu aku jenis dengar telinga kanan kuar kot telinga kiri.
yang paling aku duk risau, anak dara sorang ni, tetap tak jalan gak walaupun aku setiap malam luangkan masa main masak-masak ke or main permainan orang pompuan, tetap nak main ultraman gak ngan abang danish, tetap nak main games gak cam abang. sebab tu lah, aku nak sangat anak pompuan lagi supaya kasih akan beralih arah sukakan barang-barang permainan cam anak patung ke, ini tak, aku belikan barbie, tak sampai 2 minit dicampaknyer ke dalam bakul mainan. langsung tak sentuh. tak heran pun, yang dia tahu pakai baju ultraman sebab nak lawan ngan abang.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 1:45 PM 0 comments
TESCO
We went grocery shopping at Tesco yesterday morning. Aku dah serik gi malam hari, crowded giler, so kali ni akal panjang sikitlah. by 8.00 am kami dah ader kat depan pintu TESCO. Dan rasanya dah agak lama kami tak kuar satu family sebab aku memanjang tak sihat. So kali ni aku pulun abis-abisan beli barang, last month masa mami ngan eji gi beli, banyak yang diaorang tak amik, takut terlebih bajet. so semalam amik ko, aku beli barang dapur sampai penuh satu kereta, dan paling banyak adalah jajan.
as usual lah kan, family pun besar n ramai, satu troli rizal bawak, satu lagi troli mami ngan aku duk pakat tolak.
semalam bajet memang terlebih bajet banyak sangat, tuan besar time nak kuar duit menjeling aje, sejak aku pregnant ni, belanja makin banyak, aper idaknyer aku kalu bab mencekik no. 1. semua nak makan, time ni lah nak makan banyak dan banyak, bila dah kuar baby esok-esok (insyaAllah). maka kenalah berdiet bagai, masa tu aper pun tak leh nak makan. kata nak jaga badan kan?????
Tuesday, April 28, 2009
TOLONG NGEMAS
sejak mama dier tak sihat, kasih dah banyak amik alih tugas mama dier, banyak tul yang dia tolong. tolong angkat kain, tolong lipat baju (walaupun tak kemas dan menjadi), tolong simpan stokin papa dalam laci, tolong basuh pinggan (walaupun aku kena cuci sekali lagi), tolong kemas rumah, macam-macamlah yang kasih tolong. Balik dari tesco ari tu pun, kasih tolong mama simpan barang lam laci ngan fridge.
tapi kali ni barang pertama yang kasih duk mengemas ialah jajan. yang tu lagi penting pada barangan yang lain. kat umah aku jajan ni satu wajib ader, itulah upah untuk budak-budak kalu malas nak ngaji or bercinta bila nak soh mandi. bila dah memasing duk ngeliat bagai, umpannya jajan nilah.
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 9:14 AM 3 comments
Monday, April 27, 2009
TESCO
malam jumaat ari tu, aku anak banak semua pakat gi tesco beli barang dapur ngan barang basah sekali. memula tu aku cam malas nak gi, aku tak beraper larat sangat nak jalan lama-lama, tapi lepas rizal cakap aku boleh duduk kat maner-maner sementara nunggu diaorang semua pilih barang, terus aje aku setuju. Mami ikut sekalilah, mami tukang pilih barang, rizal tukang bayor.
tapi idok ler aku lepak kat luar, aku lepak kat dalam TESCO, kat tempat barang basah tu ader tempat nak lepak, aku duk kat sini lah ngan anak-anak sementara laki ngan emak aku duk pilih barang bagai. belanja dapur kitoarang bulan demi bulan makin naik, anak-anak dah semakin membesar, depa pun dah pandai pilih aper yang dia nak. tangan cepat aje capai aper yang berkenan di hati.
chips more ni belum bayor lagi, tapi as usual lah kan, budak-budak bertuah ni akan bukak lu, pastu aku akan bayar time nak bayor semua nanti, selalunya cam gitulah, kalu nak gi bayor dulu, alamak bercintalah nak beratur bagai. so bagi tidak memboringkan anak-anak aku duk nunggu nenek ngan papa dier pilih barang, bolehlah mengenyangkan diri lu kat sini.
sekarang ni kami berenam, barang-barang dapur dan lain-lain keperluan pun kena beli untuk enam orang. tak lama lagi, jadi tujuh orang, bukan sebab akan hadir orang baru dalam kelompok keluarga kami, tapi aku ngan family aku sebulat sore nak amik ayah mertua aku tinggal ngan aku. aku sekeluarga sedia menjaga ayah mertua aku yang sedang sakit akibat accident ari tu. kami sekeluarga akan rawat abah sehingga abah sembuh. InsyaAllah jika tiada aral melintang, 1 hb ni rizal akan balik kampung amik abah. Dalam soal ni kenalah bertolak ansur dan saksama, kalu rizal sanggup jaga emak ngan adik aku dan boleh tinggal sekali, masakan aku tak leh nak jaga pak mertua aku pulak kan.
