Saturday, January 31, 2009

BURGER OH BURGER



sampai umah aje abang mengadu lapar, x nak makan nasi tapi nak makan burger. aku laki bini turun balik gi beli burger kat bawah. 2 bijik untuk abang danish n sebijik untuk kasih.




see, bukan main selera lagi abang duk makan






kalu beli burger kenalah beli vitagen sekali, kalu idak tak selera lak anak aku nak makan.


MAKAN-MAKAN



semalam pagi aku gi makan roti canai kat Kampung Baru, warong nilah yang aku cakap tu, tapi aku rasa x der nama pun, just warong camtu aje. orang beratur punya ramai


ha tu dia kuah roti canai dier, amik lah sebanyak maner kaki ayam ngan ibu kentang yang ko nak amik, semua pakat cedok sendiri. ratah kuah dal dia aje pun dah boleh mengenyangkan.





lunch lak, aku pekena nasi ayam kat foodcourt, tapi ader orang lak yang langgar aku masa duk angkat tray ni sampai tumpah sup aku. sib baik sup yang tumpah, kalu sambal dia yang tumpah mahu menangis aku tak cukup.



cik seri yang keding ni, walaupun dah sekeding ni, tetap nak diet gak. jarang makan nasi time lunch, kalu nasi padang barulah dia ni laju nak makan.



tapi semalam kawan baik aku makan sup aje coz dia dah ader bunga-bunga nak demam. aku ajak gi sogo neman beli swimming suit kasih pun tak larat, balik nak tido kat opis aje


Friday, January 30, 2009

PLUSLINER

ita balik JB naik bas plusliner, anak-anak aku tumpang sekaki antor sampai ke atas bas. Abang ngan kasih cam jakun aje bila dapat naik bas. memula tu excited sangat...



buat sportcheck kat saner sinir



jalan dari depan ke belakang, belakang ke depan, tersangatlah jakun nyer bebudak dua orang ni naik bas

sehinggalah kasih menangis bila tersedar yang mami tertinggal kat bawah. takut bas ni berjalan, terus menangis nak turun dari bas



aku pun dah lama tak naik bas, dulu masa belajor kat KL setiap bulan naik bas balik kampung. sekarang ni semua tinggal kenangan aje. yang aku tahu masa muda belia memang best naik bas ramai-ramai ngan member balik kampung. syiokkkk oooo, lebih-lebih lagi time bas benti rehat, semua pakat turun gi makan burger


TWINKLE TWINKLE LITTLE STAR

kasih duk asyik nyanyi lagu twinkle-twinkle little star. kat maner-maner sekarang ni asyik duk nyanyi lagu ni aje. actually aku dah ajar lagu ni dari umur setahun agi tapi tak excited nak nyanyi, bila teacher yang ajar, tak henti-henti duk nyanyi.


punyalah feeling duk nyanyi sampai kan abang kena kawal pergerakan kasih yang sekejap-sekejap terpusing-pusing gi sebelah kananlah, kirilah. abang betul-betul kena jaga coz bas kat bawah ni banyak. sekejap-sekejap abang duk tarik lengan kasih. pastu tak abis-abis mulut abang membebel kat kasih.

tu ha mulutnyer tengah duk menyanyi sakan


yang ini lak, duk menari bagai

bukak sekolah nanti, aperlah pulak yang teacher ajar kasih nyanyi. yang aku tahu setiap minggu mesti ader lagu baru.


PUDU RAYA

cantik kan shawl yang ita pakai tu? betul-betul terserlah bila pakai. aku pun cam terberkenan gak. rasanya nak kena gi cilok gak satu ni. last nite around 9.30 pm kami gerak gi Pudu Raya, tapi laki aku x leh ikut aku ke stesen pudu raya coz x der tempat nak parking, so dia duk lam kreter nunggu kat tepi jalan sementara aku anak beranak gi antor ita ke Platform 3.



abang ngan kasih paling payah nak berpisah coz kak ita pandai layan depa berdua. Abang danish lagilah sampai tak bagi kak ita balik. puas duk pujuk tak bagi kak ita balik. mesti abang ngan kasih rindu ngan kak ita nanti, pastu akan disebut-sebutlah nama kak ita setiap masa, "bila lagi kak ita nak datang".


see, abang tengah tunjuk isyarat kat bas Plusliner, tanda boleh masuk, jalan clear.

MY COUSIN

my cousin dah nak gerak balik JB, kami sekeluarga gi antor ita kecuali eji tak ikut, dia tak beraper nak sihat







moga percutian ke KL ni memberi kenangan yang paling manis, terutama sekali ngan budak Toyota tu. dan juga moga cepat bertemu jodoh.








KASIH N PAPA

asyiknyer dua beranak ni duk berborak pasail dvd barbie kasih yang dah patah dek kerana keganasan abang danish.


maner lak nak cari DVD malam-malam gini, so papa amik ati kasih ngan ajak anak pompuan dia main lambung-lambung bola yang dibuat daripada platesin.




agaknyer dah lupa sikit kot pasai DVD barbie tu, lepas papa buat show lambung bola, kasih lak nyanyi lagu yang dia belajar kat tadika siap ngan tarian sekali. tu yang papa duk tergelak nengok anak dara dia duk manari sakan.




kami semua tengah bersiap nak antor ita ke Pudu Raya. actually rizal tak beraper nak sihat, bunga-bunga demam cam dah mula nak nampak.



