Thursday, April 30, 2009

IKAN BAKAR

ari ni makan sedap, aku ikut kak ani pantry gi beli ikan bakar kat Tang Ling, ikan bakar yang lagi best pada dari kat belakang istana. air asam dia perrrrrrrrrrrh, kalu dah cicah rasa sayang nak basuh tangan, bau nyer perrrrh menyelerakan.



kebetulan ader orang order ikan bakar ngan kak ani, tengahari tu kak ani terus call aku sebab dia tahu aku tersangat gilakan ikan bakar kat sini.


tapi aku idokler beli ikan bakar aku beli pari bakar, pari dia sedap sebab lembut giler, payah nak carik kedia yang jual pari bakar lembut cam kat tang ling ni.



air asam yang menusuk kalbu, selalu duk teringat air asam ni......




aku kalu makan pari bakar, tak yah ader lauk lain pun tak per, yang penting air asam tu kena banyak. kalu beli mesti aku mintak air asam tu lebih sebungkus, tapi laki aku tak suka makan ikan bakar ngan air asam dia lebih suka makan ngan kicap pastu taruk cili.





KENA PAKSA

abang dah siap mandi bagai bfore maghrib sebab nanti after dinner nak main games ngan papa, sekarang ni 2 beranak ni kamcing tul sejak abang dah mula terror dari papa lawan racing car.


tapi adik nyer belum shower lagi, budak kecik tu memang susah nak soh mandi kalu dah lepas kul 7.00, macam-macam alasan dia bagi, sejuklah, selalunya depa berdua ni mandi sama-sama ngan aku tapi sejak aku pregnant ni tak daya aku nak mandi sama-sama. so sejak dari ari tu timing mandi semua dah lari. kasih kalu dah kul 7.00 malam tak mandi jawabnyer bercintalah nak soh mandi bagai. maka aku minta tolong ngan abang mandikan adik.


memula tu memanglah abang danish malas, siap buat memek muka lagi tak mo mandikan adik, tapi bila aku cakap, mama tak larat, mama asyik sakit aje, terus anak sulung aku cair, tak sampai ati dengor. memang danish mandikan adik dier.......



tapi cara abang danish mandikan adik nampak sangat cam tak ikhlas, bila aku tanya dia cakap "ikhlas, abang kan tolong mama tapi abang kena paksa kasih shower sebab kasih degil tak nak shower" tapi abang, cara abang mandikan kasih, cam nak bergusti pun ader. nampak cam kasih nangis lam photo ni kan? tapi sebenarnya dia tengah gelak sebab kena paksa mandi di abang dier. gitulah caranya anak sulung aku mandikan adik dier kalu adik dia degil tak mo mandi. terima kasih yer abang.



RUPA PARAS OR KAYA



  • Semalam laki aku tanya soalan yang agak sensitif, kalu aku diberi pilihan, maner pilihan aku, lelaki yang kaya or lelaki yang ada paras rupa. aku jawab - soalan tu dah tak perlu tanya kat aku sebab aku dah kawin pun ngan dier dan dier sendiri tau jawapan tu, kalu nak tanya gak, sila tanya pada para-para anak dara.

  • Tapi beb, dia tak puas ati, dia cakap kalu sekarang ni aku diberi pilihan, maner pilihan aku.... aku cakap kalu belum kawin dulu, yang aku pandang of cozlah rupa paras, tapi bila dah kawin ader anak ni, lelaki yang berduit tu penting gak, sebab cinta tak leh beli susu anak, duit yang boleh beli susu anak.

  • Pastu laki aku terus berhujah dan buat kesimpulan yang pompuan zaman sekarang memang mata duitan, materialistik. tak sama cam pompuan dulu-dulu. rupernya soalan tu ditanya sebab dia ader dengar kat sinar FM discuss pasal ni, rupa paras or kaya. so daripada sms dan panggilan yang diterima oleh deejay tu, 60% pilih lelaki kaya dan cuma 40% yang pilih rupa paras.