Sunday, February 22, 2009
ABANG OH ABANG
abang danish tengah asyiklah duk main sorang-sorang, tapi sambil tu abang dah pandang ader satu awek tu cam nak main games ni sama-sama. sekejap-sekejap dia pergi kat mak dier, cakap nak naik menda tu. abang danish pantang nampak awek cina mesti minat yer. awek tu yang bertocang tengah duk bodek mama dier
actually mama amoi ni tak bagi anak dier naik coz menda ni tengah on duk gerak ke kiri dan ke kanan. aku dah masukkan token, benti aje, aku masukkan token balik, abang suka main games kat lam tu. nama pun budak-budak kan, semua lah excited nak naik menda yang bergerak, aku cakap kat mama amoi tu, taruk ajelah anak dia biar sama-sama play games tu ngan anak aku. tarak hal punya. anak sulung aku, kalu anak dara duk sebelah, lebih-lebih lagi amoi, laju aje bagi, siap bagi tu amoi tu tekan button. cuba kalu kasih yang tekan, mau ader yang kena jerit.

see sanggup berdiri tu semata nak ajar amoi tu main games. abang danish-abang danish. lama beb dia duk berdua kat lam tu, kejap-kejap soh aku masuk token, asal benti, soh aku masuk token, suka sangat berkepit ngan amoi tu. actually masa duk berduaan kat lam tu, aku dah dengar abang tanya saper nama amoi tu, sekolah kat maner, asyik lah duk bercakap dah amoi ni lak pandai cakap melayu gak, tu yang boleh terus melayan. amoi tu pun sama gak borak ngan abang, puas mak dia pujuk ajak balik, tetap tak jalan, asyik duk ngan abang. dan yang paling terkejut, anak aku boleh lak gi tanya "awak ader telefon tak" beb lu kecik lagilah, saper ajar ni????
Posted by CRAZY BEAUTIFUL88 at 4:30 PM 4 comments
TESCO
balik pada spital, rehat kejap, gedabak-gedebuk pas buat aper yang patut, lepas asar kami sekeluarga gerak gi TESCO, nak beli barang basah.
aku lepak kat sini, nunggu abang ngan kasih melenjan kat lam ni. kali ni aku tak ikut rizal, mami ngan eji pilih barang, aku nemankan anak-anak kat sini.
anak dara aku tak kisah sangat kalu aku tak der depan mata dier, tapi kalu anak sulung aku memang x leh kalu aku x der depan mata, mau melalak menjerit-jerit duk panggil nama. jadi aku betul-betul kena duk depan mata abang dan ngekor aje maner abang nak pergi.
kasih lak kalu dah masuk tesco playland ni tak kisah dah mak pak dia kat ner. yang kasih tahu buat hal sendiri
maner pergi pun, toys wajib kena beli
Wednesday, February 04, 2009
TESCO AMPANG
after that we went to tesco ampang lak, still nak carik cd games agi, tapi tak aderlah kat sini, laki aku puas duk melilau carik, tapi tetap tak jumpa, maka kami anak banak, menapak lu kat sini layan telatah abang ngan kasih
Wednesday, December 24, 2008
TESCO
sampai aje kat TESCO tempat pertama abang danish tuju adalah barangan peralatan sekolah -Ultraman, abang nak segala mak nenek barang sekolah mesti ader gambor ultraman, sib baik dia x nampak beg ultraman kat TESCO semalam kalu idak naya, ikut selera rizal memanglah segala nak MARVEL tapi dah selera anak nak ultraman, kenalah ikut, yang nak ke sekolah tu Danish Bukan Rizal
maka berjanggutlah aku ngan mami n kasih duk nunggu dua beranak ni pilih Ultraman Tiga, kat sini banyak pulak namanya ultraman nexus lah, ultraman maxlah, cam-cam ader tapi yang abang minat cuma ultraman tiga.
Subscribe to:
Comments (Atom)