Thursday, January 29, 2009

POLIKLINIK KOTARAYA


semalam aku kena migrain lagi, so satu ari suntuk aku ketidoran, sebab tulah tak banyak entry semalam coz aku asyik baring kat katil aje. dekat petang-petang nak senja baru aku gi panel klinik amik MC. Tapi bukan senang lah nak dapat MC, aku dah ader rekod dari tahun 2002 sehinggalah sekarang, sakit migrain aku memang tahap kronik so kalu aku cakap migrain, siangnyer tak dapat datang sebab tak leh angkat kepala, dr. rahman akan sedia maklum. aku pun dah masuk kuar wad akibat migrain ni.


abang kalu datang sini, mesti ajak gi stesen minyak kat depan, belikan coklat or aper-aper ajelah yang berkenan di hati.

aku gi bertiga aje, abang n ita, kasih tak ikut coz anak pompuan aku yang sorang tu sedang nyenyak beradu



tima kasih yer ita tolong neman kak na ke klinik. abang danish ngan kasih suka sangat ita datang umah kitaorang. sampai tak kasi kak ita balik. Ita ni pandai layan budak-budak, that whylah anak-anak aku suka sangat ngan kak ita. pastu banyak jugaklah melabur kat budak-budak bertuah tu



MCDONALDS

kaki ita dah penat, dia tak biasa jalan kaki sejauh gini, jalan sikit dah sempuk, kat Petaling Street ni ader mcdonalds so kami singgah makan jap sambil ita nak rehatkan kaki


tapi urusan makan ari ni dibelanja oleh ita, terima kasih yer ita jelita...

emm, menyesal lak aku tak beli topi yang cam aku pakai ni. same design tapi brown color, cantek sangat tapi tulah aku cam teragak nak beli bila balik umah aku cam menyesal lak.



tak perlah, nanti boleh pergi lagi, alah petaling street bukannya jauh sangat, semeset aje. anytime pun boleh gi. sediakan duit aje....maka laju lah kaki aku bawak aku gi saner.


tq yer ida jelita kerana belanja kak na makan-makan dan makan sampai kembung perut







CHEONGSAM

pastu neman ita nak gi beli baju tidolah, cheongsam lah, segala mendalah yang ader kat kedai ni

semuanya dia duk rembat nak beli


aku tak beli, aku kan dah janji, masa shopping kat Shamelin Perkasa ari tu, setahun dah tak nak shopping. aku cuma beli untuk kasih ngan abang aje. untuk mama nyer dah tak mo shopping-shopping lagi.



see, cuma ader satu plastik aje kat tangan aku, tu pun cheongsam untuk kasih. aku minat ngan pink kaler tapi ita cakap cheongsam cantik kalu warna merah, betul gak, so aku amik satu kaler merah.



sales girl ni dari thailand, aku ingatkan kedai dier, rupernya dia kerja kat sini, patutlah cam takut nak bagi harga murah lepas boss dia datang baru ita dapat harga murah. maka beratus gaklah ita abis memborong kat sini, semuanya dia duk berkenan. masak cam gini, ader gak rupernya penyakit berjangkit suka menyopping ni kat cousin aku.



PETALING STREET

pastu kami gi jalan-jalan cuci mata kat petaling street. sebenarnya time aku datang sini silap timing lah, supposed kalu nak datang sini adalah tengah bulan, baru harga mahal tapi kalu datang time cam gini, dioarang memang ketuk tinggi-tinggi coz orang baru dapat gaji. time aku pergi memang gilerlah dia duk ketuk. terkejut beruk aku ngan harga yang diaorang bagi kat aku, aku dah bertahun jejak kaki kat sini dah tahu nak umpan diaorang camner dan dah tahu pun akan harga sebenar. Kasut Louis Vutton kat atas tu cantik sangat, tu kasut untuk budak-budak umur 3-5 tahun tapi harganya perrrrrrrrrrrrh RM150.00, puas tawar dapat RM70.00 mati kat situ tak leh tawar-tawar lagi. tapi memang cantiklah. emm tunggu harga dia tengah bulan nantilah kot-kot boleh turun RM50.00, laju aje aku gi beli.

cantik giler shawl yang ita belikan, tukang pilihnyer aku, aku memang suka ngan adunan red n black. shawl ni memang menarik giler, lebih-lebih lagi kalu orang berkulit putih cam ita ni lagi terserlah. actually kalu beli time tengah bulan, boleh dapat lam RM20.00 bagi shawl yang ader 2 ton warna, sebelah color itam, sebelah agi color merah tapi kalu gi time orang tengah dapat gaji cam gini alamak kena ketuk lah jadi RM25.00. nak tak nak ita kena beli gak.



aku kan kalu orang ajak shopping kat petaling street musim dapat gaji cam gini, tobat tak nak shopping just pandang-pandang aje bolehlah. mahai gilerlah dia ketuk.




PLAZA RAKYAT


aku gi plaza rakyat naik LRT nak nemankan cousin aku ita beli tiket nak balik JB. Dah lama benor rasanyer tak jejak kaki gi Pudu Raya. tapi sekarang ni cam senang giler aje, turun aje dari LRT Plaza rakyat, jalan sikit terus jumpa kaunter tiket.



so malam ni berangkatlah pulang cousin aku ke negeri kelahirannyer. bas kul 10.30 malam


pas ni aku nak bawak ita jalan-jalan gi Petaling Street


 
template by suckmylolly.com