  • Lepas tu laki aku mulalah bukak syarahan yang panjang lebar pasal orang pompuan ni. dengan aku sekalilah tercop dalam golongan pompuan materialistik, aku apalagi mestilah tak puas ati. maner boleh jadi ni. aku pun bukak syarahan gak, sampai kami berdua hampir bertegang urat, last sekali dia senyum pandang aku sambil cakap "emosional tul sejak pregnant ni, saya saya aje test"

  • sambil berlalu aku cakap, kalu materialistik, tak kawin nyer ngan awak tu.......pastu aku tanya kasih, kasih maner yang kasih suka "banyak money ke hensom" sekali gfren dia jawab nak yang banyak-banyak money, nanti boleh beli pencil color banyak-banyak sebab dia banyak money.

  • My dearest rizal, aper komen????????????????????????????????????????????

LUNCH

dah 3 ari aku tak kuar lunch, asyik tapau aje. semalam member satu kolej ajak jumpa, dah 10 tahun tak jumpa, asyik berborak kat phone aje. member aku ni cuti beranak, alang-alang dah cuti panjang, terus amik peluang jumpa aku kat sini. tapi aku tak dibenarkan taruk photo dia kat blog aku sebab dia cakap, biar kurus betul, pastu nak masuk muka dia lam blog, 100 keping pun boleh masuk, tengah pantang cam gini, kalu aku masuk gak gambor dia, mahu ader yang kena silat nanti kan karang.


as usual kalu makan kat Times aku mesti amik tomyam ngan nasi putih. kalu nak soh aku naik Monorel gi Times, memang komfem aku tak larat, aku soh member aku amik kat opis aje. lam kul 12.00 dia dah sampai kat bawah, lepas minta permission ngan boss aku, aku terus gerak gi Times.
Member aku ni same age ngan aku, tapi dia baru kawin tahun lepas dan baru aje lepas beranak. ngeri giler aku dengar pengalaman dia nak beranak. Dari kul 6.00 petang sakit, kul 6.00 pagi esok pun still sakit lagi, pastu masuk labour room lam kul 12.30 tengahari, puas dia menerang, baby tak mo gak kuar, bertarung nyawa lam 1/2 jam, pastu doctor amik keputusan soh operate. apapun tahniah for ariani coz dapat baby girl, NURDAMIA namanyer. aku gerun giler dengan dia duk bercerita. tapi aku rasa dia antara wanita yang bertuah di mukabumi ni sebab Allah S.W.T anugerahkan dia bagaimana rasa sakit nak beranak. lain lak criternya ngan aku sebab aku tak pernah rasa sakit nak beranak, tut-tut kena operate, sakit lepas operate aje aku rasa. sakit bertarung nyawa, camner baby nak kuar, kesakitan nak nunggu baby kuar, semua tu aku tak rasa, aku cuma mampu dengar criter diaorang aje. dan nampak gayanya pun yang ketiga ni pun konfem kena operate, dah dua-dua anak aku operate, yang ketiga pun doc cakap konfem kena operate gak.

Wednesday, April 29, 2009

BEKAL FOR ABANG

sejak bulan 2 lagi, abang danish tak nak makan makanan yang disediakan kat tadika abang. Abang danish cakap dah boring. "Boleh tak mama masakkan abang pagi-pagi, abang nak bawak bekal". so menu abang setiap ari akan bertukar, samada mee goreng kicap, mee hoon putih, burger, nasi goreng telur, nasi goreng kicap n macam-macam lagi lah, ikut selera abang. so setiap malam, bfore abang nak tido aku akan tanya, aper bekal abang nak bawak besok. Semalam aku bekalkan abang nasi lemak without sambal lah, walaupun sambal yang dibuat tu manis dan tak pedas tapi lam kepala abang dah set asal sambal aje mesti pedas.


so ari ni anak aku cuma nak bawak telur rebus, tapi abang mintak rebuskan 4 biji sebab nak share ngan member waktu makan nanti.


