Monday, June 29, 2009

ANAK TERUNA KU SORANG



  • aku ngan laki aku memang ader masalah yang amat berat mata memandang, berat lagi bahu memikul, sebab tu nak update blog pun cam malas aje. banyak menda yang berlaku menyebabkan aku tak der mood. dah 2 minggu berturut-turut aku menghadapi masalah abang danish yang tak mahu ke sekolah. bermacam-macam alasan abang bagi.



  • dan segala masalah adalah berpunca selepas driver van bergaduh ngan principal tadika. sejak ditukarkan ke kenderaan lain, abang danish mula buat perangai, setiap ari ader sahaja karenah abang yang terpaksa kami hadapi.






  • sejak bertukar dari van ke kereta teacher selvi, abang danish selalu melarikan diri ke blok B bila aje nampak kelibat kereta teacher selvi, puaslah aku satu family duk terkejar dan mencari abang serata blok B. begitulah setiap ari, masalah yang kami hadapi. Bila maner abang danish tak mahu ke sekolah dengan menaiki kereta teacher selvi, maka aku kenalah angkut abang ke tadika. kasih dah selamat naik ngan teacher selvi, dia memang tak der masalah, cuma abangnyer sahaja yang ader masalah nak ke sekolah. tapi bila sampai ke tadika, abang lak lari ke jalan besar kerana tak mo masuk kelas, alasan yang abang bagi kerana takut ngan teacher nelly, iaitu principal kat tadika tu merangkap juga sebagai guru class abang sebab teacher syuba dah pun benti.



  • maka, masalahnyer pun aku selesaikan dengan mintak teacher nelly tukarkan abang ke kelas lain, ke kelas yang langsung tak der kena mengena ngan teacher nelly, ke kelas yang langsung tak nampak muka teacher nelly, sebab alasan abang danish ialah abang danish takut sangat ngan teacher nelly. maka teacher nelly ikut kehendak aku tukarkan abang danish ke kelas teacher lalita.



  • So barang 2-3 ari, abang danish okeylah ke sekolah, pastu buat hal balik, kali ni abang danish cakap, balik nyer agak lewat, abang danish boring duk kat kelas lama-lama, kalu dulu ngan pakcik samad, jam 12.00 dah sampai umah tapi ngan teacher selvi jam 1.15 baru sampai umah, so abang danish buat hal bagi alasan terlalu lama duk kat sekolah, tired, penat, boring dan bla bla bla. maka ku turutkan jua aper kehendak abang danish, maka aku tukarkan abang naik van auntie rani lak, walaupun ader rasa tak puas hati di hati teacher selvi kerana aku dah katup periuk nasiknyer untuk wang berjumlah RM120, tapi untuk beri harapan dan pujuk abang pergi sekolah, aper pun sanggup aku lakukan. terpaksalah aku slow talk ngan teacher selvi walaupun ader rasa kecewa diwajahnyer yang cuma berjaya bawak abang ngan kasih selama 1 minggu setengah aje.



  • Tapi masalahnyer tak terhenti di situ, ari ni anak aku buat perangai lagi, ari ni aku mintak tolong eji yang antor anak aku ke sekolah, tapi bila sampai depan sekolah, abang danish terus berlari masuk balik dalam kreter kunci pintu rapat-rapat sebab tak mo masuk kelas. so eji terpaksa call aku datang tadika abang secepat mungkin, pujuk abang. untuk menghadapi masalah cam gini, aku tak kuat untuk tengking, marah apatah lagi pukul abang, aku perlukan tangan kanan ku iaitu laki aku. kami berdua pergi ke tadika ngan harapan dapat pujuk abang. tapi hampeh, abang berlari kuar dari kereta menuju ke jalan besar sebab tak mo gi sekolah, maka berlakulah adegan kejar mengejar antara abang ngan papa. dan buat pertama kalinyer aku nampak rizal amik ranting kayu kat situ dah terus pukul abang. didukungnyer abang secara paksa masuk ke kelas dan kami tinggalkan abang ngan jeritan dan laungan memanggil nama aku.

