Wednesday, May 27, 2009

HOMEWORK MUSIM CUTI SEKOLAH



nilah surat yang aku terima dari anak kak gayah, cleaner kat tempat aku. surat terima kasih kerana aku telah tolong diaorang buat scrapbook.


aku ngan ikhlas hati nolong kakak gayah. Siapkan scrap book yang berkaitan ngan animals. aku bagi kat kakak tu scrap book yang siap binding sekali ngan print berwarna. baru nampak ceria, budak pun suka. tut-tut besoknyer dapat surat daripada anak kak gayah, menitis gaklah air mata aku duk baca surat tu. Terharu budak darjah 6 dah pandai ucap terima kasih.





ni pulak colouring book for abang danish. Aku carik maner gambar yang anak aku suka, printkan pastu buat binding.



siap satu buku colouring untuk diwarnakan time cuti sekolah...







yang ni lak, kasih, memang aku printkan segala mak nenek yang berkaitan ngan princess. Tebal giler lak tu.






petang tu, tak henti-henti abang ngan kasih duk tanya mami, manerlah mama ni tak balik-balik lagi, depa semua tak sabar nak nunggu aku wat balik colouring book



PRINCESS KASIH

lepas isyak aje, aku terus ajak kasih gi Simma kat Midpoint sebab nak carik crown untuk pertandingan pakaian beragam pada sambutan hari guru kat tadika diaorang on 29 Mei 2009.

  • kat sini ader pelbagai jenis crown cuma warnanya terhad pada pink n white aje. dan disebabkan baju kasih blue color makanya aku amik white crown. kasutnya malam nantilah baru gi carik. Walaupun abang ngan kasih baru 4 dan 6 tahun, tapi aku bagi kebebasan penuh untuk diaorang tentukan aper pakaian yang anak-anak aku nak pakai.

  • Asalnyer aku nak sewa aje costume coz kat Ampang ader kedai boleh sewa costume, tapi bila aku gi saner, pakaiannya cam tak baru sangat, dan nampak kusam. maka aku pun amik keputusan carik semampu yang boleh ikut kehendak abang n kasih.

  • Alhamdulillah abang danish dah ader banyak costume ultraman, spiderman dan batman. Tinggal pilih aje yang maner abang nak pakai. so tak payah beli dah, costume ultraman abang baru lagi, pakai ajelah costume yang tu. selesai satu masalah. Anak lelaki ni senang tak banyak aksesori perlu dibeli.

  • Kasih ader masalah sikitlah, sebab tadika anak aku bagi notis tu pun on 18 Mei 2009, nanti on 29 Mei 2009, majlis dah berlansung. Tak sempat lah aku nak tempah baju bagai for kasih. Kasih dah cakap awal-awal dia nak jadi PRINCESS, dan tak mo pink kaler sebab nak jadi cam CINDERELLA pakai dress color biru. maka aku berhempas pulas lah gi carik kat maner-maner kedai yang ader jual dress cam princess khas buat kasih tercinta.

  • member aku cakap banyaklah kononnya ader jual kat lovely lace, kat sogo, kat isetan lah, kat sanerlah, kat sinilah. Memang ader, tapi aku tak berkenan yang "flower girl" nyer dress. Kebanyakkannya paras lutut kalu ader yang paras kaki pun labuhnya, takdok warna biru, kebanyakkan pink and putih, tapi kasih nak jadi Cinderelella. manalah aku nak carik.....................................
  • tapi macam yang aku cakap selalu, usaha tangga kejayaan. Finally after 3 days aku berhempas pulas kesaner-kemari, menular time korje semata nak carik dress princess for kasih. Doa aku dimakbulkan oleh Allah S.W.T. dapatlah kasih jadi Princess nanti. InsyaAllah.

  • nak nengok dress princess kasih??? tunggulah 29 hb Mei 2009, nanti kak rose uploadkan kat sini gambornyer


CINCIN PERAK



semalam lagi haru, sepantas kilat aku turun dari ofis semata nak cepat coz laki aku cakap dia dah janji ngan member dia kat Desa Pandan. laju gilerlah laki aku bawak motor, sekali aku ingatkan aper ke halnyer, rupernya dia ader tempah cincin perak dan kena cepat sebab takut kedai tu katup bfore 7.


kat jari tulah, cincin perak yang baru amik, punya laju bawak motor sampai nak tercabut helmet aku rupernya, ini yang dia duk kejar. aku tak derlah marah, laki tu, sumber duit setiap ari, maner boleh marah kan????? lagipun aku cuma duk kat belakang aje cuma cam tak logik bawak motor laju giler semata nak gi amik cincin. aiiiiiiiiiikkk, lain macam aje pael, tetiba lak gi tempah cincin bagai, ni nak tambah cawangan lagi satu ke Encik Rizal.






tak cukup ngan satu cincin, duk belek lak yang lain. ni betul ke nak tambah cawangan???????????






JANGANNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNNN BANGGGGGGGGG OIII

MERAJUK LAH PULAK

balik dari opis, aku laki bini tak terus balik umah, laki aku ajak neman gi kedai motor. katanyerlah, hajatnyalah, kalau ader rezeki dan kalau diizinkan oleh Allah S.W.T, nak tukar motor sekarang, sebab motor sekarang ni nak antor balik kampung.


sedang asyik duk singgah kedai motor saner, sinir, aku yang dah keboringan pun gayutlah ngan member sementara nunggu laki aku duk telek motor. Ingatkan tak jadi hal, rupanya merajuklah pulak laki aku sebab aku tak bagi attention kat dier masa tengah nengok motor. Kononnya nak lah aku pilihkan motor maner yang sesuai dan cantik gamaknyer. tapi maner ler aku nak tahu, selalunya kalu beli barang berkaitan ngan vehicles ni, laki aku lebih senang sendiri. tut-tut nanti dia ajak gi kedai, tanya cantik tak pilihan dier. Tapi bila perlukan pendapat aku of cozlah aku terkezut.



ni tengah merajuklah, terus ajak aku balik. atas motor sepatah kata pun tak bercakap. merajuk betul......

CHICKEN RICE SHOP MIDVALLEY

ari jumaat ari tu, semua budak opis aku pakat gi sogo ader sale, aku lak dah tahu ader sale for baju kanak-kanak langsung tak minat nak gi, sebab aku tak daya nak menapak dari Maju Junction ke Sogo. sekarang ni lak panas kan main terik lagi, tak daya aku nak menapak walaupun tak sampai 5 minit jalan kaki. kalu dah malas tu banyak tul alasannya. Boss nak gi Mid Valley aku tumpang sekaki sebab tak payah menapak berjalan kaki, naik kreter aje.

sampai saner, aku mintak tolong sangat-sangat nak makan dulu, lepas makan baru ader tenaga boleh pusing-pusing. aku ngan boss lunch kat chicken rice shop. tak beraper gemor sangat aku nasi ayam orang, lagi suka ngan nasi ayam buatan mami. tapi disebabkan dah ngidam aku belasah ajelah.



abis makan kami jalan-jalan gi isetan, pastu balik, tak banyak sangat layan kaki ke saner ke mari sebab aku pun tak daya nak round banyak tempat.

Tuesday, May 26, 2009

DINNER

Balik dari Petaling Street, kami singgah jap makan kat kedai biasa kat Cheras Baru. ni kedai tomyam favorite aku, murah dan sedap giler. Abang danish tak nak makan nasi, menu pilihan utama adalah maggi goreng tanpa sayur tapi taruk telur ngan ayam. see, berselera sungguh abang duk makan.


and kasih, menu pilihan sekarang nasi putih ngan sup ayam untuk budak. Berselera jugaklah kasih makan sampaikan tambah lagi satu pinggan nasi putih.


6 tahun lebih kawin, baru aku perasan laki aku tak suka makan khailan ikan masin, so selama ni aku duk pilih menu ni ingatkan laki aku suka makan sayur ni, rupanya, masa order ari tu, aku order khailan ikan masin, laki aku lak order kangkung goreng belacan, bila aku tanya kenapa kena order dua sayur, jawabnyer "tak suka ngan khailan ikan masin, kalu makan pun sikit sangat".



kenyang semua perut baru ingat nak balik umah, tapi bfore tu as usual tapau mee goreng basah for mami, mami tak ikut sebab tak larat nak naik kreter, kepala pusing. Adik aku lak dah gi bercuti ke Perak ngan besfren nyer.



PETALING STREET


malam minggu ari tu, waktu rizal tengah bawak kitaorang jalan-jalan pusing KL, tersangkutlah kat Petaling Street, singgah jap sekadar cuci mata. lagipun disebabkan abang danish soh benti sebab dia ader nampak kelibat toys.


dah lama sungguh rizal tak datang sini, aku ari tu ader gak datang ngan cousin aku ita. laki aku memang tak beraper berani datang sini, dia takut beli belah kat sini, silap hari bulan kalu ko sibuk duk tanya harga, pastu tak beli mau kena maki bagai.



tapi orang belum dapat lagi kot, tak ramai dan tak crowded sangat, boleh jalan ngan lenggang kangkung aje. kasih as usual lah, kepit ngan bfren dier.





hajat abang sebenarnya bukan toys tapi nak gi kedai yang ader jual pelbagai jenis jacket or baju yang berkait ngan Ben 10, Ultraman, Spiderman, Batman, segala mak neneklah, snow white, cinderelella punya gaun pun ader jual, tapi sayangnyer gerai tu tak der malam tu. Gerai ni special sikit sebab bukan baju t'shirt biasa yang ader jual kat kebanyakkan kedai, tapi gerai ni ader jual baju dari jenis kain cam kain jacket. kira cam costume lah, tapi dari kain yang tak panas. Actually kat Bukit Bintang, Times Square ader jual tapi mak dier taruk harga RM188.90 sepasang, tapi kalu kat sini, boleh dapat lam RM80.00 sepasang.



tapi tak der rezeki abang danish, nak datang lagi kali????
jawabnyer bercinta lah..............