SATAY PANDAN INDAH

kat bawah umah aku ader orang baru meniaga satay, murah sangat cuma 30 sen aje satu cucuk. tapi satay dia memang sesuai untuk kanak-kanak seusia abang ngan kasih sebab kecik dan senang nak masuk lam mulut diaorang. Kul 10.00 malam tadi, kasih mengadu kat papa lapar dan nak makan satay. selalunya kami akan beli satay samuri kat Awang Besar, tapi memandangkan jam dah kul 10.00 malam dan semuanya cam bercinta aje nak gi ke Awang Besar. makanya kami cuba beli satay kat bawah.

Alhamdulillah, tak sia-sia mencuba beli satay kat bawah, rupernya boleh tahan gaklah rasanya. sedap dan yagn paling penting, abang ngan kasih bilang satay ni lagi best pada satay samuri sebabnya satay ni kurang garing dan kecik sangat, sebatang satay boleh terus masuk mulut. Lepas ni nampak gayanya setiap malam lah kasih ngan abang soh beli satay ni sampailah dia boring.



see, budak muka happy dapat makan satay kecik, nampak tak magic color tu, tupun baru beli kat kedai runcit, time turun bawah nak beli satay, papa bawak jap gi kedai runcit nak beli air coke, alang-alang dah sampai kedai runcit teruslah amik aper yang patut. Makan satay sambil minum air coke, best, kenyang sangat rasanya.



CAR WASH

balik dari neman rizal gunting rambut, kami terus gi Bandar Baru Ampang, cuci kreter kat sini. memula tu rizal nak bawak anak pusing KL, tapi aku tak larat nak duk lam kreter lama-lama, kepala pusing. pastu abang danish bagi cadangan soh papa cuci kreter nanti mama boleh rehat, duduk aje kat situ, kepala pun tak pusing lagi.







budak pompuan ni as usual lah kan, 24 hours nak kepit ngan bfren dia aje.


selalunya lepas papa gunting rambut, terus balik umah, mandi lu, sebab kasih selalu nak pegang rambut papa yang baru lepas gunting, tapi disebabkan dah tak der aktiviti jalan-jalan disebabkan mama dier, makanyer tak leh terus balik umah. time ni kasih sibuk nak pegang rambut papa, tapi tak leh sebab papa belum basuh rambut lagi.



pastu apalagi merajuklah sebab papa tak bagi touch hair. terus buat drama cakap papa tak sayang dier lagi. ala taktik anak dara aku, buat-buat merajuk sebab nak soh papa pujuk, papa kalu pujuk aje terus beli satu lagi color pencil.





Tuesday, April 28, 2009

TADIKA SRI CEMERLANG


  • sorrylah pada beberapa bloggers yang email kat kak rose semalam, beberapa hari lalu dan sebulan yang lalu. depa duk nanya maner tempat abang ngan kasih belajar. kak rose terlupa nak taruk entry ni. kalu saper-saper berminat nak antor anak tahun depan kat sini, call ajelah nombor yang tertera kat atas. Tapi tadika ni jauh sikit pada Pandan Indah sebab letaknyer di Taman Cempaka . Tapi depa ader sediakan kemudahan pengangkutan bagi mereka yang tinggal jauh kat luar dari kawasan sini.

  • Yuran kemasukannya adalah seperti berikut:-
  • Untuk kanak-kanak 4 tahun adalah RM820 bagi penggal pertama (perlu dibayar ketika mendaftar anak)
  • Dan RM820 bagi penggal kedua (Bulan Mei)
  • Untuk kanak-kanak umur 5-4 tahun adalah RM700.00 bagi penggal pertama
  • Dan RM700.00 bagi penggal kedua (Bulan Mei)

  • Yuran Bulanan bagi kanak-kanak 4 tahun adalah RM220.00
  • Yuran Bulanan bagi kanak-kanak 5 dan 6 tahun adalah RM200.00