  • Tapi hal ni tak terhenti kat sini, tak tergamak aku ngan rizal nak tinggalkan abang cam gitu, after 10 minutes aku pergi lagi secara senyap-senyap, park motor jauh-jauh, pastu nengok line clear, abang pun dah masuk class, teacher nelly nampak aku aje terus cakap, danish dah okey. dah tak nangis lagi. tapi orang pertama yang kena marah dan disalahkan of cozlah aku sebab rizal cakap aku tak pernah marah or babat anak. itu memang aku mengaku, kesilapan dan kesalahan aku yang terbesar sebab aku tak sampai ati nak marah or apatah lagi babat anak. tapi memang aku tak daya nak marah anak aku sendiri, aku tak berdaya dan selalu rasa tak sampai ati, agak-agaknyer sebab tulah abang danish cam gitu kot, terlampau manja, tapi kenapa tidak kasih? kasih okey aje, aku pun tak pernah marah kasih. tak pernah pukul kasih gak, tapi mungkin anak lelaki lagi manja pada anak perempuan kot.

KOMEN BERAPI

  • aku bengang giler ngan (Anonymous) yang bagi comments pasal keakraban antara abang ngan kasih, comments tu betul-betul buat aku tersinggung dan bengang tahap giler punya. aku rasa tukang bagi komen tu tak faham. aku tak pernah undang orang yang sakit ati or jelos or dengki masuk blog ni, bahkan aku tak pernah jaja pun blog aku satu dunia.

  • blog ni adalah pasal aku ngan family sahaja, tupun bukan dari awal aku dedahkan blog ni pada orang, cuma bila ramai cousin ngan kekawan aku mintak, baru aku share. sebab tu semua orang boleh masuk. aku tak marah pun kalu orang bagi kritikan membina atau komen yang berguna, tapi ayat yang digunakan tu biarlah seperti ayat orang melayu yang penuh adab sopan dan santun. bukan dengan cara guna ayat yang kasar or menyinggung perasaan orang.

  • aku tak marah orang bagi komen tapi bahasa itu melambangkan bangsa, guna ayat yang elok contohnyer "kita rasa gambar tu tak sesuai mungkin akan memalukan anak-anak awak bila besar nanti" bahasa tu kan menunjukan bangsa.

  • ni tak, dihamburnya aku ngan kata-kata yang menyakitkan hati dan telinga bila didengar. anyway, aku tak pernah cuba untuk menunjukkan kemesraan laki bini sebab jarang benor ader gambor aku laki bini, bahkan gambar aku sendiri pun tak banyak, yang ader cuma banyak gambar abang ngan kasih, dah sememangnyer blog ni pun aku tulis untuk diaorang baca bila dah pandai membaca nanti. bukan sebab nak dapat nuffnang yang tinggi ke, bukan sebab nak dapat pembaca yang ramai ke or bukan sebab nak glamour, kalu aku giler glamor or sibuk nak nunjuk kemesraan family, dah berlambak gambar aku laki bini kat dalam ni, tapi cuba korang belek, susah benor nak carik gambor aku laki bini berdua. gambor aku sendiri pun payah nak nampak.

  • sekali lagi, blog ni bukan untuk menjukkan kemesraan tapi ianya khas untuk anak-anak aku sahaja, kalu (Anonymous) tu rasa sakit ati or fed up, jangan masuk lagi. aku terima komen yang membina, segala kritikan tapi bukan yang berdasarkan hasad dengki semata. please lah beb, kalu kor rasa (Anonymous) aku nak menunjukkan kemesraan, pikiq banyak kali, aper ader ke perkara romantik antara aku laki bini, member aku sendiri pun cakap ianya hanya berkisar pasal anak-anak sahaja.

  • kepada (Anonymous) tak payahlah sibuk-sibuk nak masuk blog aku lagi pas ni.