Monday, May 25, 2009

THE ULTRASOUND RESULT


  • On 23 Mei 2009, saturday, I went for my 16 weeks ultra-sound at the hospital. I had to go it alone while my laki busy memanjang kat opis. ni kali ke dua dah aku gi sorang-sorang. rizal tak kira hari cuti ke hari kerja ke, busy memanjang aje. busy tul lah mamat ni. jangan ari aku nak beranak pun busy cam gini, mahu aku majuk 200 hari.

  • Doc Marlek cakap, baby nyer tak der "hot dog" ader "burger aje" , but didn't get the best view of her "privates" so it was very reassuring to see that baby #3 is confirmed for sure a girl! tapi kira okeylah tu. Alhamdulillah, syukur pada Allah S.W.T. Doa aku dimakbulkan oleh Allah S.W.T kerana aku memang nakkan anak yang aku kandung kan ni pompuan. aku pun bfore pregnant dah siap ader nama untuk baby girl.
  • I am so happy when the doctor announced that it’s baby GIRL. I quickly announced it to rizal and mami and they were both happy.


3D ultrasound
terus-terang cakaplah kan, aku memang takut nengok gambor 3D ultrasound ni, macam-macam duk main kat kepala hotak aku ni. Nampak cam pelik pun ader, member aku lagi kurang ajor ader ke patut dia cakap cam Alien, cam nak cili-cili aje mulut tadok insurans tu. Aku lak cam tak puas ati sebab doc marlek tak nak explain very the detail pasail baby aku. may be sebab aku sorang-sorang kot, kalu ader laki kat sebelah, mahu lebat dier bercriter bagai. Sib baik assistant doc tu, cakap 16 weeks, not very clear, wait to another 4 weeks, InsyaAllah semuanya akan clear dan mudah for doc nak explain kat aku. Ye Ke?????

WAJIB DATANG SINI.....

rasanya kebanyakkan budak-budak kali gi TESCO Ampang, mesti nak singgah sini barang 10-20 minit. Abiskan duit mak bapak, main sebanyak maner games yang ader kat sini.


tak ketinggalan jugak anak dara sorang ni, sama naik ngan abang dier


anak sulung aku suka benor main menda yang ader stering, ader sekali tu masa rizal singgah kedai nak beli susu, aku cam biasalah nunggu lam kreter ngan anak-anak. Abang danish bila papa park aje car mesti terus beralih tempat gi tempat driver coz nak main stering, duk pulas ke kiri ke kanan sampaikan tayar duk bergerak ke kanan dan ke kiri. Tetiba ader orang datang ketuk tingkap, bila aku turunkan tingkap, dia sound jangan bagi anak main stering cam gitu, bahaya. tapi bila aku tanya rizal, bahaya ke? dia cakap bahaya kalu jugak. tapi tak kose dia nak terang panjang lebar kat aku sebab dia pun tahu aku jenis dengar telinga kanan kuar kot telinga kiri.


yang paling aku duk risau, anak dara sorang ni, tetap tak jalan gak walaupun aku setiap malam luangkan masa main masak-masak ke or main permainan orang pompuan, tetap nak main ultraman gak ngan abang danish, tetap nak main games gak cam abang. sebab tu lah, aku nak sangat anak pompuan lagi supaya kasih akan beralih arah sukakan barang-barang permainan cam anak patung ke, ini tak, aku belikan barbie, tak sampai 2 minit dicampaknyer ke dalam bakul mainan. langsung tak sentuh. tak heran pun, yang dia tahu pakai baju ultraman sebab nak lawan ngan abang.