  • Kindergarten ni ader sediakan swimming class pada setiap ari isnin, fee dia dah masuk sekali ngan yuran sekolah.
  • Kanak-kanak diberi pilihan samada nak ikut class Agama or Mandarin.
  • Kindergarten ni jugak ada sediakan kelas mengaji dan taekwando, tapi yuran bulanannya kira lainlah - RM30.00 bagi kelas mengaji dan RM30.00 bagi class taekwando. kelas akan diadakan seminggu sekali.
  • Bagi kelas umur 4 tahun, seorang pengasuh akan ditempatkan di class selain dari cikgu class.
  • Makanan disediakan akan tetapi kanak-kanak perlu bawak sendiri air dengan bekas kosong berserta dengan sudu dan garpu.
  • Cikgu dia majoriti terdiri daripada India.
  • Penggunaan Bahasa adalah English

  • Kemudahan pengangkutan jugak ditawarkan kepada ibu bapa seperti berikut:-
  • Bagi bas - caj yang dikenakan adalah RM40.00 sebulan bagi seorang pelajar, tupun nengok bas tu lalu tak kat kawasan kita.
  • Bagi Van - caj yang dikenakan adalah RM60.00 sebulan bagi seorang pelajar.

SKAGEN UNTUK DIJUAL

ni member aku soh tolong promote taruk lam blog, kalu ader saper-saper yang berminat nak belilah.

original mali......


product description :-
  • ultra slim
  • Large
  • Made by Light Titanium
  • Stainless Steel Mesh Band
  • Japanese Quartz Movement
  • Water Resistant to 100 Ft

price : RM500.00 (Negotiable)

Market Price : RM800.00 ++




To order, email to awekjamesbond@gmail.com.

HARI-HARI YANG BORING

  • dah 2 ari aku keseorangan, kesepian, keboringan kat opis, seri tersayang cuti 4 ari, kali ni melancong ke Beijing lak sambil melawat abang dier yang kerja kat saner. payah tul bila minah ni tak der, tak der tempat tuk aku bercriter bagai. terasa sangat kalu dia ni tak datang kerja. Member yang lain memanglah ader tapi tak sama ngan besfren aku sorang ni.

  • 2 hari dah berlalu, tinggal lagi 2 ari, pastu next week dia masuk kerja ari isnin, aku lak yang cuti sebab balik kampung. sekarang ni kerja aku ngan seri asyik duk ber SMS aje, dia happy giler, asyik duk criter pasail banyak giler barangan coke yang dia duk borong kat saner, borong-borong gak seri, jangan lupa belikan kak rose kain yang dah dipesan, nak buat raya. Tahun ni temanya kaler pink gelap kot, insyaAllah kalu panjang umur ader rezeki.

  • Ni kira lari dari topik lah sikit, kekadang tu aku rasa cam aku bukan seorang ibu yang prihatin pun ader. kenapalah aku ngok + bangang sangat. tapi at least perkara ni akan jadi satu pengajaran untuk aku dalam membesarkan anak-anak. Aku kenalah belajar daripada kesilapan ni. Bab pertama, abang danish selalu ngadu kat aku yang teacher Mala selalu komplem, abang datang lambat ke skul. tapi aku ingatkan abang cakap kosong aje sebab maner boleh lambat, bukan aku yang antor tapi naik van gi skul. van pun amik awal, 7.30 dah amik abang ngan kasih. tapi rupernya aper yang abang duk ngadu tu betul, memang sah anak aku sampai lewat, lam kul 8.45 pagi sedangkan kul 8.00 pagi semua dah kena siap beratur kat hall.