Thursday, June 25, 2009

SELAGI MAMA PREGNANT

dan beginilah keadaannya selagi aku tak bersalin. Setiap ari cuti or minggu, rizal, abang n kasih akan buat hal sendiri. Nak kuar???? oh rasanya keadaan tu memang tak mengizinkan langsung. Takat duk lam kreter bolehlah, tapi kalu nak soh aku tawaf zoo negara, shopping complex or gi berkelah, mintak maaf lah berbanyak-banyak.

kali ni aku pregnant, keadaan aku memang agak lemah dan tak berdaya lagi nak jalan jauh-jauh, aper tah lagi dari maju junction nak gi sogo, memang aku tak larat dah sangat. bila berjalan sikit aje aku dah mula tercungap-cungap cam lelah, pastu datanglah pening ngan tetiba badan jadi lemah. Disebabkan keadaan aku yang lemah selalu maka sejak aku pregnant dah jarang benor kami sekeluarga kuar.

dan gini jugak keadaan bfren dan gfren ni. papa akan layan tv sorang-sorang, sebab tak dak sorang pun minat criter yang papa duk ngadap dan kasih amik port kat balkoni duk khayal sorang-sorang. abang as usual tempat dier cuma kat bilik kitaorang layan games. dan aku sememangnya duk terbaring atas katil neman abang duk layan games.


anak dara sorang ni memang suka menyendiri sejak dari kecik lagi, maner ader tempat kosong yang boleh layan botol susu, situlah kasih akan baring duk melayan perasaan sorang-sorang




Wednesday, June 24, 2009

UBAT TIME...


aku memang culah bab-bab makan ubat ni, puas lah mami selalu nak ingatkan aku soh makan ubat, last sekali mami ajar anak dara aku ingatkan mama untuk makan ubat setiap malam bfore masuk tido.




so kasih bfore aku nak masuk tido, kasih akan amik ubat dalam peti ais, dah nama pun rutin kasih, dah tahu beraper biji yang mama dia patut telan setiap malam. dan akan pastikan aku telan semua ubat-ubat tu. selagi aku tak makan selagi tulah kasih nunggu sampailah aku makan, tengah tido pun boleh kejutkan aku soh makan ubat. Mami cakap ngan kasih yang kalu mama rajin makan ubat, InsyaAllah nanti mama dan baby tak sakit.

bukan takat ubat aku aje yang kasih jaga, ubat mami pun sama, kasih akan pastikan mami dah makan ubat diabetis bfore masuk tido, so paling sibuk waktu malam adalah kasih sebab kena sediakan ubat untuk mama ngan mami.



ANTARA HOBI ABANG N KASIH


anak sulung aku sorang ni memang agak kemalasan kalu bab buat homework or buat ulangkaji. Hobi abang danish yang paling utama adalah main games, lepak atas katil sambil berkhayal jadi transformer or tido.



nilah kerja abang, main games, games, games especially transformers




berlainan lak ngan kasih tercinta ni, setiap ari kerja duk ulangkaji aper yang dah belajar kat tadika ari ni, pastu semua orang aku, mami, eji n papa kena duduk dan dengar aper yang kasih nak baca. tulah kerja kasih, kalu tak ulangkaji, kasih akan mewarna aper yang patut.




pantang dapat buku baru, abis lah satu ari semua buku tu kasih duk color, walaupun cikgu cakap jangan buat lagi tunggu cikgu ajar, kasih mesti terlebih rajin gi color dulu. Tulah masalah yang aku hadapi sekarang sebab teacher gaya cakap, kasih dah buat dulu sebelum masuk harinyer.





tapi budak kecik ni, walaupun rajin sangat baca buku, tapi kalu kita tegur pasal subject dia duk baca mesti muncong panjang sedepa, almaklumlah kita semua tak gi sekolah, kasih ngan abang aje kat lam umah tu yang pergi sekolah. itulah jawapan kasih kat aku, mama tak tahu lah, mama to go skool, kasih saja yang tahu sebab kasih ngan abang saja yang sekolah.