PRINCESS N PRINCESS

masa gi beli barang dapur kat TESCO ari tu, aku dan janji ngan kasih nak carik kan dia face powder cam yang eji ader. asyik tibai yang eji aje, nanti rosak kulit baru tau. laki aku dahlah banyak kali sound aku, jangan kasi anak pompuan kesayangan dia bermake up bagai. takut rosak kulit, nanti saham jatuh. royat dier kenalah jaga dari kecik.


so aku singgah jap watson carikan mini face powder ni kat kasih, aku belikan satu aje dulu, nak cuba aje dulu. tapi anak aku kan main lagi, sekejap-kejap duk touch-up muka. cam ala-ala anak dara yang dah besar panjang, peluh sikit, touch-up. yang ni, rizal memang tak boleh nak nunding jari kat aku sebab aku tak pakai powder or bedak asas walaupun secalit, aku cuma duk pakai day cream aje, tupun kalu rajin sebab nak elak dari matahari.


dan satu lagi barang kegilaan kasih adalah yang berkaitan ngan princess, princess, princess. maner aje pergi, itu aje dia nak beli. Anak pompuan aku tak der sangat barang mainan cam budak pompuan lain, sebab asal keluar aje, kasih duk tercari-carik alat tulis, tak kira lah pencil case ke, color pencil or pencil, kalu tak der jenama princess pun tak per, yang penting alat tulis. dan seingat akulah, masa aku mengandungkan kasih, jangan arap aku nak sibuk menulis ke, mewarna ke, membaca ke, yang aku tahu layan tv ngan makan 24 jam sampailah aku beranak.



TESCO


We went grocery shopping at Tesco yesterday morning. Aku dah serik gi malam hari, crowded giler, so kali ni akal panjang sikitlah. by 8.00 am kami dah ader kat depan pintu TESCO. Dan rasanya dah agak lama kami tak kuar satu family sebab aku memanjang tak sihat. So kali ni aku pulun abis-abisan beli barang, last month masa mami ngan eji gi beli, banyak yang diaorang tak amik, takut terlebih bajet. so semalam amik ko, aku beli barang dapur sampai penuh satu kereta, dan paling banyak adalah jajan.



as usual lah kan, family pun besar n ramai, satu troli rizal bawak, satu lagi troli mami ngan aku duk pakat tolak.



semalam bajet memang terlebih bajet banyak sangat, tuan besar time nak kuar duit menjeling aje, sejak aku pregnant ni, belanja makin banyak, aper idaknyer aku kalu bab mencekik no. 1. semua nak makan, time ni lah nak makan banyak dan banyak, bila dah kuar baby esok-esok (insyaAllah). maka kenalah berdiet bagai, masa tu aper pun tak leh nak makan. kata nak jaga badan kan?????


Friday, May 22, 2009

SPECIAL FOR KASIH TERCINTA

masa birthday kasih aritu, anak dara bertuah sorang ni berhajat nak makan sangat spaggetti yang taruk buah tomato banyak-banyak. tapi bila dah buat, tetiba lak tukar selera nak makan ubi kentang ngan telur mata kerbau. takkan kami sekeluarga aje sedap-sedap makan.




makanyer sepantas kilat aku goreng ubi kentang ngan telur, orang kat luar dah tak tunggu kasih makan, semua dah makan dulu, sedangkan ni birthday kasih, lapar punya pasal, birthday girl pun entah ke maner.


MARA

lunch hour semalam aku gi Mara teman boss gi tempah baju. Gila betui, tempahan akan dikatup pada 31 Mei ni. ramai betul orang tempah baju, kata ekonomi down tapi orang melayu bergaya tetap bergaya. Nak nunggu giliran boss buat ukuran pun lama giler. ader ramai giler orang nak tempah baju.


boss buat baju kurung + ngan manik di tangan sahaja, semua sekali RM120.00. kalu ngan bahagian leher jumlah RM180.00. aku telan air liuq dengar. mahai nyer tempah baju, kain pun tak semahal tu kadang-kadang beli, upah lagi mahai pada kain.

PULLMAN, PUTRAJAYA


last week aku gi Pullman, Putrajaya, ikut boss. bfore board meeting, kami kena gi nengok tempat dulu. Hotelnyer memang cantik sekali, arkiteknya raja baharin. Akan tetapi very confusing coz tempat dia banyak kena menapak kalu nak gi makan or meeting. so gambar di atas tu adalah bilik meeting perdana 1 yang kami dah book for our bod meeting. time aku gi ni table setting belum buat lagi, kami request for boardroom style.


ni lak B's restaurant untuk lunch nanti. buffet. makanan dia okeylah, tapi tak banyak pilihan sangat, mungkin sebab baru lagi kot.


boss aku yang bertudung kuning tu, Corporate divison pun terlibat gak. yang berdiri tu sue from corporate division.


discussion n discussion n discussion




hotel dia cantik, tapi bila cuaca yang panas menyebabkan yang cantik pun jadi kurang cantik, yang tak bestnyer sebab bilik meeting duk diluar dari hotel, tempat menunggu for officer bfore kena panggil pun kat luar, cam tak sesuai, coz x der aircond bagai. berpeluh bagailah officer aku sementara nak nunggu giliran buat presentation.



ni pulak abang rahman, driver yang bawak kami ke Pullman, Putrajaya


 
template by suckmylolly.com