  • Kedua, abang danish duk mengadu kat aku cakap, abang danish kena share buku ladybird ngan Muhayiddin sebab mama tak belikan untuk abang. Orang lain semua dapat satu sorang, tapi abang sorang aje yang belum dapat, abang kena kongsi ngan budak sebelah. Aku cuma dengar aje tapi tak buat aper-aper tindakan pun sebab yang aku tahu, aku dah pergi bayar sendiri kat teacher mala tu. dan dia pun dah pulangkan duit baki tu bagi kat abang. Cuma kat tadika anak aku ni tak main bagi resit lepas ko bayar bagai, main tampal nota kat parent book aje, siap ngan sampul untuk masukkan duit kalu kena beli aper-aper, so aku anggap perkara tu cam tak ader menda sebab aku dah bayor. maybe abang aje yang belum dapat, tak cukup buku. rupanya tut-tut, semalam abang call aku kat opis ngadu buat kali kedua, teacher mala soh gak abang beli buku tu. Aku cam tak puas hatilah sebab dah bayor, tut-tut teacher mala cakap memang anak aku tak bayor lagi, so aper bukti aku nak bagi, resit tadok. disebabkan buku yang aku dah bayor tu bukan harga RM10.00, tapi RM98.00 makanyer aku terus call principal nelly komplem pasal aku dah bayor tapi teacher mala cakap aku lum bayor lagi, tapi aku cakap sebaik mungkinlah, langsung tak melenting, anak aku sekolah kat situ, nantikan semua cikgu boikot anak aku, baru padan muka aku. lagipun mungkin ader salah faham kat sini.

  • sekali ko memang betul, aku dah bayar bagi anak aku yang bernama Muhammad Danish Rahimy, tapi teacher mala tertukar dengan Muhammad Arief Danish. so semua buku tu dibaginyer kat Muhammad Arief Danish, yang Muhammad Danish Rahimy ni kena kongsi ngan orang lain. kesian kat anak aku. Tulah papanyer, dulu aku tak nak taruk nama Danish, nak sangat, berkenan sangat ngan nama tu, sekali ko dalam kelas ader 2 nama sama, sampaikan teacher panggil anak aku Danish A, yang sorang lagi tu Danish B.

  • So perkara ni pun dah selesai ngan baiknyer, principal nelly pun dah mintak maaf banyak-banyak sebab ader salah paham. aku pun paham, banyak sangat nama danish. memang logik lah kalu tertukar. so pengajaran untuk aku, lepas ni asal abang ngan kasih ngadu aje, aku akan amik tindakan sepantas kilat. aku takkan pandang ringan lagi aper yang abang ngan kasih cakap or ngadu.

BARBER SHOP


lepas dinner, rizal ajak aku ngan anak-anak neman dier gi gunting rambut kat kedai biasa. tapi bfore nak gi gunting rambut singgah lu kat kedai mainan, belikan aper yang patut for abang n kasih, takut lah nanti dia boring kan karang sementara nunggu papa nak gunting rambut bagai.



kasih, as usual lah kan, maner kedai gi, perkara pertama dia cari adalah pencil color, lain barang kasih tak minat. bagilah peluang soh pilih barangan barbie ke, princess ke, segala mak nenek barang mainan orang pompuan, langsung kasih tak minat, yang dia tahu suka kumpul pencil color banyak-banyak.

dapat pencil color, senyum pun sampai ke telinga



puas duk main, abang ngan kasih sibuk duk perhati papa




tak baik lah rizal ni tau, aku sejak kawan ngan dier sehinggalah kawin, pastu dapat anak bagai, tetap tak mo simpan rambut panjang. aku bukanlah soh simpan panjang sangat pun, cuma panjang dari biasa aje, tapi tetap gak nak rambut yang hampir nak nampak kulit kepala. dulu bfore kenal aku, rambut kan main panjang lagi, bila dah kawan ngan aku, lum pernah sekali pun simpan rambut, puas gaklah aku pujuk, tetap tak jalan, alasan laki aku tak abis-abis duk cakap "dah tualah".





apa-apalah nak seribu daya kan, tak nak beribu dalih duk bagi




TOLONG NGEMAS


sejak mama dier tak sihat, kasih dah banyak amik alih tugas mama dier, banyak tul yang dia tolong. tolong angkat kain, tolong lipat baju (walaupun tak kemas dan menjadi), tolong simpan stokin papa dalam laci, tolong basuh pinggan (walaupun aku kena cuci sekali lagi), tolong kemas rumah, macam-macamlah yang kasih tolong. Balik dari tesco ari tu pun, kasih tolong mama simpan barang lam laci ngan fridge.



tapi kali ni barang pertama yang kasih duk mengemas ialah jajan. yang tu lagi penting pada barangan yang lain. kat umah aku jajan ni satu wajib ader, itulah upah untuk budak-budak kalu malas nak ngaji or bercinta bila nak soh mandi. bila dah memasing duk ngeliat bagai, umpannya jajan nilah.