BATIK TERENGGANU



Jualan secara on-line batik from Terengganu. kalu minat sila layari http://batikthelegend.blogspot.com/
kelebihan batik terengganu ni adalah materialnyer yang sangat bagus, lembut dan nampak exlusive gitu.

Tuesday, June 23, 2009

TQ ABANG DANISH


Alhamdulillah, Abang danish adalah seorang anak yang bertanggungjawab dan boleh diharap. Syukur pada Allah S.W.T kerana kurniakan mama sorang anak yang baik cam abang. Walaupun abang ader masalah nak gi sekolah bagai, tapi mama tetap bersyukur sebab abang mungkin ader kekurangan dari segi masalah nak ke sekolah tapi Allah S.W.T kurniakan abang danish kelebihan dari segi tanggungjawab. Gambar ni mungkin agak sensor pada pembaca blog aku, tapi tujuan aku adalah supaya bila abang dah boleh membaca nanti, abang danish akan tahu yang mama sangat-sangat terharu dan amat menghargai aper yang telah abang lakukan. Mungkin bagi orang lain adalah perkara biasa tapi bagi mama ia adalah satu-satunyer sifat tanggungjawab yang amat mama banggakan.


Keadaan kesihatan aku sejak pregnant ni agak lemah dan kekadang tu tak berdaya nak buat satu-satu menda. satu ari aku terbaring kat katil, tak bermaya langsung nak angkat kepala, kebetulan kasih pulak nak poo-poo. Aku mintak tolong abang danish temankan kat toilet. Dan aku tak sangka abang danish sanggup nemankan adik duk bersama kat dalam toilet walaupun dengan bau yang tak menyenangkan. Tapi abang sanggup nunggu sampai kasih habis poo-poo. Bila time nak basuh, abang offer diri biar abang yang basuh. kata abang danish aku sleep saja, biar abang yang buat semua. Dan rasanya abang memang patut dapat pujian, sebab abang memang basuh sebersih-bersihnyer dan berkali-kali duk sabun. aku pun rasa terharu sebab abang tak der sifat pengeli ngan adik sendiri. Dan harap-harap sifat ni kekal sampai abang dewasa, manerlah tahu satu hari nanti kalu mama sakit abang boleh jaga mama sebaik mungkin.


dan mama berdoa siang malam pada Allah S.W.T supaya hubungan rapat antara abang ngan kasih berkekalan rapat sehinggalah ke akhir hayat.


RAMBUT PACAK

budak-budak zaman sekarang, pantang nengok fesyen rambut cacak mesti nak ikut. salah sorang termasuklah anak teruna aku.


ni kononnya ala rambut ikut gaya ultraman lah




berkilo gaklah aku taruk gel nak soh jadi cacak cam gitu, tapi dah nama pun budak kecik, tak sampai 5 minit abang danish dah rasa rimas. terus gi basuh rambut




sib baik budak kecik ni tak kemaruk nak buat style rambut gini gi sekolah, kalu idak harus berkilo gel kena beli



MODEL KASUT

nilah kerja anak dara sorang bila jumpa kasut, abis duk try, siap posing lagi


dah nama pun anak dara, semua barang mama dier, mak ucu dier abis di trynyer. dah paling bahayos sekali ialah kasih pantang jumpa duit syiling, tak kira lah maner jumpa, asal jumpa mesti amik sebab nak taruk dalam tabung. Lebih-lebih lagi dari poket seluar bfren dier, asal papa balik kerja aje, perkara pertama kasih buat adalah seluk poket papa cari duit syling sebanyak mungkin. Abang ngan adik berlumba-lumba nak penuhkan tabung.









Monday, June 22, 2009

HAPPY FATHER'S DAY

To all Dads out there, Happy Father's Day to U......



Happy Father's Day to Abah....
Tq sebab jadi ayah mertua yang terbaik dan sporting sangat



Happy Father's Day to Papa
Tq for being such a great papa. best sangat jadi anak papa





HAPPY FATHER'S DAY TO PAPA
FROM ABANG DANISH N KASIH






FROM ABANG DANISH......
kasih punya maner yer???????????????





Happy Father's Day to our papa, Abah, our uncles, our cousins and Dad's everywhere....
we love u



I'M 5 MONTHS


waiting patiently for our baby girl......
Here is our baby girl.



i can't believe how fast the past five months have gone by! i had my check last week and our baby girl still continues to sound and look great. We reviewed the ultrasound results tapi tak detail sangat coz aku takut nak tanya banyak-banyak, apatah lagi without rizal. serious cakaplah kan, aku still takut lagi ngan 3D nyer ultrasound. rasanya lebih baik tadak menda canggih cam gini, macam-macam menda duk berserabut lam fikiran aku dan rasanya tak sabar nunggu 4/7/2009 untuk tanyakan doc ngan lebih detail about my baby. seriously aku tak sabar nak nunggu dan harap-harap semuanya sihat Alhamdulillah.

Friday, June 19, 2009

STARBUCK


ari tu, ader latihan bomba kat bangunan aku. tapi aku dikecualikan turun ikut tangga sebab aku adalah wanita yang hamil. tak larat lah, lebih-lebih lagi aku ader darah tinggi, kan karang tension turun tangga, lain criter lak jadinyer. tapi walaupun tak kena turun tangga aku ngelat gak, lam kul 9.30 pagi aku dah turun awal-awal lagi lepak ngan member aku kat starbuck. lama gaklah aku menapak kat sini, sampailah boss member aku call soh gi duk beratur dalam kumpulan memasing. barulah memasing angkat kaki.




ingatkan kami berdua aje yang lari, rupernya ader gak staff dari bangunan yang sama menumpang kaki kat sini. sorrylah yos, gambarnya enggak ader sebab takkan aku nak cakap "weii, boleh tolong amik gambor aku tak" lainlah kalu seri, dia tu sporting giler.



so nilah pas dimana aku dikecualikan untuk turun tangga


HADIAH FOR MAMI


nilah hadiah yang diberikan oleh abang danish pada mami kerana buat hal tak nak gi sekolah. tapi hadiah ni bukanlah dibeli tapi diambik dari bilik aku. kononnya kalu dari dalam bilik aku, mami tak pernah nampak, so kalu bagi kat mami kira cam surpriselah bagi 2 beradik ni.




  • al-kisahnyer, teramatlah panjang. sampai bawak ke balai polis criter ni. Kisahnyer bermula apabila pemandu van tadika anak aku tak ngam lagi ngan gurubesar kat tadika tu. Encik Samad (pemandu van) tu bergaduh ngan nelly (Guru besar) sebab banyak alasan lah, malas aku nak uraikan kat sini. so pertelingkahan dan ketidaksefahaman tu berlarutan sehinggalah pada cuti sekolah yang baru ni.

  • satu pagi tu aku telah dihubungi oleh Nelly, bagitahu yang bukak sekolah on 15/6/2009, anak-anak aku tak perlu lagi naik ngan samad. Nelly tak mo lagi nengok muka samad. Anak-anak aku diarahkan naik van rani lak. aku ngan laki aku dah boleh nampak dah masalah baru mesti akan bermula lagi. Dahlah anak sulung aku memang ader masalah susah nak gi sekolah sebab terlalu manja, kena marah sikit merajuk, kena babat sikit pun nangis sampai berjam-jam. terlalulah sensitif dan manja sangat.

  • so aku pun akurlah ngan cakap nelly sebab anak aku dah mula nampak perkembangan yang bagus especially kasih. Abang danish pun dalam masa 6 bulan sekolah aje dah mula nampak perubahan yang ketara. aku terpaksalah cakap menda yang berat ni ngan Encik Samad, tapi masalah tak abis kat situ, rupanya abang danish ngan kasih tak nak gi sekolah bila encik samad tak leh amik. anak aku tak nak van yang teacher selvi bawak. anak aku betul-betul buat hal, especially abang danish. setiap pagi mesti nangis tak nak naik ngan teacher selvi. sekarang ni laki aku sabar lah lagi.