WHAT I LOVE ABOUT MY KIDS

  • My kids smile - it's the sweetest most beautiful thing in the world.
  • Snuggling with abang n kasih before bedtime. i know that won't last forever and i cherish it.
  • Watching abang n kasih play.
  • Listening abang n kasih play. i think that is the best sound in the world.
  • Discovering every new things abang n kasih can do. my kids growing so fast!
  • i am proud of my commitment to breastfeed until abang n kasih one year old.
  • i love experiencing new things with abang n kasih. Everything is more exciting when abang n kasih with me, whether it be grocery shopping, going on walks or playing at home.



  • i love the smiles that abang n kasih gives me in the mornings when i wake abang n kasih up in the morning.

  • i love giving abang n kasih massages after bath time to make my kids skin stays moisturized. i love the snuggles that follow the massage too.



  • i love that i love being a mom. i truly adore abang n kasih and would do anything for abang n kasih. i didn't hate getting up every 2 hours when abang n kasih newborn. i don't hate getting barfed on, drooled on, etc


  • i love how abang n kasih lays their head on my shoulder and falls asleep early every morning after i have nursed abang n kasih.

  • i love everthing lah about abang n kasih





Monday, April 27, 2009

TESCO


malam jumaat ari tu, aku anak banak semua pakat gi tesco beli barang dapur ngan barang basah sekali. memula tu aku cam malas nak gi, aku tak beraper larat sangat nak jalan lama-lama, tapi lepas rizal cakap aku boleh duduk kat maner-maner sementara nunggu diaorang semua pilih barang, terus aje aku setuju. Mami ikut sekalilah, mami tukang pilih barang, rizal tukang bayor.

tapi idok ler aku lepak kat luar, aku lepak kat dalam TESCO, kat tempat barang basah tu ader tempat nak lepak, aku duk kat sini lah ngan anak-anak sementara laki ngan emak aku duk pilih barang bagai. belanja dapur kitoarang bulan demi bulan makin naik, anak-anak dah semakin membesar, depa pun dah pandai pilih aper yang dia nak. tangan cepat aje capai aper yang berkenan di hati.



chips more ni belum bayor lagi, tapi as usual lah kan, budak-budak bertuah ni akan bukak lu, pastu aku akan bayar time nak bayor semua nanti, selalunya cam gitulah, kalu nak gi bayor dulu, alamak bercintalah nak beratur bagai. so bagi tidak memboringkan anak-anak aku duk nunggu nenek ngan papa dier pilih barang, bolehlah mengenyangkan diri lu kat sini.












sekarang ni kami berenam, barang-barang dapur dan lain-lain keperluan pun kena beli untuk enam orang. tak lama lagi, jadi tujuh orang, bukan sebab akan hadir orang baru dalam kelompok keluarga kami, tapi aku ngan family aku sebulat sore nak amik ayah mertua aku tinggal ngan aku. aku sekeluarga sedia menjaga ayah mertua aku yang sedang sakit akibat accident ari tu. kami sekeluarga akan rawat abah sehingga abah sembuh. InsyaAllah jika tiada aral melintang, 1 hb ni rizal akan balik kampung amik abah. Dalam soal ni kenalah bertolak ansur dan saksama, kalu rizal sanggup jaga emak ngan adik aku dan boleh tinggal sekali, masakan aku tak leh nak jaga pak mertua aku pulak kan.



 
template by suckmylolly.com