  • ingatkan abis kat situ aje, tapi rupernya Encik Samad soh aku sokong dier sebab nelly dah katup periuk nasi dier. Encik Samad soh aku bentikan abang ngan kasih dari tadika tu dah masukkan ke tadika baru iaitu tadika Smart Mental kat Taman Muda. tapi tulah, aku dah tak kose nak tukar sekolah anak lagi. nilah yang dikatakan ditelan mati mak diluah mati bapak. Aku ngan Encik samad memang dah jadi baik sebab aku serahkan tanggungjawab amik ngan antor anak kat dier masa gi sekolah so kami memang terhutang budi sebab Encik Samad amik ngan antor abang n kasih ngan selamat. amik kat depan pintu antor pun sampai ke depan pintu. ngan nelly pun kami agak rapat sebab dia banyak bagi tunjuk abang kat abang danish yang dah rugi setahun belajar kat tadika cina.

  • pastu tak abis lagi masalah ni, nelly report polis sebab samad still gi tadika tu berkeras nak amik budak yang naik dan balik ngan van dier, nelly lak dah kunci segala mak nenek gate, sebab x bagi samad amik, nelly tetap berkeras telefon semua mak bapak cakap nelly sendiri yang akan antor budak-budak yang naik van ngan samad. so disebabkan pergaduhan tu berlarutan, nelly buat report samad ganggu budak sekolah, samad lak buat report cakap yang nelly cuba tahan dia dari amik budak sekolah. korang rasa saper yang menang? of cozlah nelly sebab dia guru besar kat situ, semua kuasa veto ader kat tangan dier. tapi yang jadi mangsa adalah anak-anak aku especially abang danish.

  • so disebabkan masalah nilah, abang danish tak mo gi sekolah lagi. bila tak mo gi sekolah, maka orang pertama yang akan ngamuk satu bangunan adalah mami, mak aku. aku ngan laki aku lain cara didikan yang mak aku, rasanya tu penyebab abang danish spoil kot, sebab terlebih dimanjakan oleh aku laki bini. kasih lain criterlah, dia nangis kejap aje, jumpa member kat sekolah terus happy aje.






  • disebabkan mami mengamuk sakan, satu hari tak cakap ngan abang n kasih sebab malas gi sekolah, makanyer abang danish amik ati mami ngan bagi adiah. kat kotak tu dilukisnyer gambor mami dan taruk ucapan I love u. dan of cozlah mami rasa terharu sampai menitik air mata sebab tak dok saper yang ajar abang tulis, aku pun terkejut abang bagi adiah kat mami, hadiah tu tak surprise sangat tapi bila tulis I love u mami ngan siap gambor sekali, aku sendiri pun kuar air mata. kecik-kecik lagi dah pandai nak amik hati bila dah buat salah.

HOSPITAL

mana tak gemuk, breakfast aje aku dah belasah makan nasi lemak ngan macaroni. aku tak sempat breakfast kat umah aku makan kat cafe spital ni.

ari jumaat ari tu aku ajak kasih neman aku gi hospital, ni kali kelima aku gi spital. kali ni pun laki aku tak leh nak neman gak. dia outstation gi Lumut. so yang neman adalah si anak dara, aku tak leh bawak dua-dua sebab nanti bila masuk bilik doctor, tangan anak-anak aku cepat aje nak pegang tulah, nilah. doctor nak scan pun payah.


tapi bila abang nyer tak der, kasih jadi anak gadis yang sebaik mungkin, cakap pun main bisik-bisik aje. langsung tak pandang playland yang ader kat situ, tetap setia duk sebelah mama dia gak. memang aku bagi 5 bintang lah sebab terlalu baik dan tak nakal langsung. Tapi cuba kalu abang danish ader, terus dunia ni jadi ana yang punya lah.


sekarang ni berat badan aku pun dah bertambah, tak pernah berkurang lagi. setiap bulan walau camner gak mesti naik.

  • first month - 7/3/2009 -weight 53kg
  • second month - 23/3/2009 -weight 57.0kg
  • third month - 5/5/2009 - weight 61.5kg
  • fourth month - 23/5/2009 - weight 62.3kg
  • fifth month - 12/6/2009 - weight 64kg

nak nunggu 9 bulan mau rasanya 80 kg nih.



Thursday, June 18, 2009

BREAKFAST

aku tak tahulah, bercinta tul aku nak update blog sekarang nih, malas sesangat dah rasanya. nak masuk blog pun maleh, semuanya maleh, yang paling rajin, tido aje. Minggu lepas, ari aper tah, aku laki bini tak kerja, dua-dua lepak umah, rizal cuti sebab kena siapkan akaun kat workshop yang dah berbelas-belas, berpuluh-puluh hari tak buet. kemalasan jua menyelinap ke dalam tubuh laki ku. ater, katernya pembawak budak. aku lain criterlah, memang berada di garisan kemalasan yang melampau.

tapi kalu bab makan, kan main selera lagi laki aku, aku lak disebabkan mulut ni asyik duk mengunyah aje. pantang mata bukak, mesti nak carik makan sampai dah tak tahu nak sumbat aper lagi kat mulut aku ni. semua aku rasa cam tak lalu aje. sekarang ni setiap ari aku duk tapau combo express kat pizza hut, aku amik hok spaggetti+sup+bread. itulah yang aku duk makan setiap ari waktu lunch time.
bila ari-ari cuti, aku memanglah sememangnya bukan malas nak buat blog aje, nak masak pun terlebih malas, so tiga beranak gi makan roti canai, mami ngan kasih masih lena diulik mimpi. tak sampai ati nak kejutkan mami yang tengah berpelukan ngan kasih.





mak nyer nak makan nasi berlauk tapi anak sulung nyer tak makan nasi pagi-pagi, orang kolumpo lah konon. aku ni orang kampung pior so pepagi lagi mesti nak melantak nasi. maner tak naik badan. Maka disebabkan anak teruna nak makan gak roti canai telur, aku ikut ajelah selera abang, bukan susah pun nanti balik singgah jap kat kampung pandan cari nasi berlauk kak mah.




Monday, June 08, 2009

PELBAGAI KAEDAH

macam-macam kaedah aku guna untuk pastikan abang dapat belajar menulis dengan betul. Anak sulung aku ni memang ader masalah malas nak menulis. Dari umur 5 tahun hinggalah sekarang ni, tak habis-habis cikgu duk komplen cakap "ini Muhammad Danish kan ader masalah malas mahu tulis lah, setiap ari saya mesti kena paksa dia tulis". aku dah biasa dengar ayat kat atas tu, bahkan pernah 2-3 kali anak aku berlari keliling umah sebab tak mo gi sekolah sebab tahu hari tu ader kelas menulis.


so untuk pastikan yang anak aku lancar menulis cam budak sebaya dia gak, asal balik dari pasar or TESCO bila ader sayur-mayur. Aku akan bungkus sayur-sayur tu semua dalam paper dan bagi abang tulis. semua ni adalah salah satu kaedah untuk aku ajar abang. Dan alhamdulillah, kalu part cam gini memang abang Danish terlebih rajin.


so sekarang, semua sayur-sayuran yang berbalut kat peti ais akan dipenuhi ngan tulisan abang.



hasilnyer, jadilah cam gini.

Abang danish ni dah semakin rajin dan pandailah, sayang kat abang, muahhhhh
(bodek ni, nanti kalu abang baca mesti senyum sampai ke telinga nih, konfem nih)



 
template by suckmylolly.com